About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Saturday, October 2, 2010

perjalanan saya hari ini






























assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog nurkilan wan motor.


alhamdulillah hari ini saya dapat meneruskan penulisan saya selepas beberapa hari ini saya mengalami kesulitan untuk membuka blog.

hari ini saya di jemput untuk bersama dengan ketua bahagian masjid tanah yang merupakan penyandang kerusi PARLIMEN MASJID TANAH merangkap timbalan menteri keselamatan dalam negeri malaysia di dalam program meraikan bakal jemaah haji yang di hadiri lebih 2ratus orang keseluruhannya. tetamu VVIP yang turut hadir di dalammajlis tersebut adalah YB AB KARIM SULAIMAN adun tanjung bidara, YB AMIRUDDIN adun ayer limau, YB LATIPAH OMAR adun taboh naning dan DATUK HAJI IDERIS KASSIM adun lendu serta beberapa AJK BAHAGIAN termasuk mantan ketua pemuda 3penggal iaitu saudara jamiluddin jonit yang merupakan setiusaha UMNO bahagian masjid tanah.

sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada DATO WIRA ABU SEMAN YUSOF kerana sanggup menghadiri majlis ini walaupun di dalam keletihan kerana baru sehari pulang dari negara IRAN bagi membincangkan kes sendiket pengunaan dadah. di dalam ucapan beliau tadi, beliau mengaskan kepada ibu bapa agar menjaga perilaku anak-anak agar tidak menjadi mangsa penipuan sendiket dadah antarabangsa. seperti kes sebelum ini. remaja malaysia khususnya remaja perempuan ramai di tipu dengan di beri umpan percutian ke luar negara serta di berikan wang ringgit yang banyak. dalam kes ini ibu bapa harus memainkan peranan paling penting untuk mengawasi anak-anak mereka dari berkawan dengan orang yang baru di kenali.

perkara ini bukan hanya sekali dua terjadi di malaysia. ramai remaja kita meringkuk di dalam penjara di luar negara atas kesalahan memiliki dadah di atas penganiayaan oleh individu yang tidak bertangungjawab ini... tegas beliau tadi..

datuk wira abu seman yusof juga di majlis tersebut telah memberikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dengan di berikan ihram dan beberapa lagi keperluan untuk ke makkah. alhamdulillah. perjalanan program yang cukup lancar. sekali lagi saya mengucapkan ucapan tahniah kepada semua jawatan kuasa bahagian masjid tanah yang perihatin kepada rakyat. ini perlu di kakalkan bagi terus menjuarai hati rakyat tempatan yang sudah mula goyah atas kesibukkan pembangkang yang memburukkan kerajaan yang di pimpin UMNO.

"...perjuangan yang belum berakhir..."



No comments:

Post a Comment