About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, April 5, 2010

pembohangan PKR di pp

KEPALA BATAS - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kepala Batas, semalam membuat laporan polis mendakwa Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah dalang di sebalik sepanduk yang menggunakan gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat mewakili PKR ketika mengetuai anggota parti itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, pagi semalam.

Mohd Akhir berkata, sepanduk yang dibuat itu berunsur fitnah untuk mengaburi orang ramai terhadap pemimpin utama PKR itu.

“Perbuatan itu dianggap tidak bertamadun apabila sanggup menggunakan gambar dua pemimpin PKR tanpa mendapat kebenaran mereka.

“Sepatutnya sepanduk itu tidak melibatkan Anwar dan Guan Eng, kerana ceramah itu bukan dihadiri mereka sebaliknya Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ezam Mohd Noor, yang kini menjadi sekutu mereka,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sengaja meletakkan gambar itu sebagai taktik kotor, seolah-olah mereka berdua adalah penceramah utama sedangkan program itu bukan anjuran PKR.

Dalam laporan itu, Mohd Akhir meminta polis menyiasat tindakan yang dianggap pengecut dengan membelakangkan nilai norma kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas yang ditemui, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, tindakan PKR membuat laporan polis menunjukkan mereka takut.

“Jika benar mereka mengamalkan demokrasi sepertimana yang dilaungkan selama ini, biarkan Zahrain dan Ezam meluahkan apa yang terbuku dalam hati,” katanya.

Reezal berkata, sebenarnya laporan polis itu dibuat untuk menyekat bekas dua ahli PKR itu meneruskan ceramah mereka mendedahkan kepincangan parti berkenaan.

Katanya, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang ditemui sependapat dengan Reezal dalam hal itu.

“Kita anggap laporan seperti itu hanya mainan politik PKR yang takut untuk berpijak di bumi nyata jika kepincangan mereka didedahkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment