About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, August 24, 2010

senarai orang2 yg menghina orang melayu dan islam

1-Akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sering menerbitkan kenyataan berbau perkauman yang paling dahsyat dalam sejarah Ketamadunan Malaysia
2-Ong Tee Keat (mantan Presiden MCA) & Yong Khoon Seng (Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah menuntut agar biasiswa JPA diberikan berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan kuota Bumiputra yang sedia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
3-Teresa Kok(PKR) yang meminta Azan diperlahankan, serta menggantikan tulisan Jawi kepada tulisan berbahasa Cina.
4-Namawee(CINA DAP) yang jelas mengutuk wanita Islam bertudung, menghina azan, menghina Raja-Raja Melayu, menghalau Melayu balik ke hutan dan hidup macam sakai.
5-Dr.ramasamy (hindraf) berkata kejayaan dua pendaki Gunung Everest tersebut membanggakan masyarakat india. Katanya, perkara ini tidak diiktiraf oleh BN kerana BN mengamalkan pemerintahan mengikut perkauman dan sedaya upaya cuba menindas masyarakat india dan cuba menghapuskannya secara perlahan-lahan

kenyataan mereka ini bagi memecah belahkan perpaduan di antara melayu islam di negara malaysia.

Sunday, July 11, 2010

gelagat pemimpin PAKATAN RAKYAT!!!

YAAKOB SAFARI(exco selangor) meminta ketua pembangkang selangor datuk khir toyo agar tidak mencampuri urusan pentadbiran selangor dalam isu perlombongan pasir. kenyataan ini jelas menunjukkan sikap ANGKUH daripada pentadbiran PKR di selangor. adakah YAAKOB SAFARI tidak sedar bahawa kepimpinan PAKATAN RAKYAT banyak mencapuri urusan pentadbiran kerajaan pusat selama ini? isu perlombongan pasir di selangor amat jelas ketara bahawa PAKATAN RAKYAT hanya mahu mencari keuntungan dan juga mahu mencari dana untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak. sama seperti di kelantan. kerajaan PAS mengunakan wang cukai daripada sumber ARAK dan pembalakkan untuk membangunkan negeri tersebut. kepimpinan PAKATAN RAKYAT hari ini jelas menunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT tidak layak untuk meneruskan pentadbirannya di semua negeri di malaysia. marilah kita bersama sama untuk memberikan sokongan kepada kerajaan pusat yang selama ini telah membantu kita dari kita lahir sampailah kita dewasa.

HARAKAH MEMFITNAH

saya melihat begitu jelas lidah suara PAS(HARAKAH) selalu mengeluarkan statement yang memburukkan kerajaan serta memfitnah kerajaan. bukankah PAS memperjuangkan syiar islam di malaysia.? inilah yang terjadi kepada kepimpinan PAS hari ini kerana menentang kerajaan. di dalam al quran pun ada tulis bahawa kita harus mentaati kepada ALLAH RASULULLAH dan juga KETUA NEGARA(selagi tidak melanggar hukum ALLAH).perjuangan PAS hari ini lebih tesasar kepada mahu bkuasa sahaja. HARAKAH daily tidak menunjukkan bahawa akhbar itu jelas dan sahih. ini kerana semua maklumat yg di ambil dari malaysiakini dan malaysia today. adakah kepimpinan PAS tidak tahu sama ada dua bloger itu memfitnah kerajaan. saya melihat ini ada satu perkara yang amat pelik. kerana islam tidak membenarkan kita berjuang dengan memfitnah.lagi2 sesama islam.. masyaallah.. jangan kitamenjadi orang2 PAS yang hanya mengatakan dirinya islam tetapi hanya di ic ataupun di mulut sahaja...

hari ini

kepimpinan di negara kita yang di kepalai oleh DS NAJIB TUN RAZAK sangat di hormati oleh negara2 lain mungkin kerana kebijaksanaandi bawah pentadbirannya dan kini pihak PEMBANGKANG di negara amat cemas sehingga mereka sanggup mengunakan pelbagai isu walaupun tidak masuk akal seperti baru2 ini contohnya FELDA BANKRUP. mengapa pihak PEMBANGKANG sanggup mengadai maruah mereka dengan memainkan isu ini untuk memburukkan kerajaan BARISAN NASIONAL walhal dahulunya parti UMNO lah yang membuatkan mereka terkenal dan senang di dalam kehidupan mereka. inilah yang dikatakan MELAYU MUDAH LUPA yang sanggup mengadaikan maruah bangsa kepada kaum2 yang hanya mementingkan bisnes tanah di malaysia. sanggupkah kita sebagai remaja melihat negara malaysia terus dikuasai oleh kaum asing yg dulunya datang ke malaysia hanya sebagai peniaga yang kini lebih maju dari bangsa melayu sendiri. dan hari makin hari bangsa melayu di tindas oleh golongan itu dalam masa yang sama melayu juga bertelagah kerana mahukan jawatan YANG BERHORMAT. kepada kepimpinan UMNO khususnya saya menharapkan agar terus berbakti membantu rakyat di malaysia. sama2 kita mendoakan agar malaysia dijauhkan dari pelbagai fitnah2 dan anasir jahat dari pembangkang.. insyaallah.. amin...

Friday, April 23, 2010

warga india seramai 100orang myertai IPF malaysia








warga india di sungai buaya menyatakan hasratnya untuk terus menyokong BARISAN NASIONAL... kerana bagi mereka BARISAN NASIONAL sahaja lah yang dapat membela mereka... tahniah kepada warga sungai buaya kaum india kerana sudah myertai BARISAN NASIONAL....

Thursday, April 22, 2010

pesanan kepada rakan2....

ASSALAMUALAIKUM....

kepada rakan2 saya di dalam blog mahupun facebook... saya menyarankan agar kita mempertahankan kerajaan yang ada.. kerana kerajaan yang ada lah bertangungjawab memastikan kesenangan kehidupan harian kita... jangan kita percaya dengan dakyah yg di bawa oleh ahli2 pembangkang.. mereka bjuang hanya demi kepentingan peribadi dan bukan untuk untuk menjaga kepentingan rakyat lebih2 lagi mahu mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN orang melayu islam di malaysia... saya sangat sedih dengan perkembangan politik pembangkang sekarang kerana hanya mementingkan kepentingan peribadi dari menjaga HAK RAKYAT... bceramah sana sini mgatakan mereka akan menjaga kepentingan rakyat tetapi mereka tidak lansung tunaikan apa yg mereka cakap sebelum ini... mengapa ramai anak2 muda begitu agerasif dan bermati matian demi kepentingan ANWAR.... percaya lah.. anwar tidak akan melaksanakan apa yang mereka janjikan... walaupun saya tidak suka dengan beberapa pemimpin di dalam kerajaan tetapi saya perlu bterima kasih kepada kerajaan kerana banyak menyediakan kemudahan2 di malaysia bagi memudahkan rakyat di malaysia ini... saya berbangga dengan kerajaan yang ada.. kerana telah di iktiraf oleh negara islam lain kerana menjadi negara ISLAM CONTOH kepada negara2 lain.... walaupun begitu PAS dengan sekeras2nya menafikan bahawa malaysia adalah sebuah negara islam kerana bagi mereka hanya PAS sahaja yang layak menjadikan malaysia sebagai negara islam... siapa lah PAS jika mahu di bandingkan negara ARAB SAUDI.... kerajaan yang di tadbir PAS sekarang pun banyak telah melakukan maksiat sehingga kelantan telah mendapat ahli2 HIV paling ramai di dalam malaysia... sedar lah kita semua.. mari kita menyokong kerajaan yang mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN ... demi AGAMA BANGSA dan TANAH AIR.... semoga kita berjaya keluar dari pemikiran sempit pembangkang... amin.....

Tuesday, April 20, 2010

luahan hati anak muda


assalamualaikum.......

semoga hari yang indah ini dapat kita sama2 bsyukur ke pada ilahi kerana memberikan kita bnafas sehingga ke saat ini untuk terus btaqwa kepadanya..saya bsyukur kepada ALLAH taala kerana di berikan peluang untuk menabur bakti di muka bumi ini serta akan sentiasa taat kepada perintahnya... sebagai khalifah di muka bumi ini harus lah kita berpesan2 sesama kita agar menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar... untuk mempertahankan islam di malaysia ini harus lah di mulakan dengan diri kita sendiri... kita tidak boleh mengharapkan kepada parti politik di malaysia... kerana setiap parti politik di malaysia mempunyai matlamat dan kepentingan sendiri... saya amat bsetuju jika negara malaysia mahu membuat sistem perundangan mengunakan al quran... tetapi kita harus bfikiran rasional kerana di malaysia kini kita mempunyai pegawai2 agama yang boleh menjalankan hukaman islam... kita sendiri ada sisitem perundangan islam di malaysia... mengapa parti politik dari PAS menafikan bahawa malaysia bukan negara islam seperti menafikan pengiktirafan oleh kerajaan arab saudi... siapa lah PAS berbanding negara arab saudi... sebagai orang melayu islam di malaysia ini kita berhak mempertahankan HAK KEIETIMEWAAN yang telah di perjuangan oleh nenek moyang kita... mengapa PKR mahu memberikan keistimewaan itu kepada kaum2 lain .. ini TANAH MELAYU!!! lihat sahaja ipt milik orang melayu islam iaitu UITM... bayangkan lah jika di UITM kuotanya di berikan sama rata kepada kaum lain... bertapa susahnya anak2 melayu nak belajar nanti... UITM tempat anak2 melayu kita belajar.. dan segala kemudahan yg di UITM dapat meringankan beban pelajar2 di situ... secara profesionalnya kita bfikir... orang cina dan india kalau tak belajar pun di boleh berjaya walaupun tanpa ada pelajaran tinggi sekalaipun... sedar lah... kita harus mempertahankan HAK orang2 melayu ini agar anak2 cucu kita juga dapat merasai apa yang kita juga merasai sekarang... kepada orang2 melayu islam yg berada di dalam PAKATAN RAKYAT mungkin mereka merasakan bahawa mereka sudah memiliki segalanya di malaysia.. sebab itu lah mereka tidak kisah tentang HAK KEISTEMEWAAN orang melayu... sekadar luahan hati..... wsalam.....

AHLI2 PAS KELUAR SEMASA LIM GUAN ENG BERUCAP




sebentar tadi lim guan eng(presiden DAP PP) berucap di sk tamil KUALA KUBU BARU dengan di temani oleh ANWAR IBRAHIM(penasihat PKR).. sungguh memalukan kerana ahli2 PAS keluar beramai2 dari dewan... ini menujukkan jelas bahawa ahli2 PAS juga tidak menyokong kepimpinan DAP di dalam pakatan rakyat... lim guan menjanjikan kepada rakyat di hulu selangor bahawa kerajaan pakatan rakyat akan memberikan 1k(setahun) setiap warga emas 60 tahun ke atas jika PAKATAN RAKYAT memenangi pru13... LIM GUAN ENG jga berkata di pulau pinang sekarang warga tua berumur 60thun ke atas menerima seratus ringgit setahun dari kerajaan negeri pulau pinang... begitu murah nilai harga diri bagi setiap 60thun ke atas warga emas di sana... dan LIM GUAN ENG juga berjanji kepada rakyat di HULU SELANGOR bahawa pakatan rakyat akan menjaga kebajikan rakyat di hulu selangor... rakyat di hulu selangor bukan lah sebodoh yang di sangka oleh pemimpin2 PAKATAN RAKYAT... selama 2tahun hulu selangor di bawah pentadbiran PKR tidak ada satu pun perubahan yang di bawa ke sini.. jom tolak pakatan rakyat demi perubahan ke arah kemajuan... UNDILAH BARISAN NASIONAL...

Monday, April 19, 2010




PENOLAKKAN RAKYAT HULU SELANGOR AMAT JELAS!!!!

jika semalam (18/4/10) forum perdana yg di anjurkan oleh kerajaan negeri di hadiri hampir 30orang sahaja tetapi hari ini ceramah PKR yg di hadiri oleh KHALID SAMAD... MANIKASAVAM... ZURAIDA... dan DR HATTA hanya di hadiri kurang 30 orang sahaja... mengapa???? walhal mereka membuat ceramah ini di stadium kuala kubu baru yang boleh menmpatkan lebih 1000orang di situ... ini jelas membuktikan bahawa rakyat di hulu selangor telah menolak pembohangan politik PAKATAN RAKYAT di selangor... para penceramah2 hanya seperti bercakap dengan tembok2 dan tiang gol sahaja... rakyat di hulu selangor telah menolak pakatan rakyat di hulu selangor kerana mereka mahu perubahan di sini... PARLIMEN KAPAR manikasavam memalukan diri sendiri kerana bcerita tentang soal HAK kaum2 india... ha ha ha... dasar tak sedar diri... kerajaan malaysia banyak membantu rakyat tidak kira kaum di malaysia.. MARILAH KITA MENYOKONG KERAJAAN BARISAN NASIONAL di hulu selangor demi mempertahankan keharmonian di malaysia ini seterusnya kita dapat memajukan negara di seluruh tempat di bawah kerajaan malaysia... TOLAK PAKATAN RAKYAT!!!...

Sunday, April 18, 2010

rakyat hulu selangor tolak kerajaan selangor..




rakyat di hulu selangor sudah mula muak dengan kerajaan negeri selangor yang hanya pandai menabur janji2 manis semasa PRU12 sehinggakan mereka sudah seperti tidak ada pemimpin di kawasan itu... bayangkan lah di dalam parlimen hulu selangor jalan yang amat teruk tidak di baiki lampu2 jalan dan sebagainya oleh majlis hulu selangor sejak pru12.. kini menjelang prk kecil hulu selangor kerana telah di kosongkan atas sebab kematian MP hulu selangor. kini mereka btungkus lumus untuk membuat kerja untuk menampakkan bahawa kerajaan negeri mengambil berat tentang rakyat di sini... malangnya mereka sedar bahawa rakyat sudah mula jemu dan muak dengan kalangan pemimpin2 pakatan rakyat di selangor... lihat lah gambar di atas.. hanya 30 lebih orang sahaja yang datang ke majlis FORUM PERDANA yg di anjurkan oleh kerajaan selangor... penceramahnya juga boleh di katakan hebat... terdiri daripada Pn halimah ali ustaz badrulamin ustaz shukri dan ustaz fikri.. penceramahnya juga seperti syok sendiri semasa memberi ucapan khususnya Pn halimah ali... kesian saya lihat... badrulamin pun cerita tentang AKHLAK... tetapi dia memaki hamun orang islam selama ini ahklaknya pulak bagaimana... hmm... gambar ini di ambil pada jam 1045mlm bersamaan 18april... tolak kerajaan pakatan rakyat di selangor.... kembalikan keharmonian di selangor di atas kerajaan barisan nasional...