About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, April 7, 2010

marilah kita rapatkan barisan agar malaysia tidak menjadi seperti negara palestine...


Dipetik dari ceramah program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut :
1. Pertolongan Burung - Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Pertolongan Kabus Tebal - Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Pertolongan Al-Quran - Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
- Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
4. Bantuan Makhluk Lain - Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
5. Bayi Bertukar Jantina - Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
6. Kelahiran Semula Para Maujahidin - Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

7. Mayat Mujahidin Tidak Reput - Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).
Begitulah antara bukti-bukti kebesaran Allah yang dipaparkan kepada kita. Semoga cerita di atas member semangat dan perangsang kepada kita untuk terus berjuang dan membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana. Allahuakbar.

Pertanyaan Karpal biadab


21552811KUALA LUMPUR 5 April – Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

“Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,” kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.

Ibrahim berkata, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sampai bila-bila dan perkara ini telah dipersetujui di Parlimen selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

“Karpal tahu mengenai perkara ini kerana dia seorang peguam yang berpengalaman.

“Namun dia sengaja mengguris hati orang Melayu dan tidak pernah serik untuk melakukannya berulang kali,” tegas Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal secara terang-terangan membawa agenda DAP yang mahu merosakkan kerangka Perlembagaan dalam usaha memperkenalkan dasar Middle Malaysia mereka.

“Esok Perkasa akan membuat laporan polis berkenaan hal ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal,” katanya.


orang melayu harus sedar... bahawa PERKASA bukanlah satu badan yang menyokong parti politik mana2.. cuma akan terus menyokong parti yang akan terus mempertahankan HAK ORANG MELAYU sahaja...

HAK orang melayu harus di pertahankan !!!


bangsa melayu harus bersatu agar mempertahankan HAK keistemewaan kita dapat di rasai oleh anak cucu cicit kita di masa akan datang... di masa sekarang.. tidak di nafikan bahawa orang melayu di dalam parti mana sekalipun tidak mementingkan HAK ini... HAL ini amat menduka citakan rakyat malaysia khususnya bangsa melayu... justeru itu bangsa melayu ramai yang merajuk dan tidak mempercayai kerajaan BARISAN NASIONAL kerana mgabaikan tangungjawab mereka agar mempertahankan HAK orang melayu... pada tahun 08 kerajaan malaysia telah tumbang di 6 NEGERI kerana hukuman rakyat terhadap kerajaan.. tetapi PKR sudah menjanjikan bahawa HAK keistemewaan orang melayu akan di beri kesamarataan terhadap semua kaum di malaysia... HAL ini lebih jelas membuktikan PKR lansung tidak menjaga HAK orang2 melayu... lihat sahaja lah orang2 rapat anwar ibrahim telah keluar dari PKR dan masuk ke dalam UMNO... sebenarnya... UMNO sahaja lah yang masih mempertahankan HAK keistemewaan orang melayu di malaysia... kalau dahulu jika kita mgkritik orang atas kita akan di pancung(di jatuhkan) di dalam bahagian sekarnag perkara itu tidak ada lagi di masa kini... zaman sudah berubah... saya sebagai ahli biasa di dalam UMNO sendiri boleh mgritik mana2 pemimpin jika pemimpin tersebut tidak amanah atau sebagainya. alhamdulillah... UMNO banyak berubah sejak tewas pada tahun 08.... teringat pada sejarah 13 mei... di mana kerajaan hampir kalah ... hanya beberapa kerusi sahaja lagi... dan di masa itu orang2 cina menghalau orang2 melayu ke dalam hutan secara paksaan... ada yang di bunuh dengan kejam... pada masa itu.. melayu bangkit dengan begitu kuat sekali... pelbagai perkara yg terjadi semasa 13mei... orang melayu terus bersatu serta mempertahankan HAK... semoga perjuangan kita akan di teruskan anak2 muda... bersatu lah untuk menentang kaum2 yg melupakan sejarah khusunya kaum2 cina DAP... kerana mereka mahukan MELAYU di gugurkan di dalam perlembagaan... CELAKA betul....!!! bersatulah orang2 melayu...... perjuangan kita adalah agama bangsa dan negara...

BN Kenalpasti Punca Penolakkan BN Di Hulu Selangor

Wednesday, April 07, 2010


Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenalpasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang. Enam punca itu menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.

Punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.

Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.

Turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas, ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda.