About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

sejarah MASJID TANAH...

Masjid Pekan Masjid Tanah
Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat.Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang
tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya.Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah.Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah.

Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah .
Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, hamba ingin tahu makam (yg berpagar) siapa kah (nama org punya makam itu) yg terletak di bahagian hadapan-kiri masjid itu? Sekian, terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete