About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Friday, August 27, 2010

KARPAL TIDAK BERSENDIRIAN MENOLAK HUDUD


Apa Hukum PAS
Terhadap Nik Nazmi?




Dewan Ulama PAS diminta bertegas dan menentukan pendirian parti tersebut berhubung dakwaan Karpal Singh yang memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Malaysia adalah perbuatan sia-sia. Malah, Nik Nazmi turut menyatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai di negara ini. Menurut amalan budaya PAS, sekiranya kenyataan seperti ini diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO - sah para pemimpin UMNO ini akan menjadi kafir, kerana menolak hukum Allah. Dan sekarang, kita tuntut secara rasmi apakah fatwa dan hukum Dewan Ulama PAS berhubung kenyataan Nik Nazmi yang dipetik oleh Karpal Singh itu. Apakah aqidah Nik Nazmi boleh tergelincir, ataupun dosa Nik Nazmi dibebaskan kerana beliau ialah seorang ahli PKR? PAS diminta siasat hal ini, kerana ia melibatkan aqidah para pemimpin PKR. Kita berharap jangan apabila sesuatu isu itu, terkena batang hidung pemimpin-pemimpin pembangkang, maka PAS diam seribu bahasa, tetapi apabila melibatkan para pemimpin UMNO, PAS melatah bagaikan nak pecah anak kerongkong. Nik Aziz dan Haji Hadi harap jangan bermain sendiwara dalam isu ini.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu. Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

No comments:

Post a Comment