About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, September 6, 2010

ORANG MELAYU PERLU TAHU HAK DAN PERTAHANKANNYA

orang melayu islam di negara malaysia sedang menghadapi gelora politik yang di cetuskan oleh orang bukan melayu.terpulanglah pada orang melayu untuk menghadapi isu yang amat penting ini bagaimana caranya. usaha ke arah penyatuan melayu dari segi politik , ekonomi dan sosial amat penting ke arah memperkasakan orang melayu dalam semua bidang ini.

orang melayu akan terus mempertahankan dan mengekalkan hak orang melayu khususnya berkaitan agama islam bahasa dan budaya. titik petemuan ke arah persetujuan antara menjadi hak orang melayu yang seharusnya di pertahankan.

NGO2 melayu menyokong kuat dalam usaha untuk mengekalkan ststus QUOmalah untuk memperkukuhkankan lagi hak-hak istimewa orang melayu dengan cara apa sekalipun.

dalam rangka masa atau tempoh perlaksanaan(time frame) dasar ekonomi baru(DEB) ialah sehingga 1990. DEB kemudian diikuti oleh dasar pembangunan nasional atau NDP yang mensasarkan wawasan 2020. pada ketika itu ,iaitu kira2 10tahun akan datang malaysia di anggar telah mencapai taraf pembangunan dunia secara umum. asas ekonomi yang berdasarkan perpaduan pada masa itumestilah ekonomi yang telah maju.

dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, budaya, kemujan dalam ekonomi bukanlah satu satunya ukuran tentang tahap perpaduan yang boleh di capai di negara tersebut. keseimbangan ekonomi penting bag memperkukuhkan perpaduan dalamsesebuah negara maju.

orang melayu harus mempunyai ilmu untuk memguatkan lagi kedudukan mereka di dalam bidang politik , ekonomi, sosial dan budaya. ini di jelaskan oleh bekas pengarah PORLA ABDUL RAHIM ZAIN. orang melayu serta pemimpin melayu harus bangkit menilai keupayaan dan peranan supaya usaha memajukan orang melayu menghasilkan kesan yang kukuh di samping hidup harmoni di dalam masyarakat yang berbilang kaum.

orang melayu seharusnya mengetahui hak hak mereka dan mempertahankan melalui kekutan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersatu dalam melaksanakan apa sahaja agenda yang baikbagi kepentingan bangsa melayu islam di malaysia.

saya mengharapkan orang melayu di peringkat atasan pemimpin pertengahan dan rakyat bawahan bersatu dalam mengembleng kekuatan ekonomi dan memahami dasar yang di laksanakan kerajaan. perkembangan di bidang sosioekonomi ,industri,pengurusan dan politik mestilah di fahami dan di rebut bagi kemajuan hidup.

sehubungan itu, orang melayu mestilah terus berusaha memperkuatkan kedudukan ekonomi dan membaiki kesilapan2 yang telah berlaku di dalam bidang ekonomi. mendalami ilmu ekonomi dan berusaha mempertingkatkan ekonomi akan dapat membanteras kemiskinan dalam kalangan orang melayu.

akhir kata, jika ekonomi orang melayu kuat dan kukuh bangsalain tidak boleh mempertikaikan HAK KEISTIMEWAAN orang2 melayu di malaysia. sama2 lah kita mempertahankanHAK kita sebagai orang melayu islam dimalaysia. jangan biarkan malaysia di jajah untuk kali ke2...

1 comment:

  1. dah 50 tahun bro..ape yg boleh melayu buat,semua dah di kuasai oleh bangsa asing.Kita ni yg berbangsa melayu dan beragama islam selagi tidak bersatu maka akan selamanya tidak dapat menjamin HAK KEISTIMEWAAN orang2 melayu.
    P/S= simple sahaja penyelesaianya, tp susah nak dilaksanakan disebabkan berbeza ideologi dan perjuangan...dan yg plg utama di sebabkan TAMAK KUASA.

    ReplyDelete