About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, August 29, 2010

YB ZULKEFLI NORDIN MENYERTAI PERKASA?

SEDANG MEMBERIKAN FOKUS CERAMAH
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI PERKASA
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA JUGA TURUT HADIR
KELIBAT YB ZULKEFLI NORDIN DI MAJLIS BERKENAAN



Petang semalam berlangsungnya majlis berbuka pusa PERKASA Pusat yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu Kuala Lumpur. Majlis yang di hadiri kira kira 2oo orang Pemimpin dan Ahli PERKASA ini turut di hadiri oleh Yb Zulkifli Nordin Ahli Parlimen BEBAS Kulim serta Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Lokman Adam.

Program berbuka puasa ini juga di susuli dengan solat Tarawih dan kemudiannya penyampaian Ceramah oleh Presiden PERKASA sendiri Tok Him dalam menjelaskan Perpaduan Orang Melayu Islam itu Penting dalam meneruskan amanat perjuangan terdahulu.

Tok Him juga menyatakan agar kita mengimbau kembali bagaimana Kerajaan Islam di Spainyol bertapak di sana dan memerintah sehingga 800 tahun dan apabila mereka tidak bersatu dan berbalah kerana politik di tambah dengan anasir luar yang menyerap masuk untuk memecahbelahkan Umat Islam maka Kerajaan Islam yang berkuasa selama 800 tahun itu Lenyap sehingga lah ke hari ini.

Apatah lagi Malaysia yang baru 53 tahun Merdeka, dengan keadaan politik masa kini tidak mustahil Islam juga boleh di hancurkan oleh mereka yang sememangnya mempunyai agenda tertentu dalam memecah belahkan Islam.

Orang melayu Islam kena bersatu dalam hala tuju Negara ini jika tidak ingin melihat sebuah lagi kerajaan Islam yang ada Tumbang dek kerana Politik menghalalkan cara ini.

Tok Him juga mengingatkan kepada pemimpin DAP PAS dan PKR agar jangan cuba bermain dengan api jika tidak ingin melihat Malapetaka berlaku. MCA, GERAKAN dan MIC perlu memainkan peranan mereka dalam membantu bangsa mereka dan bukannya mempertikaikan Hak orang melayu. Itu sudah jelas sejak MERDEKA lagi.

Sepanjang Ceramah ini juga Tok Him banyak menjelaskan matlamat PERKASA yang akan terus berdiri sebagai sebuah pertubuhan dan tidak akan di daftarkan sebagai parti Politik. Pergerakan PERKASA adalah bertujuan menyatukan Bumiputera dan orang melayu dan bukannya terlibat dalam kancah politik yang ada ini.

Akhir kata dari kami semua ahli PERKASA menjemput kepada semua rakyat Malaysia Bumiputera untuk turut sama menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara PERKASA dalam mempertahankan Hak Hak kita yang termaktub di dalam perlembagaan.

kepada mereka yang berminat Boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Borang keahlian Perkasa ini melalui Akhbar Suara Perkasa yang terdapat di pasaran. Nama nama pengerusi Perkasa juga akan di berikan kepada anda bagi memudahkan anda menyalurkan maklumat dalam perjuangan ini.

No comments:

Post a Comment