About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, August 29, 2010

YB ZULKEFLI NORDIN MENYERTAI PERKASA?

SEDANG MEMBERIKAN FOKUS CERAMAH
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PERKASA
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA JUGA TURUT HADIR
KELIBAT YB ZULKEFLI NORDIN DI MAJLIS BERKENAAN



Petang semalam berlangsungnya majlis berbuka pusa PERKASA Pusat yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu Kuala Lumpur. Majlis yang di hadiri kira kira 2oo orang Pemimpin dan Ahli PERKASA ini turut di hadiri oleh Yb Zulkifli Nordin Ahli Parlimen BEBAS Kulim serta Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Lokman Adam.

Program berbuka puasa ini juga di susuli dengan solat Tarawih dan kemudiannya penyampaian Ceramah oleh Presiden PERKASA sendiri Tok Him dalam menjelaskan Perpaduan Orang Melayu Islam itu Penting dalam meneruskan amanat perjuangan terdahulu.

Tok Him juga menyatakan agar kita mengimbau kembali bagaimana Kerajaan Islam di Spainyol bertapak di sana dan memerintah sehingga 800 tahun dan apabila mereka tidak bersatu dan berbalah kerana politik di tambah dengan anasir luar yang menyerap masuk untuk memecahbelahkan Umat Islam maka Kerajaan Islam yang berkuasa selama 800 tahun itu Lenyap sehingga lah ke hari ini.

Apatah lagi Malaysia yang baru 53 tahun Merdeka, dengan keadaan politik masa kini tidak mustahil Islam juga boleh di hancurkan oleh mereka yang sememangnya mempunyai agenda tertentu dalam memecah belahkan Islam.

Orang melayu Islam kena bersatu dalam hala tuju Negara ini jika tidak ingin melihat sebuah lagi kerajaan Islam yang ada Tumbang dek kerana Politik menghalalkan cara ini.

Tok Him juga mengingatkan kepada pemimpin DAP PAS dan PKR agar jangan cuba bermain dengan api jika tidak ingin melihat Malapetaka berlaku. MCA, GERAKAN dan MIC perlu memainkan peranan mereka dalam membantu bangsa mereka dan bukannya mempertikaikan Hak orang melayu. Itu sudah jelas sejak MERDEKA lagi.

Sepanjang Ceramah ini juga Tok Him banyak menjelaskan matlamat PERKASA yang akan terus berdiri sebagai sebuah pertubuhan dan tidak akan di daftarkan sebagai parti Politik. Pergerakan PERKASA adalah bertujuan menyatukan Bumiputera dan orang melayu dan bukannya terlibat dalam kancah politik yang ada ini.

Akhir kata dari kami semua ahli PERKASA menjemput kepada semua rakyat Malaysia Bumiputera untuk turut sama menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara PERKASA dalam mempertahankan Hak Hak kita yang termaktub di dalam perlembagaan.

kepada mereka yang berminat Boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Borang keahlian Perkasa ini melalui Akhbar Suara Perkasa yang terdapat di pasaran. Nama nama pengerusi Perkasa juga akan di berikan kepada anda bagi memudahkan anda menyalurkan maklumat dalam perjuangan ini.

kempen ANTI ZINA tetapi AJKnya berzina dengan orang muslim.



lihatlah pemimpin PKR yang di sanjungi oleh rakyat negeri selangor pada hari ini elizibert wong(PKR) yang akan bertanding sebagai ahli majlis tertinggi PKR. di lantik sebagai ajk penaja ANTI ZINA sempena hari kemerdekaan yang di anjurkan oleh kerajaan negeri selangor. alahai... ini kempen ANTI ZINA atau kempen BAGI ZINA?

orang PR mengatakan bahawa "biarlah dia nak jadi ajk skurang2nya dia nak belajar dan nak tahu yang zina tu haram" tetapi adakah kita sebagai orang melayu islam mahu terus di permainkan oleh individu ini. kalau tak menipu mana boleh cari makan. pepatah orang CINA dulu dulu lah...

jangan jadi dungu wahai orang melayu. berubahlah sebelum rebah. kempen ANTI ZINA yg di lakukan kerajaan negeri selangor juga adalah bagi menutup isu kecurian pasir di selangor yang amat dahsyat. PKR tidak layak mentadbir mana-mana negeri di malaysia. lagipun PKR sudah menjadi separuh milik orang india yang menyokong perjuangan DAP. PAS sudah bersendirian pada hakikatnya pada hari ini di dalam PR.

rakyat malaysia semakin cerdik hari demi hari. pembohongan PR khususnya PKR akan terbongkar sedikit demi sedikit. dan baru baru ini dengan penolakkan hukum hudud oleh pemimpin mereka sendiri dengan di sokong oleh MP kuala selangor(PAS). pesanan untuk pemimpin PR. JANGAN TERUS MENIPU RAKYAT....

PAKATAN PAKAR PUTAR BELIT ISU SEMASA

PAKATAN RAKYAT di sifatkan sebagai pakar mengunakan pendekatan mengalihkan isu sebenar bagi menutup kelemahan parti itu dari terus fokus kepada isu yang perlu di perjelaskan.

penganalisis politik tempatan, prof datuk dr zainal kling berkata PR sentiasa mengunakan kaedah melemparkan tuduhan serta mengalihkan isu sebenar dan tidak hairanlah jika pemimpin PR tidak menjawab persoalan kepada isu sebenar. mereka akan sentiasa putar belitkan kepada isu lain dan akhirnya meletakkan kesalahan kepada kepimpinan BARISAN NASIONAL.

mereka sengaja memutar belitkan isu semasa untuk melindungi kelemahan2 mereka dari segi pentadbiran,hubungan antara parti (pas,pkr,dap) serta kepimpinan yang ada di dalam kepimpinan mereka(PR). tuduhan yang di lemparkan kepada BARISAN NASIONAL adalah suvival politik mereka bagi menjamin kekuatan parti khususnya mempengaruhi minda rakyat untuk terus memberi sokongan kepada mereka walaupun ianya terbukti salah.

tindakkan seumpama "menyapu keburukkan di bawah tikar" dengan melemparkan tuduhan kepada BARISAN NASIONAL sebenarnya dapat di hidu oleh rakyat di mana ada isu yang membabitkan pemimpinnya, PR akan memberikan kenyataan KLISE berulang ulang dan bukan isu sebenar yang hendak di ketahui umum.

inilah kepintaran yang di miliki oleh PAKATAN HARAM RAKYAT(pr) untuk memutar belitkan fakta serta mematahkan fakta yang benar semasa berhujah dengan kepimpinan barisan kerajaan bagi melindungi pemimpin2 PR yang terbukti salah yang akhirnya telah memakan diri seperti yang berlaku di selangor baru baru ini tentang kecurian pasir yang sungguh ekstrem yang di lakukan oleh PAKATAN JAHAT RAKYAT selangor.

oleh itu , selama lamanya kita akan melihat PR akan menyerang BARISAN NASIONAL membangkitkan isu lain dari isu hangat yang di hadapi mereka dan semestinya yang menjadi mangsa adalah kerajaan BARISAN NASIONAL.




pemuda UMNO bahagian masjid tanah melaka mengadakan majlis sambutan berbuka puasa bersama anak anak yatim dan juga orang miskin serta memberikan sedikit sumbangan kepada mereka. majlis di rasmikan oleh YB khairy jalaluddin(ketua pemuda UMNO malaysia).turut serta di majlis berkenaaan timb menteri KDN YB DATUK WIRA ABU SEMAN(parlimen masjid tanah) serta dua wakil dun di dalam bahagian iaitu YB datuk karim dan YB amirruddin.

ketua pemuda negeri melaka KARIM YAACOB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis berkenaan kerana dapat bersama sama meraikan jamuan berbuka puasa serta sumbangan kepada anak anak yatim dan orang miskin di dalam bahagian masjid tanah..

tahniah semua pemuda UMNO khususnya di dalam melaka kerana membuat program seperti ini. kerana saya percaya. rakyat hanya mahu kebajikan mereka di jaga dengan baik. dan rakyat juga mahu pemimpin yang ada sekarang ini menjaga kepentingan seluruh orang melayu. insyaallah. UMNO akan terus bertahan untuk menentang anasir2 jahat yang di mainkan oleh segelintir pemimpin pembangkan di malaysia.

teruskan BERGERAK untuk membantu rakyat... hidup UMNO!!!