About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, August 25, 2010

Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang pada jam 9.33 mlm, 22 Ogos 2010.

mungkin di serdang atau di surau al huda sudah ketiadaan imam lagi. dan mungkin itu juga sebab teoh nie ching di panggil untuk memberikan tazkirah kepada orang2 islam serta imam surau berkenaan. mungkin imam tersebut tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menyampaikan tazkirah kepada umat islam.. lebih menyedihkan lagi apabila teoh nie ching ini tidak menutup auratnya di dalam surau berkenaan.
sebelum ini semasa kerajaan selangor di tadbir di bawah kerajaan pusat(BN) tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. ini bukanlah kejadian kali pertama.sebelum ini AHLI PARLIMEN KLANG (PKR) juga membuat perkara yang sama seperti di atas. memberikan dakyat kepada orang islam. sedih melihat ahli2 PAS dan PKR melayu memberikan ruang kepada orang2 ini masuk di dalam surau. jangan biarkan ISLAM di pimpin oleh kaum lain. ISLAM masih kuat di malaysia sekiranya kita bersatu di bawah satu payung.
kerana ketamakkan kuasa oleh segelintir ahli PAS yang sanggup mengadaikan maruah agamanya. MASYAALLAH. kembalilah kepada perjuangan asal kita. marilah sertai UMNO semula wahai orang melayu islam. bersatu di bawah satu bumbung dengan mempertahankan AGAMA BANGSA dan TANAH AIR. kita sama2 memimpin agama serta memimpin bangsa lain untuk meneruskan perpaduan ummah di malaysia.

pemimpin PAS juga menolak hukum HUDUD.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.

Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.

Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.