About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

Jika Tun Mahathir memperkatakan tentang Israel akan terus dituduh anti-semetic,Bagaimana Anwar?




Barangkali ramai yang tidak menyedari mengapa Anwar berani mengaitkan 1Malaysia dengan kerajaan Israel.

1Malaysia dihentam luar dan dalam oleh Anwar dan juak haprak,cubaan beliau untuk mengaitkan 1Malaysia dengan Israel gagal,persepsi dikalangan rakyat juga gagal dimenangi oleh Anwar.

Pendedahan beberapa fakta dan kaitan Anwar dengan APCO oleh garamanis amat mengemparkan.Ternyata Anwar punyai ekses segala maklumat dari rakan rakan beliau yang sememangnya pro Israel.

Mana mungkin beliau mampu mendapatkan surat sulit kerajaan Israel jika tidak mendapat ekses dan sokongan dari pihak pelobi yahudi.

Kemudian jika diperhatikan sehingga setakat ini,tidak ada langsung siaran berita cnn atau bbc & akhbar barat menghentam Anwar.

Jika Tun Mahathir memperkatakan tentang Israel akan terus dituduh anti-semetic,malahan Tun Mahathir terus diserang oleh media elektronik barat ,tetapi Anwar langsung tidak dituduh sedemikian,walhal beliau dan PAS begitu kuat menghentam di Parlimen dan di ceramah ceramah,mereka tidak pula dituduh sebagai anti-semetic.

Apa istimewanya hubungan Anwar dengan pelobi yahudi?Mengapa beliau langsung tidak di kritik oleh pelobi yahudi?

Bukti Anwar terlibat dengan organisasi tajaan Israel yang turut sama disahkan oleh Azmin Ali.

Skrip basi anwar dan PAS makin hari makin longgar,cukup mudah dihidu pembohongan.Hanya yang jumud dan bebal tidak akan nampak pembohongan pembelit & sesumpah nombor 1 negara.

No comments:

Post a Comment