About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, September 8, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SELURUH KAWAN2...



ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah... syukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama sama menunaikan ibadat puasa ini dengan penuh rasa tangungjawab sebagai orang islam. ibadah puasa ini juga kita dapat merasa bagaimana saudara mara seislam kita di luar negara seperti palestin dan afganistan yang lapar kerana kepayahan mereka di dalam menjalani kehidupan di sana.



bsyukur kita kepada ALLAH taala kerana telah memberikan rahmat kepada negara malaysia khususnya kepada seluruh masyarakat yang menganuti agama islam. malam ini adalah malam terakhir kita di dalam bulan ramadan. marilah kita sekedahkan al-fatihah kepada pejuang pejuang agama bangsa dan negara....

amin 3x ya rabbal alamin.....

sempena menjelang bulan syawal ini saya mengambil peluang untuk menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf jikalau saya ada terkasar bahasa dan perbuatan saya tidak di gemari oleh kawan2 semua. saya insan yang kerdil yang baru setahun jagung di dalam arena politik tidak lari dari melakukan kesilapan. kehadiran saya di dalam kancah politik adalah kerana semata mata mahu mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN orang melayu serta mempertahankan perlembagaan negara yang ada kini. hari demi hari berlalu sudah hampir setahun saya mengenali politik. anak muda khususnya orang melayu harus mengambil berat tentang pentingnya HAK KETUANAN MELAYU ini kepada genarasi akan datang. itulah salah satu sebab saya masuk di kancah politik. yang keduanya pulak kerana saya sayangkan parti UMNO kerana jasanya kepada rakyat berbanding dengan perkara yang buruk di lakukan oleh pemimpin UMNO sendiri. saya bsyukur duduk di malaysia kerana ALLAH telah mengurniakan negara malaysia dengan pemimpin negara yang adil serta memertabatkan agama bangsa dan tanah air iaitu R.A.H.M.A.N....

saya menjemput semua rakan rakan WAN MOTOR hadir ke teratak saya di kampung air limau masjid tanah melaka untuk berhari raya. selagi saya ingin memohon.jika saya mempunyai salah dan silap harap di maafkan serta halalkan makan dan minum saya. jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi.

anak emas tentunya si anak felda
bila bpuasa jangan buat buat lupa
kini syawal semakin tiba
selamat aidilfitri kepada semua

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ucapan ikhlas
wan motor