About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010


PAS LAHIR KERANA DENDAM

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Disebabkan tokoh yang dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa menggubal undang undang tubuh PAS (Tuan Haji Ahmad Fuad) telah mengalami kekalahan melawan Tunku dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25hb Ogos 1951 dan kebetulan UMNO pada masa itu masih dalam keadaan perpecahan berikutan perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO, maka Tuan Haji Ahmad Fuad yang banyak berpihak kepada Dato’ Onn telah mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk tujuan politiknya.

Dalam persidangan pertama untuk membincangkan rang undang undang tubuh PAS di Butterworth, Seberang Perai pada 24hb November 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasingan dengan UMNO, dan beliau sendiri dilantik sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Setelah PAS lahir sebagai sebuah parti politik, maka PAS telah menyertai beberapa pilihanraya yang diadakan semenjak tahun 1955. Dalam Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969, PAS berjaya mendapat majoriti di Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah Trengganu selepas pilihanraya Umum 1959 apabila parti itu berjaya menawan 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pemerintahan PAS di Trengganu hanya selama lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana ramai wakil rakyat PAS telah meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Dalam pilihanraya Umum 1990 dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46, PAS sekali lagi berjaya mendapat majoriti dI Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah negeri tersebut sampai hari ini.

Jelas PAS cuma wujud selepas UMNO ditubuhkan, dan politik PAS adalah sama dengan politik UMNO. yang membezakannya cuma UMNO pada masa itu memperjuangkan KEMERDEKAAN dan PAS meraih sokongan untuk BERKUASA.

2 comments:

  1. saLam.. dah jadi tradisi, PAS sentiasa memomokkan rakyat dengan isu ISLAM tapi X pernah tampil untuk MEMPERTAHANKAN ISLAM & MELAYU.. PAS BUKAN PARTI POLITIK ISLAM tetapi telah BERANI MEMPOLITIKKAN ISLAM.. sembahyang ngan orang UMNO HARAM, SEMBAHYANG DENGAN GUAN ENG CELAKA & TIAN CHUA ANJING untuk kesejahteraan roh TEO BENG HOK BOLEH!!! bila matlamat dah MENGHALALKAN CARA.. JADI AHLI UMNO DIKATAKAN MASUK NERAKA, PUJA TOK GURU MASYUK SYURGA.. NIK AZIZI SIAPA?? bila dah joint POLITI manede yang BERSIH, sama gak KOTOR!!! HIDUP PERKASA DEMI KETUANAN MELAYU!!!

    ReplyDelete
  2. Brother Wan Motor, tulisan anda ini saya kira berat sebelah. Kalau kita nak publish sesuatu tulisan kita pastikan fakta itu betul dan tidak nampak bias sebelah pihak. Saya ingin ambil respon sedikit tentang tulisan Brother Wan ini. Adakah alim ulamak dalam Biro Agama dan Pelajaran UMNO pada masa itu akan turut merelakan cadangan UMNO untuk melaksanakan Loteri Kebajikan Masyarakat @ Judi. Sedangkan pada masa yang sama, mereka ini terdidik dengan pelajaran agama seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan. Saya rasa orang agama tidak akan bersekongkol dengan individu atau parti yang nak melaksanakan perkara yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis kerana mereka sedar dan insaf bahawa mereka ini akan mati. Balasan Allah di akhirat nanti kekal selamanya. Sepatutnya saudara kaji dulu sebelum menulis. Saya bukannya menyokong PAS seratus peratus, tetapi kita perlu bertanggungjawab atas apa yang kita tulis kerana jikalau silap fakta kita tulis, orang yang tidak tau sejarah akan mengambilnya sebagai fakta. Jika fakta itu tidak betul, ia akan jadi satu fitnah pula.Brother Wan Motor, jika anda menuduh PAS untuk meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa, saya rasa pandangan anda itu tidak berapa tepat. Mana ada parti politik atas dunia ini yang tidak mahukan kuasa. Sila sebut, mungkin saya tidak tahu. Melainkan ada satu sahaja bukan parti politik iaitu PERKASA, tetapi inginkan kuasa juga. Saya rasa inilah satu-satunya NGO yang gila kuasa, kalau nak daftar atas nama pertubuhan politikpun, saya rasa dah lama pemimpin utamanya ditolak oleh rakyat.

    ReplyDelete