About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

apa yg ada dengan dokumen ANWAR IBRAHIM?

Kepada sesiapa yang berminat melihat dokumen-dokumen Anwar pasti kecewa dengan 'bukti-bukti' yang dimuatturun diblog anwaribrahimblog semalam.. Dari segi teknikal, terlalu kecil, tidak dapat dibaca, adakah ini disengajakan ?. Apakah ini bukti ? Kalau dikatakan bukti, tetapi disiarkan dengan teknik supaya orang ramai tidak dapat membaca dan memahaminya, baik tidak payah disiarkan di laman rasmi ketua pembangkang.

Terdapat dua set 'dokumen' yang didedahkan. 1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International 2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri. Kedua-dua 'surat' ini diupload berasingan tetapi tiada keterangan atau huraian yang ditulis sendiri oleh Anwar untuk mengaitkan kedua-dua dokumen ini. Apakah dokumen ini asli atau palsu ? Kalau asli kenapa tidak diupload secara besar dan jelas supaya orang ramai boleh membacanya ? Kalau benar, kenapa sengaja disusun kecil dan tiada keterangan bertulis supaya orang ramai tidak memahaminya ?

Bagi individu yang mencari kebenaran pasti akan kecewa dengan susun atur kononnya 'dokumen bukti' tersebut. 'Dokumen' ini setaraf dengan risalah propanganda untuk memikat pengundi Melayu di Hulu Selangor sahaja setelah Anwar terlalu damage dengan isu Kalimah Allah.

Blog Melayu Bersatu mempertikaikan cara pengambilan 'dokumen-dokumen' tersebut. Semua dokumen kerajaan adalah RAHSIA. Bagaimana Anwar boleh dapatkan dokumen rahsia kemudian didedahkan kepada umum dan kemungkinan besar akan diguna di Hulu Selangor. Bagaimana dengan Akta Rahsia Rasmi ?

Menurut blogger itu, tidak menghairankan jika Anwar boleh dapatkan 'dokumen' dari kerajaan Malaysia, kerana masih ramai lagi penyokong-penyokong Anwar yang menjadi kakitangan kerajaan. Tetapi bagaimana dengan 'dokumen' kerajaan Israel. Bagaimana pula Anwar boleh dapatkan 'dokumen-dokumen' dari kerajaan Israel ? Apakah Anwar juga mempunyai ramai penyokong-penyokong di Israel terutamanya dari kalangan kakitangan kerajaan Israel ?

Barangkali, sebab itu Blogger Panglima Perang Cyber, YDP Blog Pembela Negara upload semula 'dokumen-dokumen' yang disiarkan di blog Anwar ke blognya. Mungkin YDP BPN mahu menyebarluaskan dokumen-dokumen itu kepada semua blog penyokong kerajaan.

Kaji dan fikirkan sendiri, apakah ini bukti kukuh yang dibangkitkan Anwar sehingga beliau beriya-iya menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja ?

Utusan MalaysiA dalam rencananya mempersoalkan mana bukti Anwar mengatakan APCO mencipta 1Malaysia ? Anwar gagal menjawab perkara itu sebagaimana yang didakwanya di parlimen. 'Dokumen-dokumen' yang dimuatturun diblognya juga tidak menjawab perkara itu. Jadi sekali lagi Anwar berbohong ?

Anwar sangat ketara dalam hubungan dengan Israel. Semua orang tahu perkara itu. Sejak dari menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah menggunakan perkhidmatan agensi Isael untuk melobi dirinya.

Masih ingat kes akaun bersumpah Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang mendedahkan Anwar selaku Menteri Kewangan mengarahkannya membayar RM 38 million kepada Douglas Paal dan APPC ?

Siapa Douglas Paal ? Dia adalah seorang Zionis, bekas pegawai tertinggi CIA. Kalau begini latar belakangnya kenapa Anwar selaku Menteri Kewangan perlu mengarahkan Datuk Murad membayar wang rakyat sebanyak RM 38 million kepada Douglas Paal semata-mata kerana Douglas Paal dan APPC bekerjasama dengan badan pemikir Anwar, IKD untuk menganjurkan "Dailog Pasifik" ?


Lihat video ini, bukti penglibatan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi

Siapa Pengarah IKD ketika itu ? Beliau adalah kawan baik Anwar, bekas Setiausaha Agung ABIM bernama Kamaruddin Jaafar. Sekarang Kamaruddin adalah 'orang kuat' PAS yang disebut-sebut salah seorang fraksi Ketua Erdogan PAS.

Dengan "Dailog Pasifik" anjuran Anwar ini, Paal berjaya membawa ke Kuala Lumpur tokoh-tokoh seperti William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika, Madeline Albright, Setiausaha Negara, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara, Paul Wolfowitz, duta Amerika ke Indonesia. Kemudian disusuli dengan kedatangan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, selepas pemecatan Anwar. Anehnya kesemua tokoh-tokoh ini adalah berbangsa Yahudi dan beraliran Zionis.

Kebetulan atau Anwar sudah target untuk berdamping dengan tokoh-tokoh Zionis ? Dan dari dulu hingga sekarang tokoh-tokoh ini juga yang masih membantu Anwar

Apakah itu bukan ancaman kepada keselamatan negara, hubungan langsung di antara Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Amerika Syarikat yang berkedudukan strategik menjaga CIA ?

Apakah Douglas Paal masih membantu Anwar sekarang ini ? Jawabnya YA.

Douglas Paal sekarang adalah Naib Pengerusi The Carnegie Endowment for International Peace yang banyak membantu membiaya Anwar. Kaji apa itu Carnegie Endowment dan siasat siapa di belakangnya?

Apakah Anwar masih meneruskan hubungan intim dengan badan-badan pemikir Yahudi di Amerika Syarikat. Jawabnya YA.

Bukan setakat berhubung rapat, malah Anwar menjadi salah seorang daripada tali barut mereka. Buktinya penglibatan Anwar dalam penasihat Institut Brookings dan panel pemikir NED. Kaji sedalam mendalam apakah motif badan-badan pemikir ini dan siapakah di belakangnya.


AnwarNEDboard
Anwar panel pemikir NED. Apakah ini tidak mengancam keselamatan negara, sedangkan NED adalah badan CIA yang bermotifkan untuk campur tangan dalam negara-negara yang ditarget oleh Amerika Syarikat ?


Apakah tidak mengancam keselamatan negara, seorang ketua pembangkang Malaysia melaporkan maklumat-maklumat negara secara langsung kepada badan-badan pemikir Israel ?

Semua orang tahu apa yang diperkatakan Anwar di luar negara sama ada dalam ceramah, seminar atau forum. Semuanya berbentuk kecaman dan hasutan agar pihak asing campur tangan dalam negara Malaysia. Ini belum lagi dikira dalam perbincangan-perbincangan sulit antara Anwar dengan tokoh-tokoh Israel yang tidak dilaporkan media.

Apakah ini tidak mengancam keselamatan negara ?

Apakah ini perlu juga gesaan Suruhajaya Diraja menyiasatnya ?

AIDC

No comments:

Post a Comment