About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Friday, August 27, 2010

KARPAL TIDAK BERSENDIRIAN MENOLAK HUDUD


Apa Hukum PAS
Terhadap Nik Nazmi?




Dewan Ulama PAS diminta bertegas dan menentukan pendirian parti tersebut berhubung dakwaan Karpal Singh yang memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Malaysia adalah perbuatan sia-sia. Malah, Nik Nazmi turut menyatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai di negara ini. Menurut amalan budaya PAS, sekiranya kenyataan seperti ini diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO - sah para pemimpin UMNO ini akan menjadi kafir, kerana menolak hukum Allah. Dan sekarang, kita tuntut secara rasmi apakah fatwa dan hukum Dewan Ulama PAS berhubung kenyataan Nik Nazmi yang dipetik oleh Karpal Singh itu. Apakah aqidah Nik Nazmi boleh tergelincir, ataupun dosa Nik Nazmi dibebaskan kerana beliau ialah seorang ahli PKR? PAS diminta siasat hal ini, kerana ia melibatkan aqidah para pemimpin PKR. Kita berharap jangan apabila sesuatu isu itu, terkena batang hidung pemimpin-pemimpin pembangkang, maka PAS diam seribu bahasa, tetapi apabila melibatkan para pemimpin UMNO, PAS melatah bagaikan nak pecah anak kerongkong. Nik Aziz dan Haji Hadi harap jangan bermain sendiwara dalam isu ini.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu. Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Namewee Melampau, Patut Dilucut Kerakyatan


KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mahu kerajaan bertindak tegas termasuk melucutkan kerakyatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee berikutan penerbitan klip video terbarunya bertajuk ‘Namewee Fuck Racism Malaysia NAH!!!’

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, video klip yang merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman itu amat tidak wajar malah melampaui tatasusila warganegara Malaysia.

“Pergerakan Puteri UMNO mendapati klip video yang dilengkapi sarikata berbahasa Melayu itu amat keterlaluan dan boleh menyemarakkan api perkauman di negara ini.

“Di dalam klip video itu, Namewee antara lain menyebut `ada satu orang cacat namanya… (sambil menyebut nama guru berkenaan) serta menyatakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai kurang ajar.

“Lebih dikesali apabila anak muda itu membangkitkan persoalan siapa yang membuat Malaysia kaya. Katanya, walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam sejarah namun ia boleh didapati menerusi Internet. Selain itu, Namewee dalam klip video yang disiarkan menerusi laman itu berulang kali menunjukkan isyarat lucah serta baris perkataan `Nah … (nama guru tersebut) Nah f… banana’,” katanya di dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Rosnah menegaskan, Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan supaya bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak serik mengulangi perbuatan kurang ajar yang jelas menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri.

” Jika dalam penerbitan klip video lagu Negaraku dan F… TNB, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Namewee, maka kali ini dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu bercakap tentang hak mereka akan disifatkan sebagai perkauman tetapi pada masa yang sama orang bukan Melayu bebas untuk bercakap apa sahaja,” tambahnya.

Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati rakyat negara selama ini.

“Oleh itu adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi Internet.

“Apatah lagi isu guru yang dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman itu telah pun diserahkan kepada pihak berkenaan untuk disiasat dan menunggu hukuman dilaksanakan. Adalah tidak wajar jika guru itu dihukum tetapi Namewee yang secara terang-terangan perkauman dengan disaksikan seluruh dunia dibiarkan bebas begitu saja,” katanya. -MediaUMNO