About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

WALI SONGO

"Walisongo" berarti sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru-murid.

Maulana Malik Ibrahim yang tertua. Sunan Ampel anak Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang berarti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal. Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat.

Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru: mulai dari kesehatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati kaum jelata.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat "sembilan wali" ini lebih banyak disebut dibanding yang lain. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peran yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat dipahami masyarakat Jawa -yakni nuansa Hindu dan Budha .

Jika Tun Mahathir memperkatakan tentang Israel akan terus dituduh anti-semetic,Bagaimana Anwar?




Barangkali ramai yang tidak menyedari mengapa Anwar berani mengaitkan 1Malaysia dengan kerajaan Israel.

1Malaysia dihentam luar dan dalam oleh Anwar dan juak haprak,cubaan beliau untuk mengaitkan 1Malaysia dengan Israel gagal,persepsi dikalangan rakyat juga gagal dimenangi oleh Anwar.

Pendedahan beberapa fakta dan kaitan Anwar dengan APCO oleh garamanis amat mengemparkan.Ternyata Anwar punyai ekses segala maklumat dari rakan rakan beliau yang sememangnya pro Israel.

Mana mungkin beliau mampu mendapatkan surat sulit kerajaan Israel jika tidak mendapat ekses dan sokongan dari pihak pelobi yahudi.

Kemudian jika diperhatikan sehingga setakat ini,tidak ada langsung siaran berita cnn atau bbc & akhbar barat menghentam Anwar.

Jika Tun Mahathir memperkatakan tentang Israel akan terus dituduh anti-semetic,malahan Tun Mahathir terus diserang oleh media elektronik barat ,tetapi Anwar langsung tidak dituduh sedemikian,walhal beliau dan PAS begitu kuat menghentam di Parlimen dan di ceramah ceramah,mereka tidak pula dituduh sebagai anti-semetic.

Apa istimewanya hubungan Anwar dengan pelobi yahudi?Mengapa beliau langsung tidak di kritik oleh pelobi yahudi?

Bukti Anwar terlibat dengan organisasi tajaan Israel yang turut sama disahkan oleh Azmin Ali.

Skrip basi anwar dan PAS makin hari makin longgar,cukup mudah dihidu pembohongan.Hanya yang jumud dan bebal tidak akan nampak pembohongan pembelit & sesumpah nombor 1 negara.

MESEJ DARI KETUA MENTERI MELAKA....



Kemajuan negeri Melaka masakini akan dilaksanakan dengan lebih teratur bagi menjamin kejayaan dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pada tahun 2008. Antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Melaka adalah dengan menubuhkan Badan Bertindak Pelaksanaan Negeri (DASAR) bagi membantu melancarkan perlaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Penubuhan DASAR adalah bertujuan memantau projek-projek pembangunan bagi memastikan ianya berjalan lancar, sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat kejayaan dalam setiap projek yang dilaksanakan.

Pengwujudan DASAR juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka Maju menjelang 2010.

“Usaha lebih gigih dan berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak dari masa kesemasa bagi memastikan projek-projek pembangunan di negeri ini berjaya dilaksanakan,’’

Kerajaan negeri juga, telah menggunakan 52 indikator bagi mengukur kualiti hidup rakyat negeri ini dalam menentukan kemajuan negeri ini yang sehingga kini telahpun mencapai 74.5 peratus daripada sasaran yang ditetapkan.

Melaka memperuntukkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM3.68 billion daripada RM3.97 billion yang diterima dalam RMK9 untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Selain projek-projek pembangunan, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius dalam pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi tujuan menjadikan masyarakat Melaka sebuah masyarakat yang berilmu.

Pembangunan dalam sektor ICT di Melaka semakin berkembang pada kadar yang amat pesat sekali hasil sumbangan dan usaha berterusan oleh kerajaan negeri bagi membangun dan memajukan bidang ICT ini di Melaka.

Penubuhan Jabatan E-Ekonomi di Jabatan Ketua Menteri jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri ke arah memajukan bidang ICT, terutamanya dalam menjadikan masyarakat Melaka sebuah masyarakat yang celik IT.

Justeru, pelancaran MSC Malaysia Cybercentre @ MITC Melaka oleh Perdana Menteri sekaligus memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri mewujudkan masyarakat Melaka yang celik IT.

Kesungguhan kerajaan negeri dalam bidang ini dapat dilihat dari kejayaan program e-Melaka yang bertujuan memberi pendedahan serta latihan komputer kepada suri rumah dan warga pencen di negeri ini.

Ini kerana sebagai satu bidang yang berteknologi tinggi serta berasaskan pengetahuan, kemajuan dalam bidang ICT akan mampu memacu Melaka kearah status negeri maju selain meningkatkan taraf kehidupan rakyat Melaka amnya.

Maka oleh yang demikian, kesudian lapan buah syarikat ICT bertaraf antarabangsa telah bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memajukan bidang tersebut, dimana kelapan-lapan buah syarikat tersebut telah membuka pejabat mereka di Cybercentre untuk memberikan perkhidmatan berkaitan ICT, kepada para pengguna, khususnya rakyat negeri ini.

Lebih daripada itu, bagi mengembangkan lagi bidang ICT dan memantapkan pentadbiran kerajaan negeri, Melaka telah membangunkan projek Hang Tuah Jaya sebagai bandar pentadbiran pintar bertaraf dunia.

Pelancaran projek merupakan mercu tanda baru Melaka Bersejarah ini turut disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Pembangunan Hang Tuah Jaya, sedikit sebanyak berasaskan pembangunan yang dilakukan ke atas Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Dengan penyediaan pelbagai kemudahan yang tertaraf antarabangsa, ianya juga disasarkan sebagai sebuah bandar yang ideal untuk dijadikan sebagai tempat tinggal, bekerja, belajar dan berinteraksi.

Kerajaan negeri menubuhkan Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) bagi mentadbir dan mengurus kawasan terbabit seluas 35,733.04 ekar termasuk 39.87 peratus, atau 14,247.76 ekar, terletak di dalam sebahagian daerah Melaka Tengah.

Daerah Jasin pula merupakan kawasan yang kedua terbesar iaitu seluas 12,859.79 ekar atau 35.99 peratus dari keluasan kawasan Hang Tuah Jaya. Sebahagian lagi membabitkan daerah Alor Gajah.

Anggaran penduduk tahun 2006 dalam kawasan PHTJ adalah seramai 114,732 orang iaitu daerah Melaka Tengah seramai 98,742 orang, daerah Alor Gajah seramai 7,584 orang dan daerah Jasin seramai 8,406 orang.

Gunatanah pertanian masih merupakan gunatanah dominan di kawasan Hang Tuah Jaya dengan peratusan sebanyak 53.76% (19,208.51 ekar). Gunatanah utama yang lain adalah meliputi gunatanah perumahan (23.18%), institusi (6.05%), perindustrian (3.68%) dan perniagaan (2.22%).

Mengikut pelan konsep PHTJ, keseluruhan kawasannya akan dibahagikan mengikut zon, yang meliputi zon pentadbiran (yang berpusat di kawasan bangunan Seri Negeri di Ayer Keroh), pelancongan, I-Village, tele-suburb, bandar lapangan terbang, bandar perubatan, bandar perniagaan, zon enterprise, hub pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), bio-valley, taman memorial serta lebuhraya dan jalanraya.

Tumpuan kerajaan negeri dalam bidang pertanian pula membuktikan pimpinan kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib golongan petani malah pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup dan menambahkan pendapatan mereka.

Ladang Mangga Melaka Delight di Kampung Gelam, di sini, yang akan turut di lawati Perdana Menteri memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memberi galakan kepada golongan petani mengusahakan tanah-tanah terbiar.

Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dengan golongan petani sentiasa mengingatkan mereka supaya menggunakan setiap inci tanah yang ada dengan pelbagai projek yang boleh memberikan pulangan lumayan.

Setakat ini terdapat 102 pengusaha yang digabungkan di bawah Petaniaga Sdn Bhd dan mereka mempunyai pegangan saham mengikut kemampuan masing-masing.

Begitu juga dengan negeri Melaka, yang semakin hari semakin menempah nama di persada antarabangsa selaras dengan usaha kerajaan negeri mempromosikan Melaka ke seluruh pelusuk dunia.

Sekian, terima kasih.

YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA

tentang sejarah penubuhan ALUMNI KYM dan akibatnya


sebelum aku keluar meninggalkan kolej yayasan melaka pada pertengahan tahun 09 aku telah bjumpa dengan datuk saroni bersama dua rakan iaitu shahrul iqmal dan muizzudin serta bertemankan KETUA HAL EHWAL PELAJAR en shaban. untuk meluahkan perasaan terhadap datuk saroni(CEO) kolej yayasan melaka agar menjaga kebajikan pelajar di sana... dalam masa yang sama datuk saroni telah menyarankan aku agar menubuhkan persatuan ALUMNI kolej yayasan melaka untuk terus bersama sama bkhidmat dengan KYM untuk memberi sumbangan serta menjadi role model kepada pelajar yang sedang belajar di sana... di saksikan ketua HAL EHWAL PELAJAR. selepas dari perjumpaan itu aku terus pulang ke shah alam untuk meneruskan perkerjaan aku di sana... perjumpaan itu adalah selepas haluansiswa intake jun09 di KYM... di dalam proses penubuhan persatuan ALUMNI KYM terlalu banyak rintangan yang aku tempuhi dan banyak meminta pertolongan dari seorang sahabat yg bernama shahrul iqmal... banyak plan2 yang di rancang ... sehinggakan ALUMNI KYM telah di daftarkan di SSM... alhamdulillah berjaya melaksanakan satu kerja yang baik masa itu.... di dalam pertengahan kerja shahrul telah menarik diri atas sebab yang munasabah kerana mahu menumpukan exam ... aku tabah mghadapi dugaan untuk terus menjalankan program tersebut bersama timb saya iaitu tyson edmund... merancang membuat pelbagai aktiviti... dan telah merancang untuk membuat MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA ALUMNI KYM pada 3/3/10 dan telah di luluskan oleh majlis tertinggi KOLEJ dengan wang peruntukkan sebanyak rm950.00 dari rm3.000.00 alhamdulillah sekurang2nya ada sedikit perbelanjaan untuk program alumni... di dalam perlaksanaan jadual program tersebut ada mengandungi ceramah atau bengkel keusahawanan yang akan di sampaikan oleh azizan datuk wira hj mo'min(bekas speaker melaka) kepada pelajar yg sedang menuntut khususnya dari unitar dan utm... datuk amat gembira dengan program ini dan saya amat gembira kerana orang yang bergelar DATUK memberi kepercayaan terhadap saya... saya berhenti kerja kerana hanya mahu fokus tentang alumni ini... walaupun saya tahu alumni ini tidak memberikan faedah di dalam hidup saya.. dan saya mahu membuktikan kepada semua orang yg pernah bkerja dengan saya bahawa saya pelajar sijil yang pertama boleh memecahkan kebolehan pelajar di peringkat atasan... dan alhamdulillah datuk telah menjamin kedudukan saya dan berjanji akan memberi sesuatu kepada alumni tanda terima kasihnya kepada bekas2 pelajar... saya amat bsyukur dengan janji yang di berikan itu... program ALUMNI itu telah di tunda pada 3/4/10 atas kesilapan perhubungan komunikasi dengan ketua HAL EHWAL PELAJAR yang baru iaitu en irham... dua minggu sebelum hari pelaksanaan program tersebut saya telah btengkar dengan ketua HEP kerana mempertikaikan mengapa GPMS tidak boleh bgerak di dalam KYM.. walaupun bukan bidang saya saya cuba lawan kerana mahu kebaikan terus di jalankan dan di laksanakan.. dan alhamdulillah saya telah membuat satu pertemuan presiden GPMS saudara marwan dan en irham... sehari kemudian seorang pelajar kolej yayasan melaka telah di tahan wad atas kerana kesihatannya... keesokkan paginya saya telah memberitahu ketua hal ehwal pelajar tentang pelajar ini.. dengan saya pun tidak ada kerja pada hari itu saya telah menunggu di hospital mengharapkan ehsan dari pihak KOLEJ... tetapi malangnya mereka betul2 tidak datang dan memberi reaksi yg baik terhadap pelajar mereka... saya tag gambar pelajar tersebut pada kenalan saya termasuk KP melaka dan pengarah pekerja dan pelajar antarabangsa en shadan othman... en shadan juga telah talipon terus kepada kolej petang itu (dalam jam 4.30ptng) tetapi malangnya en shadan sendiri mengiayakan bahawa KOLEJ YAYASAN MELAKA tidak menjaga kebajikan pelajar... alhamdulillah KP melaka datang melawat dan memberi sumbangan terhadap pelajar tersebut agar meringankan beban pelajar tersebut... keesokkan harinya di dalam perjalanan ke terenganu untuk menjadi fasilitator UMB di peringkat negeri saya telah di beritahu oleh pesakit(muhd afiq) bahawa en mad dugel telah melawat dan akan mguruskan kos rawatan yang di tangung oleh pesakit.. dan saya terus talipon en MAD dan berterima kasih kepada kolej dan saya tak marah pun pada en MAD DUGEL... (boleh tanya sendiri kepadanya) selepas dari itu saya juga talipon en shadan untuk bterima kasih kerana mgambil tahu tentang pelajar tersebut... sampainya saya di terenganu saya menerima mesej dari DATUK SARONI yg mgatakan bahawa dia telah hilang kepercayaan terhadap saya dengan hanya satu kritikkan terhadap kolej... bila saya membaca mesej tersebut saya amat kesal dengan apa yg telah saya buat selama ini sememangnya tidak berbaloi... terpaksa menjadi seorang hipokrit dan terpaksa menipu orang lain agar myatakan KOLEJ YAYASAN MELAKA tempat yang baik dan tidak rugi menuntut ilmu di sana.. selama ini saya menangkis kritikkan orang ramai terhadap kolej yayasan melaka dan bila saya mgritik kolej dengan satu perkara DATUK SARONI terus hilang kepercayaan... tujuan saya hanya mahu DATUK SARONI membuka mata agar stafnya tidak mengambil tindakkan(kebajikan) terhadap pelajarnya malangnya DATUK SARONI hanya mementingkan IMEJ semata mata... dan yang paling sedih apabila dia menghina saya... 1001 satu pujian tidak di pandang dan hanya satu 1 kritikkan di balas dengan satu penghinaan ... dan DATUK SARONI kena ingat.. bahawa saya telah korbankan masa depan saya untuk KOLJ YAYASAN MELAK tanpa meminta satu sen pun ... SAYA BERUSAHA untuk mencari dana sendiri untuk melaksanakan program... dan jangan cuba2 untuk menjaja bahawa saya tidak berani bjumpa dengan mana staf KOLEJ YAYASAN MELAKA khususnya dari HEP... dan apa yang saya ceritakan ini adalah untuk membetulkan keadaan di mana ada segelintir staf HEP telah myatakan kesalahan ini adalah milik saya... serta mahu pelajar lain tahu bahawa saya bukan di buang oleh kolej.. tetapi akur dengan apa yang datuk saroni mahukan... simpan lah staf YES BOS.... agar kebajikan tidak di utamakan ... TAHNIAH KOLEJ YAYASAN MELAKA INTERNATIONAL... kerana hanya mahu menjaga imej dan bukan KEBAJIKAN PELAJAR.... ini adalah pengajaran kepada rakan2 lain agar tidak mgritik kolej yayasan melaka takut2 kamu juga mengalami nasib yang sama seperti saya....

sejarah MASJID TANAH...

Masjid Pekan Masjid Tanah
Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat.Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang
tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya.Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah.Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah.

Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah .
Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina.

PENGENALAN UMB DUN LENDU

Masjid Tanah, 4 April 2010. Telah diadakan Kursus Pengenalan UMB peringkat DUN Lendu bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah, Melaka.
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus asas tersebut yang terdiri daripada 10 orang Pemuda dan 10 orang Puteri dari DUN Lendu.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Idderis bin Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu. Antara yang hadir adalah Saudara Abd Kadir, Pengerusi UMB Negeri Melaka, Suadara Mohd Hanif, Setiausaha UMB Negeri Melaka, Saudara Abdul Samat, Pen. S/Usaha UMB Negeri Melaka, Saudara Asrizam, Pengerusi Biro Media & Perang Saraf Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah serta fasilitator iaitu en rosli dan saya sendiri ajk dari UMB Negeri Melaka.

Terima kasih pada jawatankuasa kecil kursus ini kerana telah berjaya melaksanakan dengan baiknya yang diketuai oleh Saudara Abdul Hakim.


PAS terus myokong parti seorang peliwat

Sumber-sumber yang enggan nama mereka disebut memberitahu, PAS Selangor akan mengurangkan sokongan dan bantuan kepada PKR dalam usaha parti Anwar Ibrahim itu mempertahankan kerusi Parlimen yang mereka sandang di Hulu Selangor.

Fikrah yang keberatan menyokong Erdogan-Erdogan PAS di Hulu Selangor, turut memberitahu, mereka bagaimanapun tidak akan melahirkan tentangan terhadap PKR secara terang-terangan bagi menghormati pucuk pimpinan PAS Pusat yang masih berusaha menjalin dan menjaga hubungan lebih kukuh dengan PKR dan DAP di Selangor.

"Kalau PAS Selangor tak bantu pun, PAS Kedah, PAS Pulau Pinang dan PAS Kelantan akan turun membantu kempen serta menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh PKR dengan bermati-matian.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana unit media alternatif PAS sedang digerakkan seolah-olah mereka bukan lagi PAS sebaliknya PKR yang berpakaian PAS," kata pemimpin kumpulan terbabit.

Umum mengetahui, anggota-anggota PAS terbahagi sokongan mereka kepada beberapa pihak. PAS Selangor yang dipimpin oleh Hasan Ali juga dikatakan terpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ulama konservatif dan kumpulan liberal sekular yang lebih dikenali sebagai Erdogan.

Beberapa hari lepas, angkatan Erdogan mula mengenakan tekanan ke atas Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menerusi seorang blogger yang juga wartawan Harakah. Cubaan untuk meng'AnwarIbrahim'kan PAS sedang berjalan secara giat dan terang-terangan dengan Mursyidul Am yang kembali dilantik, Nik Aziz Nik Mat menjadi pendukung utamanya.

Bagaimanapun, ramai yang percaya, Nik Aziz bertindak begitu atas nasihat para pembantunya yang berkiblatkan PKR dan DAP berbanding pucuk pimpinan PAS Pusat.

Fikrah PAS Selangor telah pun membuktikan keberkesanan tindakan mereka apabila 'memboikot' pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang menyaksikan kemenangan Isa Samad dengan majoriti besar, mengalahkan calon PAS dari clan Erdogan.

Sebelum ini, fikrah ini telah menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada PAS untuk ditandingi. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim selaku de facto PKR telah membuat pengumuman tanpa rundingan bersama-sama PAS dan DAP bahawa kerusi tersebut akan ditandingi daripada calon parti yang dinasihatinya.

Hasil Pendedahan The FLYING KICK

Betul jugak ya, sepatutnya ini seat PAS, tetapi kenapa bagi kat PKR? Anwar dah main jarum ke? Kesian PAS dah la bodoh dan bebal nak mampos pastu selalu kena tipu dengan si peliwat dan geng-geng dia! tah la PAS, aku pun tak tau nak cakap apa lagi!

Ini ada berita dan cerita panas mengenai seorang blogger yang pernah menghina Sultan tidak lama dulu, kali ini giliran dia menghina ulamak pulak, klik sini

Wow! Meremang bulu roma aku membaca artikel si budak yang tak tau agama apa yang dianutinya itu lagi, aku hairan mengapa pihak PAS senyap je dengan segala tindakan budak yang langsung tak bijak ni?

apa yg ada dengan dokumen ANWAR IBRAHIM?

Kepada sesiapa yang berminat melihat dokumen-dokumen Anwar pasti kecewa dengan 'bukti-bukti' yang dimuatturun diblog anwaribrahimblog semalam.. Dari segi teknikal, terlalu kecil, tidak dapat dibaca, adakah ini disengajakan ?. Apakah ini bukti ? Kalau dikatakan bukti, tetapi disiarkan dengan teknik supaya orang ramai tidak dapat membaca dan memahaminya, baik tidak payah disiarkan di laman rasmi ketua pembangkang.

Terdapat dua set 'dokumen' yang didedahkan. 1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International 2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri. Kedua-dua 'surat' ini diupload berasingan tetapi tiada keterangan atau huraian yang ditulis sendiri oleh Anwar untuk mengaitkan kedua-dua dokumen ini. Apakah dokumen ini asli atau palsu ? Kalau asli kenapa tidak diupload secara besar dan jelas supaya orang ramai boleh membacanya ? Kalau benar, kenapa sengaja disusun kecil dan tiada keterangan bertulis supaya orang ramai tidak memahaminya ?

Bagi individu yang mencari kebenaran pasti akan kecewa dengan susun atur kononnya 'dokumen bukti' tersebut. 'Dokumen' ini setaraf dengan risalah propanganda untuk memikat pengundi Melayu di Hulu Selangor sahaja setelah Anwar terlalu damage dengan isu Kalimah Allah.

Blog Melayu Bersatu mempertikaikan cara pengambilan 'dokumen-dokumen' tersebut. Semua dokumen kerajaan adalah RAHSIA. Bagaimana Anwar boleh dapatkan dokumen rahsia kemudian didedahkan kepada umum dan kemungkinan besar akan diguna di Hulu Selangor. Bagaimana dengan Akta Rahsia Rasmi ?

Menurut blogger itu, tidak menghairankan jika Anwar boleh dapatkan 'dokumen' dari kerajaan Malaysia, kerana masih ramai lagi penyokong-penyokong Anwar yang menjadi kakitangan kerajaan. Tetapi bagaimana dengan 'dokumen' kerajaan Israel. Bagaimana pula Anwar boleh dapatkan 'dokumen-dokumen' dari kerajaan Israel ? Apakah Anwar juga mempunyai ramai penyokong-penyokong di Israel terutamanya dari kalangan kakitangan kerajaan Israel ?

Barangkali, sebab itu Blogger Panglima Perang Cyber, YDP Blog Pembela Negara upload semula 'dokumen-dokumen' yang disiarkan di blog Anwar ke blognya. Mungkin YDP BPN mahu menyebarluaskan dokumen-dokumen itu kepada semua blog penyokong kerajaan.

Kaji dan fikirkan sendiri, apakah ini bukti kukuh yang dibangkitkan Anwar sehingga beliau beriya-iya menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja ?

Utusan MalaysiA dalam rencananya mempersoalkan mana bukti Anwar mengatakan APCO mencipta 1Malaysia ? Anwar gagal menjawab perkara itu sebagaimana yang didakwanya di parlimen. 'Dokumen-dokumen' yang dimuatturun diblognya juga tidak menjawab perkara itu. Jadi sekali lagi Anwar berbohong ?

Anwar sangat ketara dalam hubungan dengan Israel. Semua orang tahu perkara itu. Sejak dari menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah menggunakan perkhidmatan agensi Isael untuk melobi dirinya.

Masih ingat kes akaun bersumpah Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang mendedahkan Anwar selaku Menteri Kewangan mengarahkannya membayar RM 38 million kepada Douglas Paal dan APPC ?

Siapa Douglas Paal ? Dia adalah seorang Zionis, bekas pegawai tertinggi CIA. Kalau begini latar belakangnya kenapa Anwar selaku Menteri Kewangan perlu mengarahkan Datuk Murad membayar wang rakyat sebanyak RM 38 million kepada Douglas Paal semata-mata kerana Douglas Paal dan APPC bekerjasama dengan badan pemikir Anwar, IKD untuk menganjurkan "Dailog Pasifik" ?


Lihat video ini, bukti penglibatan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi

Siapa Pengarah IKD ketika itu ? Beliau adalah kawan baik Anwar, bekas Setiausaha Agung ABIM bernama Kamaruddin Jaafar. Sekarang Kamaruddin adalah 'orang kuat' PAS yang disebut-sebut salah seorang fraksi Ketua Erdogan PAS.

Dengan "Dailog Pasifik" anjuran Anwar ini, Paal berjaya membawa ke Kuala Lumpur tokoh-tokoh seperti William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika, Madeline Albright, Setiausaha Negara, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara, Paul Wolfowitz, duta Amerika ke Indonesia. Kemudian disusuli dengan kedatangan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, selepas pemecatan Anwar. Anehnya kesemua tokoh-tokoh ini adalah berbangsa Yahudi dan beraliran Zionis.

Kebetulan atau Anwar sudah target untuk berdamping dengan tokoh-tokoh Zionis ? Dan dari dulu hingga sekarang tokoh-tokoh ini juga yang masih membantu Anwar

Apakah itu bukan ancaman kepada keselamatan negara, hubungan langsung di antara Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Amerika Syarikat yang berkedudukan strategik menjaga CIA ?

Apakah Douglas Paal masih membantu Anwar sekarang ini ? Jawabnya YA.

Douglas Paal sekarang adalah Naib Pengerusi The Carnegie Endowment for International Peace yang banyak membantu membiaya Anwar. Kaji apa itu Carnegie Endowment dan siasat siapa di belakangnya?

Apakah Anwar masih meneruskan hubungan intim dengan badan-badan pemikir Yahudi di Amerika Syarikat. Jawabnya YA.

Bukan setakat berhubung rapat, malah Anwar menjadi salah seorang daripada tali barut mereka. Buktinya penglibatan Anwar dalam penasihat Institut Brookings dan panel pemikir NED. Kaji sedalam mendalam apakah motif badan-badan pemikir ini dan siapakah di belakangnya.


AnwarNEDboard
Anwar panel pemikir NED. Apakah ini tidak mengancam keselamatan negara, sedangkan NED adalah badan CIA yang bermotifkan untuk campur tangan dalam negara-negara yang ditarget oleh Amerika Syarikat ?


Apakah tidak mengancam keselamatan negara, seorang ketua pembangkang Malaysia melaporkan maklumat-maklumat negara secara langsung kepada badan-badan pemikir Israel ?

Semua orang tahu apa yang diperkatakan Anwar di luar negara sama ada dalam ceramah, seminar atau forum. Semuanya berbentuk kecaman dan hasutan agar pihak asing campur tangan dalam negara Malaysia. Ini belum lagi dikira dalam perbincangan-perbincangan sulit antara Anwar dengan tokoh-tokoh Israel yang tidak dilaporkan media.

Apakah ini tidak mengancam keselamatan negara ?

Apakah ini perlu juga gesaan Suruhajaya Diraja menyiasatnya ?

AIDC

NEW LANE GOES ONE WAY

From today New Lane will be turned into a one-way street with traffic going towards Macalister Road between 4pm and midnight daily.

Komtar assemblyman Ng Wei Aik said the one-way traffic proposal was tabled during the Penang Municipal Council’s Infra-structure and Traffic Committee meeting on Jan 21 and endorsed during a full council meeting on Feb 25.

“The proposal was mooted following several road accidents and complaints about the traffic congestion in New Lane which had been given a temporary hawkers’ site status by the council.

“The one-way traffic system will start from 4pm when hawkers start their business and end at midnight except for Wednesday because the stalls are closed on that day,” he told reporters during a visit to the area yesterday.

New direction: Rela personnel will be on hand to direct traffic at New Lane in George Town.

“We had earlier sent out 300 notices to residents in the area, traders, hawkers and the Sunway Hotel. We only received two objections and this is why the council decided to impose the one-way system only from 4pm.”

He said residents, traders, hawkers, hotel guests and motorists could drive into the hawker site at New Lane via Kek Chuan Lane or Jalan Datuk Keramat

Khalifah sosialis kesayangan PAS mendahulukan cina,meminggirkan melayu secara halus di Pulau Pinang.

Malangnya pimpinan melayu pakatan bacul kerana tidak langsung membela atau pun membantah dengan tindakan DAP, isu New Lane jelas memperlihatkan sikap double standart kerajaan sosialis Pulau Pinang.

Mengapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap gerai gerai haram ini,sedangkan gerai gerai kecil peniaga melayu di ambil tindakan,malahan diruntuhkan,walhal langsung tidak menganggu lalu lintas.


LATARBELAKANG

1) Berkuat kuasa daripada 22 Mac 2010, New Lane, Georgetown yang pada asalnya merupakan jalan dua hala akan dijadikan jalan sehala bermula daripada jam 4.00 petang setiap hari. Orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini adalah YB Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setaiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) New Lane adalah jalan yang menghubungkan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister yang terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown. Sejak DAP memerintah, terdapat penambahan mendadak di kalangan penjaja (hawkers) Cina yang menjaja di jalan tersebut. Kesan utama ialah gangguan lalu lintas, jalan menjadi sempit, membahayakan keselamatan terutamanya orang ramai yang melintas dan pengunjung tempat makan, persekitaran yang kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

3) Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap para penjaja di kawasan tersebut walaupun secara terang-terangan ia mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan yang berpunca daripada penjaja yang meletakkan gerai menjaja (hawker’s stall), meja dan kerusi di tepi-peti jalan tersebut.

4) Sebelum melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan tersebut, notis telah dikeluarkan kepada 300 penjaja dan hanya dua yang membantah dijadikan alasan bahawa apa yang dilaksanakan mendapat sokongan ramai. Sudah semestinya para penjaja menyokong kerana lebih banyak ruang di atas jalan raya boleh digunakan untuk meletakkan gerai menjaja, meja dan kerusi untuk menjaja di situ.


SEBAB-SEBAB BANTAHAN

1) Tindakan Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menunjukan sikap “double standard” dan tidak menghiraukan langsung sensitiviti penjaja Melayu di negeri Pulau Pinang. Di saat peniaga, penjaja dan pengsaha Melayu dihimpit dengan pelbagai tindakan daripada pihak kerajaan negeri menerusi penguatkusa daripada MPPP dan MPSP, peniaga Cina terus diberikan ruang dan peluang berniaga walaupun menyalahi undang-undang.

2) Jalan tersebut sangat sempit dan kurang sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan makanan. Sepatutnya penjaja-penjaja di kawasan tersebut di arah berpindah ke tempat lain dan bukannya diberikan ruang yang lebih untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

3) Keputusan membenarkan New Lane dijadikan jalan sehala untuk membenarkan penjaja makanan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan “precedence” kepada penjaja makanan di kawasan-kawasan lain untuk turut memohon agar kerajaan negeri mengambil langkah yang sama di kawasan mereka.

4) Tindakan ini sudah semestinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja di kawasan-kawasan lain. Tidak mustahil, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tindakan yang sama di beberapa tempat yang lain kiranya tiada pihak yang membantah tindakan ini pada masa kerajang. Kesannya penjaja Melayu terus dianak tirikan, penjaja Cina terus mendapat pembelaan.


PERBANDINGAN SIKAP DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP & LIM GUAN ENG

1) Pada Ramadhan yang lalu, pihak penguatkuasa MPPP bersama-sama YB Ng Wei Aik telah mengeluarkan arahan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan dan seterusnya melakukan serbuan ke atas Bazar Ramadhan di kaki lima di Jalan Penang. Alasan yang diberikan, kononnya aktiviti perniagaan Bazar Ramadhan yang telah wujud hampir 25 tahun itu menyebabkan gangguan lalu lintas sedangkan Jalan Penang adalah jalan sehala yang mempunyai empat (4) laluan. Berdasarkan pemerhatian, kewujudan Bazaar Ramadhan yang hanya berlangsung selama sebulan setiap tahun itu tidak sedikitpun memberi kesan besar terhadap tahap lalulintas di jalan tersebut. Itupun, YB Ng Wei Aik masih mahu mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu di Bazar Ramadhan tersebut.

2) Gerai makan Do Re Me yang dibina di tepi pantai Tanjung Bungah kira-kira 200 meter daripada jalan utama ternyata tidak sedikitpun menjejaskan lalulintas atau mengganggu pengguna jalanraya atau orang awam. Walaupun Gerai makan Do Re Me tidak menyebabkan gangguan lalu lintas pihak kerajaan negeri tetap bertindak merobohkan gerai tanpa memperdulikan usaha yang telah dibuat oleh pengusahan yang bersusah-payah membina gerai tersebut. Ini kerana Gerai Do Re Me pemiliknya adalah orang Melayu.

3) Gerai makan Hammer Bay berhampiran Queensbay diberikan notis untuk dirobohkan atas alasan asap masakan mengganggu penghuni pangsapuri berdekatan sedangkan sepanjang Gerai makan Hammer Bay beroperasi di kawasan tersebut, pengusaha gerai tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Sekali lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng bersikap “double standard” terhadap penjaja Melayu.

4) 2 minggu lalu, dua buah premis perniagaan milik orang Melayu di Gelugor terus menjadi sasaran kerajaan kafir DAP. Walaupun kedua-dua premis tersebut didirikan bukan di atas tanah bukan milik MPPP, kali ini alasan yang digunakan ialah kononnya struktur premis yang didirikan tidak mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MPPP sedangkan kelulusan pelan boleh dirayu atau dirunding. Sebuah lagi premis yang bakal menerima nasib yang sama ialah Anggerik Lodging iaitu rumah tumpangan milik seorang usahawan Melayu yang sering menjadi tempat penginapan pilihan semasa Pesta Konvokesyen USM dan musim cuti sekolah.


KESIMPULAN

Penjaja di New Lane, Georgetown menjadi simbol sikap biadap dan “double standard” kerajaan kafir DAP di bawah pemerintahan zalim Lim Guan Eng. Lim Guan Eng ternyata kurang senang melihat bangsa Melayu yang berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan pendekatan akan digunakan untuk menghancurkan perniagaan yang dibina. Jika kerajaan kafir DAP dan Lim guan Eng benar-benar mahu bertindak berdasarkan undang-undang, Lim Guan Eng sepatutnya mengarahkan pihak penguatkuasa MPPP dan MPSP bertindak ke atas peniaga-peniaga Cina yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya antaranya seperti di Lebuh Chulia, Jalan Datuk Keramat, New Lane, Jalan Macalister,Jalan paya Terubong, Jalan Perak dan banyak lagi.

Kerajaan kafir DAP juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang mengubah-suai rumah mereka menjadi premis perniagaan milik kaum Cina yang berselerak di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan pemilik-pemilik kilang haram yang didirikan di kawasan perkampungan Cina seperti yang terdapat di Batu Maung, Paya Terubong, Kampung Pulau (Jalan Perak), Weld Quay, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Bagan dan banyak lagi. Janganlah menjadikan penjaja dan pengusaha Melayu sebagai sasaran utama dan kemudiannya meletakkan kain rentang seluruh negeri dengan memberikan maklumat palsu untuk menegak benang yang basah.

Buat bangsaku, ayuh kita bangkit mempertahankan hak dan ketuanan Melayu di bumi Pulau Pinang! Melayu perlu BANGKIT!

Perhimpunan SEDAQ cukup jelas mengambarkan mengapa bantahan dibuat oleh bumiputra Pulau Pinang.Ketidak adilan dalam mengambil tindakan oleh kerajaan DAP cukup nyata dan double standart.

DAP bersama jalangan politik PAS dan PKR telah menganjurkan ceramah kononnya telah difitnah,siapakah yang sebenarnya yang membuat fitnah dah memberi data statistik yang palsu.

Juak pakatan,memandang sini dengan bantahan orang melayu Pulau Pinang, segala tindakan yang dilakukan oleh DAP dihalalkan ,malahan sebab dan mengapa diambil tindakan dikambing hitamkan kepada UMNO.

Dr Mansoor dan beberapa kerat pemimpin Melayu pakatan haprak hanyalah boneka,mereka tidak mampu berbuat apa apa untuk membela orang melayu Pulau Pinang.

Jika berlaku bantahan seperti anjuran SEDAQ,sebaliknya mereka akan mempersoalkan apa yang UMNO dan Gerakan buat sebelum ini,tetapi tidak memberi jalan penyelesaian kepada permasaalahan ini sebaliknya mereka lebih gemar bermain politik secara gampangan.

HARAKAH DAILY pembohong!

Harakah suara rasmi parti jalangan PAS memperlihatkan belang kaki fitnah rasmi parti yang mengadai nama Allah . Inilah akhbar santapan minda juak PAS.

Bagaikan satu kepuasan buat banjingan PAS apabila dapat membuat fitnah, tidak akan lengkap hidup mereka jika tidak dapat membuat fitnah .

Petugas Harakah rela digajikan dengan wang hasil daripada fitnah untuk diberi makan kepada anak isteri. Mereka menghalalkan apa saja,demi mencapai matlamat,walaupun tahu ia adalah fitnah.

Harakah cukup terkenal dengan budaya nafi,baling batu sembunyi tangan,fitnah dan menyiarkan berita palsu. Kerja bohong dan memperbodohkan penyokong PAS adalah tugas hakiki buat suratkhabar ini.

Pisau menyarankan pihak KDN mengambil tindakan terhadap Harakah kerana menghasut dan menyiarkan berita palsu,menuduh kononnya Israel di Pejabat PM adalah satu tuduhan yang amat berat.

Laporan polis harus dibuat, dan siasatan harus dijalankan ,malah tindakan saman dan mengantung akhbar haprak ini patut dilaksanakan.

Menuduh Israel di Pejabat PM adalah satu usaha menanam doktrin dan menghasut kononnya PM bersekongkol bersama Israel.Tindakan ini sudah pasti akan membangkitkan ketidak tenteraman rakyat.

pembohangan PKR di pp

KEPALA BATAS - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kepala Batas, semalam membuat laporan polis mendakwa Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah dalang di sebalik sepanduk yang menggunakan gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat mewakili PKR ketika mengetuai anggota parti itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, pagi semalam.

Mohd Akhir berkata, sepanduk yang dibuat itu berunsur fitnah untuk mengaburi orang ramai terhadap pemimpin utama PKR itu.

“Perbuatan itu dianggap tidak bertamadun apabila sanggup menggunakan gambar dua pemimpin PKR tanpa mendapat kebenaran mereka.

“Sepatutnya sepanduk itu tidak melibatkan Anwar dan Guan Eng, kerana ceramah itu bukan dihadiri mereka sebaliknya Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ezam Mohd Noor, yang kini menjadi sekutu mereka,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sengaja meletakkan gambar itu sebagai taktik kotor, seolah-olah mereka berdua adalah penceramah utama sedangkan program itu bukan anjuran PKR.

Dalam laporan itu, Mohd Akhir meminta polis menyiasat tindakan yang dianggap pengecut dengan membelakangkan nilai norma kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas yang ditemui, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, tindakan PKR membuat laporan polis menunjukkan mereka takut.

“Jika benar mereka mengamalkan demokrasi sepertimana yang dilaungkan selama ini, biarkan Zahrain dan Ezam meluahkan apa yang terbuku dalam hati,” katanya.

Reezal berkata, sebenarnya laporan polis itu dibuat untuk menyekat bekas dua ahli PKR itu meneruskan ceramah mereka mendedahkan kepincangan parti berkenaan.

Katanya, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang ditemui sependapat dengan Reezal dalam hal itu.

“Kita anggap laporan seperti itu hanya mainan politik PKR yang takut untuk berpijak di bumi nyata jika kepincangan mereka didedahkan,” katanya.

NIK AJIS KE MEKAH AKHIRNYA

KOTA BARU, 5 April — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membatalkan kunjungan ke Mekah akhir tahun lalu ekoran kontroversi tajaan berlepas ke tanah suci hari ini untuk mengerjakan umrah.

Beliau yang ditemani beberapa anggota keluarganya berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pukul 9 pagi ini.

Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusoff memberitahu perkara itu kepada The Malaysian Insider.

“Tok guru akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

“Dia (Nik Aziz) dijangka berada di sana (Mekah) selama dua minggu. Kebiasaan tempoh orang pergi menunaikan umrah lah dua minggu itu,” katanya.

Akhir tahun lalu Nik Aziz membatalkan hasratnya ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji setelah media heboh mempersoalkan pemergiannya itu ditaja pihak tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz yang tidak menafikan tajaan tersebut mengakui menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

PAS LAHIR KERANA DENDAM

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Disebabkan tokoh yang dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa menggubal undang undang tubuh PAS (Tuan Haji Ahmad Fuad) telah mengalami kekalahan melawan Tunku dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25hb Ogos 1951 dan kebetulan UMNO pada masa itu masih dalam keadaan perpecahan berikutan perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO, maka Tuan Haji Ahmad Fuad yang banyak berpihak kepada Dato’ Onn telah mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk tujuan politiknya.

Dalam persidangan pertama untuk membincangkan rang undang undang tubuh PAS di Butterworth, Seberang Perai pada 24hb November 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasingan dengan UMNO, dan beliau sendiri dilantik sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Setelah PAS lahir sebagai sebuah parti politik, maka PAS telah menyertai beberapa pilihanraya yang diadakan semenjak tahun 1955. Dalam Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969, PAS berjaya mendapat majoriti di Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah Trengganu selepas pilihanraya Umum 1959 apabila parti itu berjaya menawan 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pemerintahan PAS di Trengganu hanya selama lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana ramai wakil rakyat PAS telah meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Dalam pilihanraya Umum 1990 dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46, PAS sekali lagi berjaya mendapat majoriti dI Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah negeri tersebut sampai hari ini.

Jelas PAS cuma wujud selepas UMNO ditubuhkan, dan politik PAS adalah sama dengan politik UMNO. yang membezakannya cuma UMNO pada masa itu memperjuangkan KEMERDEKAAN dan PAS meraih sokongan untuk BERKUASA.