About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, September 26, 2010

alasan ahli parlimen teluk kemang kalah bertanding jawatan

Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Teluk Kemang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Teluk Kemang. Kekalahan itu disifatkannya sebagai penolakan ahli-ahli PKR terhadap kewibawaannya selaku wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan. (Malaysiakini)

Wah, nampaknya merajuk besar pengampu dan penjilat Anwar Ibrahim ini!Kamarul Baharin menyertai sebahagian besar daripada Ahli Parlimen dan ADUN yang kehilangan jawatan selaku Ketua Cabang PKR di seluruh negara. Beberapa mesyuarat Cabang pula dilaporkan kecoh sehingga perlu ditangguhkan kerana penipuan dan penyelewengan undi bagi mengelakkan calon favourite yang menjadi sekutu Anwar-Azmin kalah teruk.

Salah seorang daripada mereka adalah Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan hanya mendapat 5 undi sahaja daripada keseluruhan ahli di Cabang PKR Subang. Ratu 'Kangkang', Elizabeth Wong turut gagal dalam perebutan jawatan Ketua Cabang di Petaling Jaya Utara.

Dan sama seperti Kamarul Baharin, Elizabeth Wong juga tidak berpuas hati. Cuma, berbeza dengan Kamarul Baharin, Elizabeth Wong tidak pula menyatakan yang kekalahannya itu adalah disebabkan ahli-ahli menolak kewibawaannya selaku wakil rakyat.

Jadi, kalau tidak ada CAMPURTANGAN Anwar Ibrahim, pasti satu lagi ujian kepopularitian PKR dan UMNO akan teruji dalam pilihanraya kecil di Teluk Kemang. Persoalannya, mampukah Anwar berpegang kepada prinsip BANGANGNYA, 'lawan tetap lawan' memandangkan sekarang Anwar mempunyai slogan, 'TUNDA TETAP TUNDA'.

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."