About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, September 15, 2010






assalamualaikum....

saya ingin memberikan sedikit buah pandangan terhadap kepimpinan di setiap bahagian terutamanya di dalam parti UMNO. mengapa pemimpin tertinggi bahagian tidak berani untuk memilih calon dari kepimpinan muda. mungkinkah pucuk pemimpin tidak mempunyai keyakinan yang tinggi kepada setiap ahli sendiri? jika kita melihat situasi sekarang di malaysia. rakyat memerlukan pemimpin berjiwa rakyat di kalangan orang muda. mengapa PKR berjaya memenangi banyak kerusi? ini kerana mereka mempunyai pemimpin golongan muda yang berwibawa walaupun mereka melawan arus. berbalik pada cerita, UMNO tidak berani untuk memilih calon muda kerana bagi mereka calon muda hanya satu masalah kepada mereka. mengapa perkara ini boleh berlaku. mengapa ada kepimpinan tertinggi bahagian tertentu mengabaikan tangungjawab mereka dengan membiarkan sayap parti iaitu PEMUDA dan PUTERI menjalankan aktiviti sendiri tanpa memberikan bantuan dari segi peruntukkan. adakah YANG BERHORMAT(YB) yg di pilih oleh ketua bahagian hanya mengumpulkan wang bagi mengumpulkan harta kekayaan peribadi.

bila sudah menjadi YB dia terus mengumpulkan harta peribadi dari membantu rakyat yang memerlukan bantuan dari wakil rakyat. adakah PEGAWAI JASA menulis laporan tentang YB ini dengan perkara yang baik2 sahaja? adakah YB berkenaan memberikan wang ganjaran kepada pegawai JASA berkenaan bagi membuat laporan yang baik sahaja kepada pihak atasan?

saya menyarankan anak2 muda seperti saya sendiri. jika orang seperti ini terus di kekalkan untuk bertanding di dalam pilihanraya akan datang marilah kita sama sama menyokong parti lain. kerana apa? kerana YB berkenaan akan terus merosakkan parti UMNO sahaja. itu bukanlah perjuangan anak muda. bagi kami anak muda, kami mahukan perubahan kepimpinan di masjid tanah dengan meletakkan calon dari kalangan muda. bukan sahaja di masjid tanah tetapi semua seluruh bahagian di seluruh malaysia. kerana zaman kini 65% adalah kuasa pengundi muda.

ketua bahagian harus berfikiran rasional serta kehapadan bagi melihat situasi yang berlaku hari ini. jika ketua bahagian memilih dengan cara lama ini dengan tidak memandang pandangan golongan muda saya sarankan agar ketua bahagian bersiap siap untuk memikirkan masa depan dengan membuat kerja yang lain. kerana kami akan tolak bulat2 dengan parti UMNO yang hanya memperlekehkan golongan muda. INI BUKAN JANJI TAPI PASTI.

perubahan mesti di lakukan segera bagi membaik pulihkan keadaan parti UMNO yang sememang tant dengan perbalahan dalam sendiri. tetapi bagi saya UMNO adalah sebuah parti yang relevan untuk terus menerajui negara malaysia. BERUBAH SEBELUM REBAH.

itu sahaja pandangan saya...