About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, April 7, 2010

Pertanyaan Karpal biadab


21552811KUALA LUMPUR 5 April – Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

“Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,” kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.

Ibrahim berkata, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sampai bila-bila dan perkara ini telah dipersetujui di Parlimen selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

“Karpal tahu mengenai perkara ini kerana dia seorang peguam yang berpengalaman.

“Namun dia sengaja mengguris hati orang Melayu dan tidak pernah serik untuk melakukannya berulang kali,” tegas Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal secara terang-terangan membawa agenda DAP yang mahu merosakkan kerangka Perlembagaan dalam usaha memperkenalkan dasar Middle Malaysia mereka.

“Esok Perkasa akan membuat laporan polis berkenaan hal ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal,” katanya.


orang melayu harus sedar... bahawa PERKASA bukanlah satu badan yang menyokong parti politik mana2.. cuma akan terus menyokong parti yang akan terus mempertahankan HAK ORANG MELAYU sahaja...

No comments:

Post a Comment