About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Friday, August 27, 2010

Namewee Melampau, Patut Dilucut Kerakyatan


KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mahu kerajaan bertindak tegas termasuk melucutkan kerakyatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee berikutan penerbitan klip video terbarunya bertajuk ‘Namewee Fuck Racism Malaysia NAH!!!’

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, video klip yang merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman itu amat tidak wajar malah melampaui tatasusila warganegara Malaysia.

“Pergerakan Puteri UMNO mendapati klip video yang dilengkapi sarikata berbahasa Melayu itu amat keterlaluan dan boleh menyemarakkan api perkauman di negara ini.

“Di dalam klip video itu, Namewee antara lain menyebut `ada satu orang cacat namanya… (sambil menyebut nama guru berkenaan) serta menyatakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai kurang ajar.

“Lebih dikesali apabila anak muda itu membangkitkan persoalan siapa yang membuat Malaysia kaya. Katanya, walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam sejarah namun ia boleh didapati menerusi Internet. Selain itu, Namewee dalam klip video yang disiarkan menerusi laman itu berulang kali menunjukkan isyarat lucah serta baris perkataan `Nah … (nama guru tersebut) Nah f… banana’,” katanya di dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Rosnah menegaskan, Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan supaya bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak serik mengulangi perbuatan kurang ajar yang jelas menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri.

” Jika dalam penerbitan klip video lagu Negaraku dan F… TNB, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Namewee, maka kali ini dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu bercakap tentang hak mereka akan disifatkan sebagai perkauman tetapi pada masa yang sama orang bukan Melayu bebas untuk bercakap apa sahaja,” tambahnya.

Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati rakyat negara selama ini.

“Oleh itu adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi Internet.

“Apatah lagi isu guru yang dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman itu telah pun diserahkan kepada pihak berkenaan untuk disiasat dan menunggu hukuman dilaksanakan. Adalah tidak wajar jika guru itu dihukum tetapi Namewee yang secara terang-terangan perkauman dengan disaksikan seluruh dunia dibiarkan bebas begitu saja,” katanya. -MediaUMNO

5 comments:

  1. Kerjaan M<sia lembut dalam menanangi isu berbau perkauman begini.....begitu mudah memaafkan manusia yg menjadi dalang perkauman....Sedang insan yg membela bangsa dari anasir ini ditangkap dan di penjarakan spt kepala lembu...bakar gereja......guru yg PATUT mengingatkan muridnya yg lupa sejarah.....imigranya....engkar mengikut perlembagaan persekutuan.....boleh balik negeri asal masing masing.....Itupun boleh isu besar....KDn jgan lambat bertindak....sampai MELAYU hilang pertimbangan......

    ReplyDelete
  2. namewee ni memeng pukimak.. elok tembak mati jew.. aku pelik kenapa banyak pihak sokong dia nih... dulu aku penah buat post pasal dianihh tapi peliknya bukan cina yang hentam aku budak2 melayu pon sama.. adakah untuk menjadi seorang icon kita kena menghina negara kita.. itu yang namewee dapt skarang dia dah jadi icon pulak..
    post baru aku http://neizalyez.blogspot.com/2010/08/pandangan-aku-mengenai-isu-malaysia-dan.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. aq rasa namewee ni patut dihukum mati je!!!
    kalu di lucutkan kenegaraan nanti dkt namewee buat hal kat negara lain dan negara tu pulak backup dia pulak.maksud aq kalu namewee ni di buang daerah makinlah dia xpuas hati.nanti makin banyak pulak dia buat video ttg malaysia.dan negara kita xkan dpt buat apa2pun ttg dia ni.
    seeloknya dibunuh je.
    selesai masalah!!!!!!

    ReplyDelete
  5. i wonder why Malays in Singapore doesn't have Hak Keistimewa issues to argue about, unlike some of the Malays in Malaysia...... I think is because they are well brought up about, be hardworking in own living, no free lunch in the world...... Singapore's Malays take charge to their own life.
    Stop talking about who going back to where and whose this land belongs to, now is 22nd century, years 2010, globalization already lo..... off course if someone fed up with a country, they will leave the country; and off course we stay, because we still love the Country, and we still love our family and friends here (Malays, Chinese, or Indian), no matter which races they are. We accept we are Malaysian, we still love Malaysia, then only we stay ma..... Some of the racist (I meant, not everyone of the Malays, or Chinese, or Indians) will ask peoples who are still love this country(Malaysia) to leave Malaysia, and go back to the origin.... it is sad, true?? Even we don't ask tourist who love Malaysia a lot to go back to their origin!! We welcome those who love Malaysia to come over, and make this land a better place too.... why should we ask our own brother or sister to leave this country, yet they are still love this country? Unless you found out, something is done wrong by this particular brother or sister, true? Not everyone who are same races with this stupid brother or sister, right?? Yet, some racist, do not bother, keep on to ask some other races to go back to their origin country without any reason.....(yes, i agree you may ask those who don't like this country to go back to other country, but not everyone who are same races with those who don't like this country...... agree??) We are all Malaysian, our nenek moyang from China, you may ask them to go back to China, cause they still love China, they only treat Nanyang, a place to earn a living. But what if their children children born here, and brought up here, who love here, this land........?? You still ask them to go back to their nenek moyang's place?? Why? Because their nenek moyang is from other place??(just because of that?) What if some races where their nenek moyang is from Malaysia?? Are we still ask this people to go back to Malaysia?? Where should this people go to, if they are from Malaysia?? What is the benefit for talking like this?? Is the problem solve? I think, what we should do, is to educate everyone of us, who love this land, who want to make this land a better place....... to respect every races..... not that to ask other races to go back to China or India...... True??

    ReplyDelete