About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, October 12, 2010

rahimi cabar PKR!

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Muhamad Rahimi Osman hari ini mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk segera mengambil tindakan terhadap ahlinya yang berlagak seperti samseng bagi menghalangnya daripada membuat sidang media selepas membuat dua laporan polis di IPD Klang Rabu lalu.
Tegasnya jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan tersebut.
”Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah diganggu?
“Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan kekecewaan dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli.
“Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.
”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.

dato syed sobri pengkhianat!

adun kuala nerang iaitu dato' syed sobri sebenarnya adalah orang yang bertangungjawab menguburkan karier politik mahazir khalid di kedah. dia memainkan peranan penting di dalam menjatuhkan karier mahazir sehingga mahazir kalah bertanding semasa PRU12 di kedah bagi memudahkan dato' syed sobri menduduki kerusi MB ddi kedah. malangnya semasa PRU12 kedahtersungkur di tangan pembangkang kerana perpacahan dalaman yang teruk di dalam UMNO. populariti dato' syed sobri sememangnya di geruni oleh beberapa pemimpin tertinggi umno di kedah kerana "peramah" dan "berjiwa rakyat".

adakah ahli UMNO tahu sebenarnya dato' syed sobri bersekongkol dengan MB besar kedah (PAS) datuk azizan di dalam sesuatu urusan. baru2 ini di gemparkan gambar syed sobri duduk bersama datuk azizan dan beberapa lagi exco negeri kedah. ini membuktikan bahawa dato syed sobri sebenarnya pengkhianat parti UMNO di kedah.

dato syed sobri juga adalah dalang memburukkan kredibiliti naib ketua pemuda UMNO negeri kedah dengan tomahan yang buruk berlaka.jika benar syed sobri terlalu kuat di kuala nerang. saya mencabar dato syed sobri bertanding mengunakan tiket PAS semasa PRU13 kelak bagi membuktikan bahawa aura yang di miliki beliau sememangnya kuat di sana.

jangan jadi pengkhianat parti!!!

Saturday, October 2, 2010

perjalanan saya hari ini






























assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog nurkilan wan motor.


alhamdulillah hari ini saya dapat meneruskan penulisan saya selepas beberapa hari ini saya mengalami kesulitan untuk membuka blog.

hari ini saya di jemput untuk bersama dengan ketua bahagian masjid tanah yang merupakan penyandang kerusi PARLIMEN MASJID TANAH merangkap timbalan menteri keselamatan dalam negeri malaysia di dalam program meraikan bakal jemaah haji yang di hadiri lebih 2ratus orang keseluruhannya. tetamu VVIP yang turut hadir di dalammajlis tersebut adalah YB AB KARIM SULAIMAN adun tanjung bidara, YB AMIRUDDIN adun ayer limau, YB LATIPAH OMAR adun taboh naning dan DATUK HAJI IDERIS KASSIM adun lendu serta beberapa AJK BAHAGIAN termasuk mantan ketua pemuda 3penggal iaitu saudara jamiluddin jonit yang merupakan setiusaha UMNO bahagian masjid tanah.

sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada DATO WIRA ABU SEMAN YUSOF kerana sanggup menghadiri majlis ini walaupun di dalam keletihan kerana baru sehari pulang dari negara IRAN bagi membincangkan kes sendiket pengunaan dadah. di dalam ucapan beliau tadi, beliau mengaskan kepada ibu bapa agar menjaga perilaku anak-anak agar tidak menjadi mangsa penipuan sendiket dadah antarabangsa. seperti kes sebelum ini. remaja malaysia khususnya remaja perempuan ramai di tipu dengan di beri umpan percutian ke luar negara serta di berikan wang ringgit yang banyak. dalam kes ini ibu bapa harus memainkan peranan paling penting untuk mengawasi anak-anak mereka dari berkawan dengan orang yang baru di kenali.

perkara ini bukan hanya sekali dua terjadi di malaysia. ramai remaja kita meringkuk di dalam penjara di luar negara atas kesalahan memiliki dadah di atas penganiayaan oleh individu yang tidak bertangungjawab ini... tegas beliau tadi..

datuk wira abu seman yusof juga di majlis tersebut telah memberikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dengan di berikan ihram dan beberapa lagi keperluan untuk ke makkah. alhamdulillah. perjalanan program yang cukup lancar. sekali lagi saya mengucapkan ucapan tahniah kepada semua jawatan kuasa bahagian masjid tanah yang perihatin kepada rakyat. ini perlu di kakalkan bagi terus menjuarai hati rakyat tempatan yang sudah mula goyah atas kesibukkan pembangkang yang memburukkan kerajaan yang di pimpin UMNO.

"...perjuangan yang belum berakhir..."



Thursday, September 30, 2010

sebelum ini setiusaha agung PKR nasution menyatakan bahawa ada agen BN mendalangi pergaduhan di beberapa cabang PKR sehingga terpaksa menanguhkan pemilihan cabang2 berkenaan. sebenarnya nasution yang merupakan s/u agung PKR mahu menutup kelemahan yang terdapat di dalam parti berkenaan dan kenyataannya yang menuh UMNO/BN adalah jalan singkat dan mudah bagi terus membusukkan kerajaan malaysia.

sebagai seorang pemimpin yang baik. kita tidak seharusnya mempunyai sikap yang suka menunding jari kepada orang lain jika organisasi yang kita pimpin mempunyai kelemahan. sepatutnya pemimpin PKR mencari jalan penyelesaian kepada menyatukan ahli2 mereka sendiri.

laporan polis ini telah di buat oleh katappan seorang ahli PKR cabang kelang kepada dr xavier yang merupakan ahli parlimen kapar yang di katakan telah menyerang serta memukulnya semasa pemilihan cabang berkenaan. KATAPPAN juga memberitahu polis bahawa kedua orang anaknya telah di pukul oleh samseng2 dr xavier semasa di luar dewan(tempat pemilihan).. ini satu lagi bukti bahawa PKR mengamalkan nepotisme. mengapa s/u agung PKR tidak memberikan sebarang tindakkan terhadap DR XAVIER kerana mengupah samseng dan memukul ahli PKR yang lain semasa pemilihan sedang berlansung. mengapa menyalahkan UMNO/BN ? padahal UMNO/BN tidak tahu menahu pun tentang apa yang berlaku dan sedang berlaku...

adakah kepimpinan tertinggi PKR mahu terus membela samseng2 india di lembah kelang hanya kerana mahu mengekalkan kuasa mereka di selangor khususnya di kelang? mengapa dr xavier beria ria sangat nak mempertahankan kerusi ketua cabang ? adakah dr xavier mahu memegang lagi kerusi PARLIMEN KELANG yang di terajuinya skrang? ahli2 PKR yang berbangsa melayu harus sedar bahawa perjuangan ahli melayu PKR adalah amat sia2 sahaja. kerana kaum india juga mempunyai matlamat yang sama seperti kaum cina iaitu memerintah negara malaysia seperti di negara jiran kita, singapura. adakah kita tahu bahawa di singapura melayu adalah sebuah bangsa yang paling bawah tarafnya selepas LAIN2... bertapa hinanya melayu di singapura... kerana iulah melayu di sana tidak boleh berpolitik tetapi di berikan hiburan2 yang melalaikan sehingga sanggup orang melayu menukar agama kepada agama lain... adakah kita mahu malaysia menjadi sebuah negara LIBERAL seperti berlaku di indonesia... ? begitu mudah nak masuk dan menukar agama lain.. sedihnya melihat orang melayu di malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan orang2 yang sememangnya tamak nak memerintah negara...

berbalik kepada cerita asal.... mustapa ayup juga kalah di sebagai ketua cabang... kerana lawan mustapa ayub telah di taja oleh bekas menteri PERAK iaitu ir nizar... ir nizar sengaja mahu menanam karier politik mustapa kerana mustapa adalah pencabar paling bahaya baginya. adakah ini salah UMNO/BN juga? jangan lah kita senang2 di bodohkan dengan pembangkang. bertapa gembiranya pemimpin PEMBANGKANG memperbodohakan orang melayu islam.. itupun masih tidak sedar lagi. PERAK SUDAH PERNAH DI GADAI... adakah kita mahu gadai lagi beberapa negeri kepada pembangkang? kerajaan UMNO/BN tidak akan mampu untuk merampas semula PP dari tangan DAP kerana kebanyakkan kaum cina di sana telah menilak BN kerana DAP memperjuangkan nasib kaum mereka sendiri... tetapi tidak memperjuangkan nasib orang melayu pun di sana hanya kroni2 dari PAS dan PKR sahaja... hmm... kesian melihat orang melayu PP yang terumbang ambing di dalam perniagaan. DAP memberikan sumbangan mengunakan wang judi kerana apa? berkat kah jika mengunakan wang tersebut... jika telah menjadi darah daging kita apa kesannya terhadap hidup kita? mengapa masih tidak sedar? adakah itu salah UMNO/BN juga...? huhhh.. dahsyat pemikiran segelintir yang terlalu taksub dengan perjuangan PAS dan PKR ni...

Sunday, September 26, 2010

alasan ahli parlimen teluk kemang kalah bertanding jawatan

Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Teluk Kemang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Teluk Kemang. Kekalahan itu disifatkannya sebagai penolakan ahli-ahli PKR terhadap kewibawaannya selaku wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan. (Malaysiakini)

Wah, nampaknya merajuk besar pengampu dan penjilat Anwar Ibrahim ini!Kamarul Baharin menyertai sebahagian besar daripada Ahli Parlimen dan ADUN yang kehilangan jawatan selaku Ketua Cabang PKR di seluruh negara. Beberapa mesyuarat Cabang pula dilaporkan kecoh sehingga perlu ditangguhkan kerana penipuan dan penyelewengan undi bagi mengelakkan calon favourite yang menjadi sekutu Anwar-Azmin kalah teruk.

Salah seorang daripada mereka adalah Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan hanya mendapat 5 undi sahaja daripada keseluruhan ahli di Cabang PKR Subang. Ratu 'Kangkang', Elizabeth Wong turut gagal dalam perebutan jawatan Ketua Cabang di Petaling Jaya Utara.

Dan sama seperti Kamarul Baharin, Elizabeth Wong juga tidak berpuas hati. Cuma, berbeza dengan Kamarul Baharin, Elizabeth Wong tidak pula menyatakan yang kekalahannya itu adalah disebabkan ahli-ahli menolak kewibawaannya selaku wakil rakyat.

Jadi, kalau tidak ada CAMPURTANGAN Anwar Ibrahim, pasti satu lagi ujian kepopularitian PKR dan UMNO akan teruji dalam pilihanraya kecil di Teluk Kemang. Persoalannya, mampukah Anwar berpegang kepada prinsip BANGANGNYA, 'lawan tetap lawan' memandangkan sekarang Anwar mempunyai slogan, 'TUNDA TETAP TUNDA'.

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

Thursday, September 23, 2010

Kembalikan Kekuatan Pemuda

Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.

Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.

Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.

“Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.

“Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara,” katanya.

Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.

“Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.

Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.

Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO

Sunday, September 19, 2010

KJ mencari simpati untuk dapat duduk di dalam KABINET?

Tidak henti-henti lagi usaha Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, melobi diri “menyalak” ke sana ke sini memohon simpati untuk diberikan “jawatan Kabinet”. Dia tidak akan berhenti mendesak pucuk pimpinan, terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memberikannya jawatan “menteri” atau ” timbalan menteri”.

Itulah kerja Khairy Jamaluddin semenjak menang sebagai Ketua Pemuda UMNO di Pemilihan Agung UMNO yang lepas. Tanpa segan silu, Khairi pernah meminta simpati dari Ketua-Ketua Pemuda yang pernah “termakan budi” dan “telah mengundinya” dahulu untuk turut sama mendesak agar dirinya diberikan jawatan. Tidak cukup dengan itu, dia turut menggunakan “talian hayat” Naib Presiden UMNO yang sememangnya pro-Pak Lah untuk mendapatkan jawatan.

Malangnya segala usahanya sejak bergelar Ketua Pemuda UMNO itu gagal sama sekali. Pernah dia mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk melobi jawatan, namun masih juga gagal. Dikhabarkan oleh kawan-kawan, Khairi sangat sedih diperlakukan begitu oleh pucuk pimpinan dan mengadu diri pada “omak”nya. Entah betul, entah tidak cerita itu hanya Allah, KJ dan “omak”nya saja yang tahu…

Terbaru, penulis mendapat tahu bahawa Saudara Khairy kita ini akan diberikan “jawatan” selepas Hari Raya Aidilfiri ini. Sebelum ini, sumber ada memberitahu penulis bahawa Khairy turut lagi mempergunakan Pak Lah untuk melobinya mendapatkan jawatan kabinet. Dikhabarkan Pak Lah juga ada menghantar seseorang bertemu Perdana Menteri meminta agar menantunya ini diberikan jawatan di dalam jema’ah kabinet…

Iyalah, siapa yang tak tersinggung melihat “lawannya yang kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO pun terpilih menganggotai kabinet. Kenapa pula dia yang “menang” dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO ini di”anak tiri”kan?

“Mengapa KJ tidak diberikan jawatan Kabinet?”. Persoalan ini sangat mudah dijawab oleh semua rakyat, terutamanya penyokong “Pemuda Berani” dan “Pemuda Berani Berubah”. Sangat mudah! Namun, persoalan ini juga sangat payah dijawab oleh KJ dan penyokong “Pemuda Setiakawan”nya. KJ dan Pemuda Setiakawan “gagal” mencari jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Penulis bukanlah penyokong “Pemuda Berani”, penyokong “Pemuda Berani Berubah” mahupun penyokong “Pemuda Setiakawan”. Namun penulis menegaskan di sini bahawa penulis hanyalah penyokong UMNO. Penulis seboleh mungkin menolak sokongan kepada individu kerana ini boleh merosakkan perjuangan asal UMNO. Namun, penulis tidak menolak untuk menyokong pemimpin yang benar-benar berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Tidak kira siapa, Ibrahim Ali pun penulis sokong! Itu pun jika “Tok Him” benar-benar berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu lah…

Khairy sepatutnya menilai prestasinya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan UMNO. Apakah “jasa”nya selama bergelar Ketua Pemuda UMNO ini? Dimanakah tahap KPInya memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini? Apakah Pemuda UMNO dapat menggarap sebanyak mungkin pemuda-pemuda di seluruh negara untuk menyertainya? Apakah fungsi utama Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” berjaya dibuktikan oleh KJ dan konco-konconya? Banyak lagi persoalan yang perlu KJ tanya pada diri sendiri…

Apakah Khairy layak bergelar “Ketua Pemuda UMNO”? Apakah dia mendapatkan jawatan itu secara “bersih”? Jika benar “bersih”, mengapa ada sorakan “KJ rasuah! KJ rasuah!” ketika diumumkan sebagai pemenang jawatan itu? Mengapa pula Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa dia bersalah dalam siasatan “peraturan kempen” ketika pemilihan? Apa “salah” yang dimaksudkan oleh Jawatankuasa itu?

Khairi perlu “flashback” kembali sejarah dirinya menceburi bidang politik. Khairi perlu imbas kembali bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dibawanya ke dalam UMNO ketika bapa mertuanya bergelar Perdana Menteri. KJ perlu kenang kembali perbuatannya mengaut projek-projek, skandal ECM Libra dan penjualan MV Augusta (penulis hanya menulis 2 skandal sahaja, dikhabarkan banyak lagi skandal yang melibatkan KJ). Khairy perlu menilai diri sendiri perbuatannya dan “geng tingkat 4) yang “menapis calon BN” pada PRU-12 yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 5 negeri + Wilayah Persekutuan. Banyak lagi yang perlu KJ fikirkan tentang sejarahnya…

Dengan prestasi KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ini, apakah dia fikir dia layak menjawat jawatan “kabinet”? Dengan sejarah KJ yang dipenuhi dengan kurap, panau, kudis dan sopak, apakah KJ fikir dirinya layak mengendalikan sebuah “kementerian”? Apakah KJ fikir jawatan Ketua Pemuda itu adalah satu “tiket” untuk memegang jawatan di dalam kabinet Malaysia? Sedangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO sendiri pun KJ tidak layak, apatah lagi jawatan di dalam kabinet!

Penulis bukanlah menghalang Perdana Menteri mahupun pucuk pimpinan lain untuk memberikan jawatan kepada saudara Khairy Jamaluddin. Penulis cuma mahu mengingatkan semua pucuk pimpinan bahawa “melantik KJ menjawat salah satu jawatan kabinet (mahupun sebagai Timbalan Menteri), adalah perbuatan menggali kubur untuk UMNO/BN”! Lantiklah budak “Oxford” itu jika mahu “Tsunami politik Malaysia” berlaku untuk kali ke-2!

Penulis bukanlah cuba mengugut mana-mana pihak. Penulis hanya menyampaikan “kata akar umbi”. Itu saja. Terserahlah pada keputusan pucuk pimpinan. Penulis mengingatkan bahawa tidak mungkin penulis akan menyokong Zahid Hamidi lagi kerana Naib Presiden UMNO ini pernah berkata akan melantik KJ sebagai menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri. Penulis bukan bencikan Zahid atau KJ, namun penulis nampak sangat “bangang”nya jika melantik “orang yang tidak layak” menjadi pemimpin negara.

Kepada Dato’ Seri Najib, penulis tidak menghalang sama sekali Perdana Menteri untuk membuat keputusan memberikan jawatan kepada Khairi Jamaluddin. Cuma, jika Dato’ Seri mahu juga memberikan “jawatan” kepada KJ, berikanlah saja jawatan “jaga tandas” kepadanya. Itupun kena juga berhati-hati, takut-takut dijual pula tandas itu kepada orang.

30 PEMUDA PAS SERTAI UMNO KUALA SELANGOR

Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuala Selangor sepakat menyertai
UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor
Datuk Amiruddin Setro bertempat di rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit
Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh buang kelmarin.

Sharudin Mohd. Nri , 31, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan
Kuala Parit membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama lebih 30
pemuda di Kampung Bukit Kuching setelah merasa perjuangan Pas sudah
terpesong semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) yang
disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pada hari ini kami
sepakat menyertai UMNO kerana kami sebagai bangsa Melayu merasa
tertindas kerana hak kita tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya
tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi didalam
parti.
"Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat
berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian," katanya yang
telah menyertai PAS semenjak berumur 18 tahun.
Sharudin berkata
sebelum ini PAS dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak
Selangor diperintah Pakatan Rakyat, PAS seolah hilang pedoman hinggakan
masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.
"Kami menyertai UMNO
dengan harapan dapat menyatukan bangsa melayu dan memperjuangkan Islam
kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.
"Saya benar
benar kecewa dengan senario politik PAS sekarang semenjak parti ini
bergabung dengan Pakatan Rakyat yang menyebabkan bentuk perjuangan
mereka kabur dan umpama "Lalang Ditiup Angin" hinggakan saya rasa
perjuangan terhadap Islam seolah olah diketepikan demi perjuangan
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau juga meragui sekiranya Pas di
dalam Pakatan Rakyat menang didalam pilihanraya tetapi mempunyai
majoriti yang rendah dan mampukah PAS memerintah dan bolehkah Islam dan
bangsa Melayu diperjuangkan.
Sementara itu, Amiuddin Setro
merangkap ADUN Kawasan Jeram mengulas persitiwa bersejarah ini berasa
bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO
sebagai parti yang menyatukan bangsa melayu dan menegakkan Islam.
"Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya mempejuangkan Islam dan bangsa Melayu.

"Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena bulan Syawal yang
mulia ini dan berharap semua pemuda meneruskan halatuju generasi melayu
yang akan datang," katanya.
Amiruddin menjelaskan UMNO Kuala Selangor mengamalkan prinsip "Yang muda disayangi dan yang tua dihormati".

"Semoga lebih ramai belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya
parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan
bangsa Melayu," katanya.

SEMANRAT CINTAKAN NEGARA DI TUNTUT DALAM ISLAM





SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 sudah pasti menyarakkan lagi semangat patriotik. rasa gembira menjadi rakyat malaysia kerana penduduknya berbilang kaum. dengan tema tahun ini 1MALAYSIA PENJANA TRANSFOMASI. dan tidak lupa HARI MALAYSIA yang di sambut meriah oleh masyarakat tertentu bagi mengingatkan kita pada penubuhan negara MALAYSIA.

semangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini di tadbir mengikut acuan sendiri sejajar menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi tuntutan sebahagian di dalam islam. sabda rasululluh yg bermaksud " cintakan tanah air itu separuh daripada iman"

kecintaan kuat kepada tanah air adalah obor pencetus semangat untuk membawa kemajuan setiap warga negara bagi sama sama memikul tangungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.kemerdekaan adalah nikmat terbesar kurniaan ALLAH taala kepada semua masyarakat di malaysia tidak mengikut seperlunya kita sebagai hamba ALLAH perlu bsyukur dengan kurniaan tersebut. jasa jasa pejuang terdahulu mestilah kita kenang dan di sanjung kerana memperjuangkan kemerdekaan ini.

jihad dan pengorbanan untuk memastikan kemerdekaan negara daripada di belenggu penjajahan seperti di lakukan bekas pejuang hendaklah di ambil ikhtibar kepada semua lapisan kanak kanak remaja dewasa mahupun warga emas. kedatangan islam itu juga membawa mesej dan jelas membawa kemerdekaan. islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada di belenggu kejahilan. membebaskan diri dari sistem penghambaan dan cengkaman musuh dalam apa jua bentuk.

islam yang syumul meletakkan kesejahteraan keharmonian kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. hakikat ini dapat di lihat pada perkembangan awal islam di mana rasulullah berusaha membawa kamakmuran kota madinah dan memerdekakan kota makkah daripada cengkaman kafir quraisy. islam juga bersifat merdeka dalam maksud jihad. membebaskan diri dari terjerumus keruntuhan moral serta tingkah laku buruk yang boleh membawa kemurkaan ALLAH taala...

dengan itu kita sebagai rakyat malaysia harus bsyukur kepada ALLAH taala kerana telah melimpahkan rahmat ke atas negara kita. serta memilih ketua negara ini dari kalangan orang yang bijak pandai serta menjalankan tugas penuh tangungjawab. kepada ahli pembangkang. jagalah keharmonian negara malaysia. tidak usah mengheret rakyat agar di bawa ke jalan jalan raya untuk bdemontrasi. sebagai rakyat yang taat kepada pemerintahnya kita haruslah akur dengan segala undang undang negara. kekalkan kehamonian penduduk yang berbilang kaum di malaysia.

teruskan menyokong BARISAN NASIONAL di pru13....
demi kesejahteraan negara...

Saturday, September 18, 2010

PEMILIHAN PKR - NURUL IZZAH DEGIL, LAKI BINI TAK SEBULU!!!

Hal-hal begini yang adakalanya kita terpaksa kena pinjam kata-kata... Lu fikirlah sendiri .Pelik bukan mengenangkan pendirian Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bab pemilihan jawatan PKR.

Tempoh hari bersungguh-sungguh kata tak memihak antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden. Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husin Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan ‘tunjuk belang’ sebenar.


Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu. Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini.

Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam. Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan.


Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya. Apakah Nurul ikut angin ibunya Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang bukan rahsia lagi dingin terhadap Azmin. Kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Ini sudah dua pokok yang bergoyang serentak.

Mungkinkah perasaan peribadi tertentu lebih menguasai denyut nadi Nurul hingga negatif terhadap Azmin. Logiknya memang tak logik kerana Nurul sepatutnya lebih kenal Azmin yang sebegitu lama menjadi pegawai dan orang kuat bapanya luar dalam berbanding Zaid yang baru Julai tahun lalu menyertai PKR. Kalau sudah gandingan ibu dan anak tak sealiran dengan pandangan bapa salahkah kalau orang cakap pasti ada yang tak kena termasuk mengimbas kisah-kisah Anwar-Azmin yang didakwa bekas rakan tenis, Datuk S Nallakarupan.

Azmin sendiri perlulah rasa tidak sedap badan dengan cacamarba macam ni. Jangan kata orang biasa tetapi ahli-ahli PKR sendiri pun tentu tertanya-tanya apa puncanya sampai jadi begitu. Siapa tahu ada perkara yang Nurul dan ibunya boleh bendung perasaan dikaca mata ramai tetapi bila datang bab perhitungan yang menyentuh jiwa begini mereka terpaksa tekan brek kecemasan.

Mungkin demokrasi individu dalam membuat pilihan dijadikan alasan penyedap bicara.Cuma anihnya Nurul sealiran dengan segala bab politik dengan bapanya tetapi nampaknya dalam bab Azmin mereka ibarat simpul mati tidak boleh menyatu.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zaid dipetik dengan nada menyindir mengulas cara Azmin umum secara rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden di Kota Kinabalu pagi Khamis yang dibelakangi oleh sebilangan pemimpin PKR dalam sidang akhbarnya. Beliau merujuk kepada pengumuman Azmin yang dibuat di hotel lima bintang Tanjong Aru Beach Resort.

“Dia ada stail” sambil menambah sindirannya dengan ungkapan “ menakutkan”. Zaid berkata cara tunjuk kuat begitu hanya akan mencetuskan suasana tegang dalam parti. Dakwanya beliau juga ada penyokong dikalangan ahli parlimen PKR tetapi tidak mahu pamer masa buat pengumuman. Kata Zaid ada banyak masa lagi untuk kempen kerana pencalonan belum lagi dibuat. Beliau juga kesal dengan keputusan Anwar tidak mahu bertanding apa-apa jawatan. Katanya jawatan Penasihat PKR bukanlah jawatan yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.