About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, September 19, 2010

30 PEMUDA PAS SERTAI UMNO KUALA SELANGOR

Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuala Selangor sepakat menyertai
UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor
Datuk Amiruddin Setro bertempat di rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit
Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh buang kelmarin.

Sharudin Mohd. Nri , 31, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan
Kuala Parit membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama lebih 30
pemuda di Kampung Bukit Kuching setelah merasa perjuangan Pas sudah
terpesong semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) yang
disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pada hari ini kami
sepakat menyertai UMNO kerana kami sebagai bangsa Melayu merasa
tertindas kerana hak kita tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya
tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi didalam
parti.
"Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat
berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian," katanya yang
telah menyertai PAS semenjak berumur 18 tahun.
Sharudin berkata
sebelum ini PAS dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak
Selangor diperintah Pakatan Rakyat, PAS seolah hilang pedoman hinggakan
masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.
"Kami menyertai UMNO
dengan harapan dapat menyatukan bangsa melayu dan memperjuangkan Islam
kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.
"Saya benar
benar kecewa dengan senario politik PAS sekarang semenjak parti ini
bergabung dengan Pakatan Rakyat yang menyebabkan bentuk perjuangan
mereka kabur dan umpama "Lalang Ditiup Angin" hinggakan saya rasa
perjuangan terhadap Islam seolah olah diketepikan demi perjuangan
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau juga meragui sekiranya Pas di
dalam Pakatan Rakyat menang didalam pilihanraya tetapi mempunyai
majoriti yang rendah dan mampukah PAS memerintah dan bolehkah Islam dan
bangsa Melayu diperjuangkan.
Sementara itu, Amiuddin Setro
merangkap ADUN Kawasan Jeram mengulas persitiwa bersejarah ini berasa
bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO
sebagai parti yang menyatukan bangsa melayu dan menegakkan Islam.
"Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya mempejuangkan Islam dan bangsa Melayu.

"Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena bulan Syawal yang
mulia ini dan berharap semua pemuda meneruskan halatuju generasi melayu
yang akan datang," katanya.
Amiruddin menjelaskan UMNO Kuala Selangor mengamalkan prinsip "Yang muda disayangi dan yang tua dihormati".

"Semoga lebih ramai belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya
parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan
bangsa Melayu," katanya.

1 comment: