About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, October 12, 2010

rahimi cabar PKR!

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Muhamad Rahimi Osman hari ini mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk segera mengambil tindakan terhadap ahlinya yang berlagak seperti samseng bagi menghalangnya daripada membuat sidang media selepas membuat dua laporan polis di IPD Klang Rabu lalu.
Tegasnya jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan tersebut.
”Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah diganggu?
“Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan kekecewaan dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli.
“Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.
”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.

dato syed sobri pengkhianat!

adun kuala nerang iaitu dato' syed sobri sebenarnya adalah orang yang bertangungjawab menguburkan karier politik mahazir khalid di kedah. dia memainkan peranan penting di dalam menjatuhkan karier mahazir sehingga mahazir kalah bertanding semasa PRU12 di kedah bagi memudahkan dato' syed sobri menduduki kerusi MB ddi kedah. malangnya semasa PRU12 kedahtersungkur di tangan pembangkang kerana perpacahan dalaman yang teruk di dalam UMNO. populariti dato' syed sobri sememangnya di geruni oleh beberapa pemimpin tertinggi umno di kedah kerana "peramah" dan "berjiwa rakyat".

adakah ahli UMNO tahu sebenarnya dato' syed sobri bersekongkol dengan MB besar kedah (PAS) datuk azizan di dalam sesuatu urusan. baru2 ini di gemparkan gambar syed sobri duduk bersama datuk azizan dan beberapa lagi exco negeri kedah. ini membuktikan bahawa dato syed sobri sebenarnya pengkhianat parti UMNO di kedah.

dato syed sobri juga adalah dalang memburukkan kredibiliti naib ketua pemuda UMNO negeri kedah dengan tomahan yang buruk berlaka.jika benar syed sobri terlalu kuat di kuala nerang. saya mencabar dato syed sobri bertanding mengunakan tiket PAS semasa PRU13 kelak bagi membuktikan bahawa aura yang di miliki beliau sememangnya kuat di sana.

jangan jadi pengkhianat parti!!!

Saturday, October 2, 2010

perjalanan saya hari ini






























assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog nurkilan wan motor.


alhamdulillah hari ini saya dapat meneruskan penulisan saya selepas beberapa hari ini saya mengalami kesulitan untuk membuka blog.

hari ini saya di jemput untuk bersama dengan ketua bahagian masjid tanah yang merupakan penyandang kerusi PARLIMEN MASJID TANAH merangkap timbalan menteri keselamatan dalam negeri malaysia di dalam program meraikan bakal jemaah haji yang di hadiri lebih 2ratus orang keseluruhannya. tetamu VVIP yang turut hadir di dalammajlis tersebut adalah YB AB KARIM SULAIMAN adun tanjung bidara, YB AMIRUDDIN adun ayer limau, YB LATIPAH OMAR adun taboh naning dan DATUK HAJI IDERIS KASSIM adun lendu serta beberapa AJK BAHAGIAN termasuk mantan ketua pemuda 3penggal iaitu saudara jamiluddin jonit yang merupakan setiusaha UMNO bahagian masjid tanah.

sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada DATO WIRA ABU SEMAN YUSOF kerana sanggup menghadiri majlis ini walaupun di dalam keletihan kerana baru sehari pulang dari negara IRAN bagi membincangkan kes sendiket pengunaan dadah. di dalam ucapan beliau tadi, beliau mengaskan kepada ibu bapa agar menjaga perilaku anak-anak agar tidak menjadi mangsa penipuan sendiket dadah antarabangsa. seperti kes sebelum ini. remaja malaysia khususnya remaja perempuan ramai di tipu dengan di beri umpan percutian ke luar negara serta di berikan wang ringgit yang banyak. dalam kes ini ibu bapa harus memainkan peranan paling penting untuk mengawasi anak-anak mereka dari berkawan dengan orang yang baru di kenali.

perkara ini bukan hanya sekali dua terjadi di malaysia. ramai remaja kita meringkuk di dalam penjara di luar negara atas kesalahan memiliki dadah di atas penganiayaan oleh individu yang tidak bertangungjawab ini... tegas beliau tadi..

datuk wira abu seman yusof juga di majlis tersebut telah memberikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dengan di berikan ihram dan beberapa lagi keperluan untuk ke makkah. alhamdulillah. perjalanan program yang cukup lancar. sekali lagi saya mengucapkan ucapan tahniah kepada semua jawatan kuasa bahagian masjid tanah yang perihatin kepada rakyat. ini perlu di kakalkan bagi terus menjuarai hati rakyat tempatan yang sudah mula goyah atas kesibukkan pembangkang yang memburukkan kerajaan yang di pimpin UMNO.

"...perjuangan yang belum berakhir..."