About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

NEW LANE GOES ONE WAY

From today New Lane will be turned into a one-way street with traffic going towards Macalister Road between 4pm and midnight daily.

Komtar assemblyman Ng Wei Aik said the one-way traffic proposal was tabled during the Penang Municipal Council’s Infra-structure and Traffic Committee meeting on Jan 21 and endorsed during a full council meeting on Feb 25.

“The proposal was mooted following several road accidents and complaints about the traffic congestion in New Lane which had been given a temporary hawkers’ site status by the council.

“The one-way traffic system will start from 4pm when hawkers start their business and end at midnight except for Wednesday because the stalls are closed on that day,” he told reporters during a visit to the area yesterday.

New direction: Rela personnel will be on hand to direct traffic at New Lane in George Town.

“We had earlier sent out 300 notices to residents in the area, traders, hawkers and the Sunway Hotel. We only received two objections and this is why the council decided to impose the one-way system only from 4pm.”

He said residents, traders, hawkers, hotel guests and motorists could drive into the hawker site at New Lane via Kek Chuan Lane or Jalan Datuk Keramat

Khalifah sosialis kesayangan PAS mendahulukan cina,meminggirkan melayu secara halus di Pulau Pinang.

Malangnya pimpinan melayu pakatan bacul kerana tidak langsung membela atau pun membantah dengan tindakan DAP, isu New Lane jelas memperlihatkan sikap double standart kerajaan sosialis Pulau Pinang.

Mengapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap gerai gerai haram ini,sedangkan gerai gerai kecil peniaga melayu di ambil tindakan,malahan diruntuhkan,walhal langsung tidak menganggu lalu lintas.


LATARBELAKANG

1) Berkuat kuasa daripada 22 Mac 2010, New Lane, Georgetown yang pada asalnya merupakan jalan dua hala akan dijadikan jalan sehala bermula daripada jam 4.00 petang setiap hari. Orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini adalah YB Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setaiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) New Lane adalah jalan yang menghubungkan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister yang terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown. Sejak DAP memerintah, terdapat penambahan mendadak di kalangan penjaja (hawkers) Cina yang menjaja di jalan tersebut. Kesan utama ialah gangguan lalu lintas, jalan menjadi sempit, membahayakan keselamatan terutamanya orang ramai yang melintas dan pengunjung tempat makan, persekitaran yang kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

3) Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap para penjaja di kawasan tersebut walaupun secara terang-terangan ia mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan yang berpunca daripada penjaja yang meletakkan gerai menjaja (hawker’s stall), meja dan kerusi di tepi-peti jalan tersebut.

4) Sebelum melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan tersebut, notis telah dikeluarkan kepada 300 penjaja dan hanya dua yang membantah dijadikan alasan bahawa apa yang dilaksanakan mendapat sokongan ramai. Sudah semestinya para penjaja menyokong kerana lebih banyak ruang di atas jalan raya boleh digunakan untuk meletakkan gerai menjaja, meja dan kerusi untuk menjaja di situ.


SEBAB-SEBAB BANTAHAN

1) Tindakan Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menunjukan sikap “double standard” dan tidak menghiraukan langsung sensitiviti penjaja Melayu di negeri Pulau Pinang. Di saat peniaga, penjaja dan pengsaha Melayu dihimpit dengan pelbagai tindakan daripada pihak kerajaan negeri menerusi penguatkusa daripada MPPP dan MPSP, peniaga Cina terus diberikan ruang dan peluang berniaga walaupun menyalahi undang-undang.

2) Jalan tersebut sangat sempit dan kurang sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan makanan. Sepatutnya penjaja-penjaja di kawasan tersebut di arah berpindah ke tempat lain dan bukannya diberikan ruang yang lebih untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

3) Keputusan membenarkan New Lane dijadikan jalan sehala untuk membenarkan penjaja makanan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan “precedence” kepada penjaja makanan di kawasan-kawasan lain untuk turut memohon agar kerajaan negeri mengambil langkah yang sama di kawasan mereka.

4) Tindakan ini sudah semestinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja di kawasan-kawasan lain. Tidak mustahil, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tindakan yang sama di beberapa tempat yang lain kiranya tiada pihak yang membantah tindakan ini pada masa kerajang. Kesannya penjaja Melayu terus dianak tirikan, penjaja Cina terus mendapat pembelaan.


PERBANDINGAN SIKAP DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP & LIM GUAN ENG

1) Pada Ramadhan yang lalu, pihak penguatkuasa MPPP bersama-sama YB Ng Wei Aik telah mengeluarkan arahan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan dan seterusnya melakukan serbuan ke atas Bazar Ramadhan di kaki lima di Jalan Penang. Alasan yang diberikan, kononnya aktiviti perniagaan Bazar Ramadhan yang telah wujud hampir 25 tahun itu menyebabkan gangguan lalu lintas sedangkan Jalan Penang adalah jalan sehala yang mempunyai empat (4) laluan. Berdasarkan pemerhatian, kewujudan Bazaar Ramadhan yang hanya berlangsung selama sebulan setiap tahun itu tidak sedikitpun memberi kesan besar terhadap tahap lalulintas di jalan tersebut. Itupun, YB Ng Wei Aik masih mahu mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu di Bazar Ramadhan tersebut.

2) Gerai makan Do Re Me yang dibina di tepi pantai Tanjung Bungah kira-kira 200 meter daripada jalan utama ternyata tidak sedikitpun menjejaskan lalulintas atau mengganggu pengguna jalanraya atau orang awam. Walaupun Gerai makan Do Re Me tidak menyebabkan gangguan lalu lintas pihak kerajaan negeri tetap bertindak merobohkan gerai tanpa memperdulikan usaha yang telah dibuat oleh pengusahan yang bersusah-payah membina gerai tersebut. Ini kerana Gerai Do Re Me pemiliknya adalah orang Melayu.

3) Gerai makan Hammer Bay berhampiran Queensbay diberikan notis untuk dirobohkan atas alasan asap masakan mengganggu penghuni pangsapuri berdekatan sedangkan sepanjang Gerai makan Hammer Bay beroperasi di kawasan tersebut, pengusaha gerai tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Sekali lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng bersikap “double standard” terhadap penjaja Melayu.

4) 2 minggu lalu, dua buah premis perniagaan milik orang Melayu di Gelugor terus menjadi sasaran kerajaan kafir DAP. Walaupun kedua-dua premis tersebut didirikan bukan di atas tanah bukan milik MPPP, kali ini alasan yang digunakan ialah kononnya struktur premis yang didirikan tidak mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MPPP sedangkan kelulusan pelan boleh dirayu atau dirunding. Sebuah lagi premis yang bakal menerima nasib yang sama ialah Anggerik Lodging iaitu rumah tumpangan milik seorang usahawan Melayu yang sering menjadi tempat penginapan pilihan semasa Pesta Konvokesyen USM dan musim cuti sekolah.


KESIMPULAN

Penjaja di New Lane, Georgetown menjadi simbol sikap biadap dan “double standard” kerajaan kafir DAP di bawah pemerintahan zalim Lim Guan Eng. Lim Guan Eng ternyata kurang senang melihat bangsa Melayu yang berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan pendekatan akan digunakan untuk menghancurkan perniagaan yang dibina. Jika kerajaan kafir DAP dan Lim guan Eng benar-benar mahu bertindak berdasarkan undang-undang, Lim Guan Eng sepatutnya mengarahkan pihak penguatkuasa MPPP dan MPSP bertindak ke atas peniaga-peniaga Cina yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya antaranya seperti di Lebuh Chulia, Jalan Datuk Keramat, New Lane, Jalan Macalister,Jalan paya Terubong, Jalan Perak dan banyak lagi.

Kerajaan kafir DAP juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang mengubah-suai rumah mereka menjadi premis perniagaan milik kaum Cina yang berselerak di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan pemilik-pemilik kilang haram yang didirikan di kawasan perkampungan Cina seperti yang terdapat di Batu Maung, Paya Terubong, Kampung Pulau (Jalan Perak), Weld Quay, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Bagan dan banyak lagi. Janganlah menjadikan penjaja dan pengusaha Melayu sebagai sasaran utama dan kemudiannya meletakkan kain rentang seluruh negeri dengan memberikan maklumat palsu untuk menegak benang yang basah.

Buat bangsaku, ayuh kita bangkit mempertahankan hak dan ketuanan Melayu di bumi Pulau Pinang! Melayu perlu BANGKIT!

Perhimpunan SEDAQ cukup jelas mengambarkan mengapa bantahan dibuat oleh bumiputra Pulau Pinang.Ketidak adilan dalam mengambil tindakan oleh kerajaan DAP cukup nyata dan double standart.

DAP bersama jalangan politik PAS dan PKR telah menganjurkan ceramah kononnya telah difitnah,siapakah yang sebenarnya yang membuat fitnah dah memberi data statistik yang palsu.

Juak pakatan,memandang sini dengan bantahan orang melayu Pulau Pinang, segala tindakan yang dilakukan oleh DAP dihalalkan ,malahan sebab dan mengapa diambil tindakan dikambing hitamkan kepada UMNO.

Dr Mansoor dan beberapa kerat pemimpin Melayu pakatan haprak hanyalah boneka,mereka tidak mampu berbuat apa apa untuk membela orang melayu Pulau Pinang.

Jika berlaku bantahan seperti anjuran SEDAQ,sebaliknya mereka akan mempersoalkan apa yang UMNO dan Gerakan buat sebelum ini,tetapi tidak memberi jalan penyelesaian kepada permasaalahan ini sebaliknya mereka lebih gemar bermain politik secara gampangan.

No comments:

Post a Comment