About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Wednesday, August 25, 2010

pemimpin PAS juga menolak hukum HUDUD.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.

Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.

Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment