About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

PAS terus myokong parti seorang peliwat

Sumber-sumber yang enggan nama mereka disebut memberitahu, PAS Selangor akan mengurangkan sokongan dan bantuan kepada PKR dalam usaha parti Anwar Ibrahim itu mempertahankan kerusi Parlimen yang mereka sandang di Hulu Selangor.

Fikrah yang keberatan menyokong Erdogan-Erdogan PAS di Hulu Selangor, turut memberitahu, mereka bagaimanapun tidak akan melahirkan tentangan terhadap PKR secara terang-terangan bagi menghormati pucuk pimpinan PAS Pusat yang masih berusaha menjalin dan menjaga hubungan lebih kukuh dengan PKR dan DAP di Selangor.

"Kalau PAS Selangor tak bantu pun, PAS Kedah, PAS Pulau Pinang dan PAS Kelantan akan turun membantu kempen serta menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh PKR dengan bermati-matian.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana unit media alternatif PAS sedang digerakkan seolah-olah mereka bukan lagi PAS sebaliknya PKR yang berpakaian PAS," kata pemimpin kumpulan terbabit.

Umum mengetahui, anggota-anggota PAS terbahagi sokongan mereka kepada beberapa pihak. PAS Selangor yang dipimpin oleh Hasan Ali juga dikatakan terpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ulama konservatif dan kumpulan liberal sekular yang lebih dikenali sebagai Erdogan.

Beberapa hari lepas, angkatan Erdogan mula mengenakan tekanan ke atas Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menerusi seorang blogger yang juga wartawan Harakah. Cubaan untuk meng'AnwarIbrahim'kan PAS sedang berjalan secara giat dan terang-terangan dengan Mursyidul Am yang kembali dilantik, Nik Aziz Nik Mat menjadi pendukung utamanya.

Bagaimanapun, ramai yang percaya, Nik Aziz bertindak begitu atas nasihat para pembantunya yang berkiblatkan PKR dan DAP berbanding pucuk pimpinan PAS Pusat.

Fikrah PAS Selangor telah pun membuktikan keberkesanan tindakan mereka apabila 'memboikot' pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang menyaksikan kemenangan Isa Samad dengan majoriti besar, mengalahkan calon PAS dari clan Erdogan.

Sebelum ini, fikrah ini telah menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada PAS untuk ditandingi. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim selaku de facto PKR telah membuat pengumuman tanpa rundingan bersama-sama PAS dan DAP bahawa kerusi tersebut akan ditandingi daripada calon parti yang dinasihatinya.

Hasil Pendedahan The FLYING KICK

Betul jugak ya, sepatutnya ini seat PAS, tetapi kenapa bagi kat PKR? Anwar dah main jarum ke? Kesian PAS dah la bodoh dan bebal nak mampos pastu selalu kena tipu dengan si peliwat dan geng-geng dia! tah la PAS, aku pun tak tau nak cakap apa lagi!

Ini ada berita dan cerita panas mengenai seorang blogger yang pernah menghina Sultan tidak lama dulu, kali ini giliran dia menghina ulamak pulak, klik sini

Wow! Meremang bulu roma aku membaca artikel si budak yang tak tau agama apa yang dianutinya itu lagi, aku hairan mengapa pihak PAS senyap je dengan segala tindakan budak yang langsung tak bijak ni?

No comments:

Post a Comment