About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, September 19, 2010

KJ mencari simpati untuk dapat duduk di dalam KABINET?

Tidak henti-henti lagi usaha Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, melobi diri “menyalak” ke sana ke sini memohon simpati untuk diberikan “jawatan Kabinet”. Dia tidak akan berhenti mendesak pucuk pimpinan, terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memberikannya jawatan “menteri” atau ” timbalan menteri”.

Itulah kerja Khairy Jamaluddin semenjak menang sebagai Ketua Pemuda UMNO di Pemilihan Agung UMNO yang lepas. Tanpa segan silu, Khairi pernah meminta simpati dari Ketua-Ketua Pemuda yang pernah “termakan budi” dan “telah mengundinya” dahulu untuk turut sama mendesak agar dirinya diberikan jawatan. Tidak cukup dengan itu, dia turut menggunakan “talian hayat” Naib Presiden UMNO yang sememangnya pro-Pak Lah untuk mendapatkan jawatan.

Malangnya segala usahanya sejak bergelar Ketua Pemuda UMNO itu gagal sama sekali. Pernah dia mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk melobi jawatan, namun masih juga gagal. Dikhabarkan oleh kawan-kawan, Khairi sangat sedih diperlakukan begitu oleh pucuk pimpinan dan mengadu diri pada “omak”nya. Entah betul, entah tidak cerita itu hanya Allah, KJ dan “omak”nya saja yang tahu…

Terbaru, penulis mendapat tahu bahawa Saudara Khairy kita ini akan diberikan “jawatan” selepas Hari Raya Aidilfiri ini. Sebelum ini, sumber ada memberitahu penulis bahawa Khairy turut lagi mempergunakan Pak Lah untuk melobinya mendapatkan jawatan kabinet. Dikhabarkan Pak Lah juga ada menghantar seseorang bertemu Perdana Menteri meminta agar menantunya ini diberikan jawatan di dalam jema’ah kabinet…

Iyalah, siapa yang tak tersinggung melihat “lawannya yang kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO pun terpilih menganggotai kabinet. Kenapa pula dia yang “menang” dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO ini di”anak tiri”kan?

“Mengapa KJ tidak diberikan jawatan Kabinet?”. Persoalan ini sangat mudah dijawab oleh semua rakyat, terutamanya penyokong “Pemuda Berani” dan “Pemuda Berani Berubah”. Sangat mudah! Namun, persoalan ini juga sangat payah dijawab oleh KJ dan penyokong “Pemuda Setiakawan”nya. KJ dan Pemuda Setiakawan “gagal” mencari jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Penulis bukanlah penyokong “Pemuda Berani”, penyokong “Pemuda Berani Berubah” mahupun penyokong “Pemuda Setiakawan”. Namun penulis menegaskan di sini bahawa penulis hanyalah penyokong UMNO. Penulis seboleh mungkin menolak sokongan kepada individu kerana ini boleh merosakkan perjuangan asal UMNO. Namun, penulis tidak menolak untuk menyokong pemimpin yang benar-benar berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Tidak kira siapa, Ibrahim Ali pun penulis sokong! Itu pun jika “Tok Him” benar-benar berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu lah…

Khairy sepatutnya menilai prestasinya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan UMNO. Apakah “jasa”nya selama bergelar Ketua Pemuda UMNO ini? Dimanakah tahap KPInya memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini? Apakah Pemuda UMNO dapat menggarap sebanyak mungkin pemuda-pemuda di seluruh negara untuk menyertainya? Apakah fungsi utama Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” berjaya dibuktikan oleh KJ dan konco-konconya? Banyak lagi persoalan yang perlu KJ tanya pada diri sendiri…

Apakah Khairy layak bergelar “Ketua Pemuda UMNO”? Apakah dia mendapatkan jawatan itu secara “bersih”? Jika benar “bersih”, mengapa ada sorakan “KJ rasuah! KJ rasuah!” ketika diumumkan sebagai pemenang jawatan itu? Mengapa pula Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa dia bersalah dalam siasatan “peraturan kempen” ketika pemilihan? Apa “salah” yang dimaksudkan oleh Jawatankuasa itu?

Khairi perlu “flashback” kembali sejarah dirinya menceburi bidang politik. Khairi perlu imbas kembali bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dibawanya ke dalam UMNO ketika bapa mertuanya bergelar Perdana Menteri. KJ perlu kenang kembali perbuatannya mengaut projek-projek, skandal ECM Libra dan penjualan MV Augusta (penulis hanya menulis 2 skandal sahaja, dikhabarkan banyak lagi skandal yang melibatkan KJ). Khairy perlu menilai diri sendiri perbuatannya dan “geng tingkat 4) yang “menapis calon BN” pada PRU-12 yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 5 negeri + Wilayah Persekutuan. Banyak lagi yang perlu KJ fikirkan tentang sejarahnya…

Dengan prestasi KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ini, apakah dia fikir dia layak menjawat jawatan “kabinet”? Dengan sejarah KJ yang dipenuhi dengan kurap, panau, kudis dan sopak, apakah KJ fikir dirinya layak mengendalikan sebuah “kementerian”? Apakah KJ fikir jawatan Ketua Pemuda itu adalah satu “tiket” untuk memegang jawatan di dalam kabinet Malaysia? Sedangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO sendiri pun KJ tidak layak, apatah lagi jawatan di dalam kabinet!

Penulis bukanlah menghalang Perdana Menteri mahupun pucuk pimpinan lain untuk memberikan jawatan kepada saudara Khairy Jamaluddin. Penulis cuma mahu mengingatkan semua pucuk pimpinan bahawa “melantik KJ menjawat salah satu jawatan kabinet (mahupun sebagai Timbalan Menteri), adalah perbuatan menggali kubur untuk UMNO/BN”! Lantiklah budak “Oxford” itu jika mahu “Tsunami politik Malaysia” berlaku untuk kali ke-2!

Penulis bukanlah cuba mengugut mana-mana pihak. Penulis hanya menyampaikan “kata akar umbi”. Itu saja. Terserahlah pada keputusan pucuk pimpinan. Penulis mengingatkan bahawa tidak mungkin penulis akan menyokong Zahid Hamidi lagi kerana Naib Presiden UMNO ini pernah berkata akan melantik KJ sebagai menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri. Penulis bukan bencikan Zahid atau KJ, namun penulis nampak sangat “bangang”nya jika melantik “orang yang tidak layak” menjadi pemimpin negara.

Kepada Dato’ Seri Najib, penulis tidak menghalang sama sekali Perdana Menteri untuk membuat keputusan memberikan jawatan kepada Khairi Jamaluddin. Cuma, jika Dato’ Seri mahu juga memberikan “jawatan” kepada KJ, berikanlah saja jawatan “jaga tandas” kepadanya. Itupun kena juga berhati-hati, takut-takut dijual pula tandas itu kepada orang.

30 PEMUDA PAS SERTAI UMNO KUALA SELANGOR

Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuala Selangor sepakat menyertai
UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor
Datuk Amiruddin Setro bertempat di rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit
Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh buang kelmarin.

Sharudin Mohd. Nri , 31, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan
Kuala Parit membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama lebih 30
pemuda di Kampung Bukit Kuching setelah merasa perjuangan Pas sudah
terpesong semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) yang
disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pada hari ini kami
sepakat menyertai UMNO kerana kami sebagai bangsa Melayu merasa
tertindas kerana hak kita tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya
tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi didalam
parti.
"Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat
berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian," katanya yang
telah menyertai PAS semenjak berumur 18 tahun.
Sharudin berkata
sebelum ini PAS dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak
Selangor diperintah Pakatan Rakyat, PAS seolah hilang pedoman hinggakan
masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.
"Kami menyertai UMNO
dengan harapan dapat menyatukan bangsa melayu dan memperjuangkan Islam
kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.
"Saya benar
benar kecewa dengan senario politik PAS sekarang semenjak parti ini
bergabung dengan Pakatan Rakyat yang menyebabkan bentuk perjuangan
mereka kabur dan umpama "Lalang Ditiup Angin" hinggakan saya rasa
perjuangan terhadap Islam seolah olah diketepikan demi perjuangan
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau juga meragui sekiranya Pas di
dalam Pakatan Rakyat menang didalam pilihanraya tetapi mempunyai
majoriti yang rendah dan mampukah PAS memerintah dan bolehkah Islam dan
bangsa Melayu diperjuangkan.
Sementara itu, Amiuddin Setro
merangkap ADUN Kawasan Jeram mengulas persitiwa bersejarah ini berasa
bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO
sebagai parti yang menyatukan bangsa melayu dan menegakkan Islam.
"Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya mempejuangkan Islam dan bangsa Melayu.

"Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena bulan Syawal yang
mulia ini dan berharap semua pemuda meneruskan halatuju generasi melayu
yang akan datang," katanya.
Amiruddin menjelaskan UMNO Kuala Selangor mengamalkan prinsip "Yang muda disayangi dan yang tua dihormati".

"Semoga lebih ramai belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya
parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan
bangsa Melayu," katanya.

SEMANRAT CINTAKAN NEGARA DI TUNTUT DALAM ISLAM





SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 sudah pasti menyarakkan lagi semangat patriotik. rasa gembira menjadi rakyat malaysia kerana penduduknya berbilang kaum. dengan tema tahun ini 1MALAYSIA PENJANA TRANSFOMASI. dan tidak lupa HARI MALAYSIA yang di sambut meriah oleh masyarakat tertentu bagi mengingatkan kita pada penubuhan negara MALAYSIA.

semangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini di tadbir mengikut acuan sendiri sejajar menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi tuntutan sebahagian di dalam islam. sabda rasululluh yg bermaksud " cintakan tanah air itu separuh daripada iman"

kecintaan kuat kepada tanah air adalah obor pencetus semangat untuk membawa kemajuan setiap warga negara bagi sama sama memikul tangungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.kemerdekaan adalah nikmat terbesar kurniaan ALLAH taala kepada semua masyarakat di malaysia tidak mengikut seperlunya kita sebagai hamba ALLAH perlu bsyukur dengan kurniaan tersebut. jasa jasa pejuang terdahulu mestilah kita kenang dan di sanjung kerana memperjuangkan kemerdekaan ini.

jihad dan pengorbanan untuk memastikan kemerdekaan negara daripada di belenggu penjajahan seperti di lakukan bekas pejuang hendaklah di ambil ikhtibar kepada semua lapisan kanak kanak remaja dewasa mahupun warga emas. kedatangan islam itu juga membawa mesej dan jelas membawa kemerdekaan. islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada di belenggu kejahilan. membebaskan diri dari sistem penghambaan dan cengkaman musuh dalam apa jua bentuk.

islam yang syumul meletakkan kesejahteraan keharmonian kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. hakikat ini dapat di lihat pada perkembangan awal islam di mana rasulullah berusaha membawa kamakmuran kota madinah dan memerdekakan kota makkah daripada cengkaman kafir quraisy. islam juga bersifat merdeka dalam maksud jihad. membebaskan diri dari terjerumus keruntuhan moral serta tingkah laku buruk yang boleh membawa kemurkaan ALLAH taala...

dengan itu kita sebagai rakyat malaysia harus bsyukur kepada ALLAH taala kerana telah melimpahkan rahmat ke atas negara kita. serta memilih ketua negara ini dari kalangan orang yang bijak pandai serta menjalankan tugas penuh tangungjawab. kepada ahli pembangkang. jagalah keharmonian negara malaysia. tidak usah mengheret rakyat agar di bawa ke jalan jalan raya untuk bdemontrasi. sebagai rakyat yang taat kepada pemerintahnya kita haruslah akur dengan segala undang undang negara. kekalkan kehamonian penduduk yang berbilang kaum di malaysia.

teruskan menyokong BARISAN NASIONAL di pru13....
demi kesejahteraan negara...