About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Monday, September 6, 2010

SIAPA YG MEMPERSOALKAN HAK ISTIMEWA ORG MELAYU ADALAH ORANG YANG LUPA SEJARAH

rakyat malaysia dari mana mana kaum yang mempersoalkan atau mempertikaikan perkara 153 dalam perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu serta bumiputera adalah di kalangan orang-orang yang buta sejarah kerana tidak mengkaji serta memahami perlembagaan negara malaysia.

kedudukan orang melayu sudah di tetapkan pada zaman dahulu iaitu pada zaman pemerintahan british lagi. semasa british datang ke tanah melayu mereka(british) sebenarnya sudah mengiktiraf kerajaan yang sudah tersedia ada di tanah melayu. dan bagi british rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di tanah melayu bukan rakyat raja..oleh demikian mereka tidak yang bukan orang melayu tidak berhak menikmati keistimewaan pada orang melayu sehingga kini.

orang bukan melayu di semenanjung pada ketika zaman british bukan lah warga negara tetapi mereka datang ke sini adalah kerana mereka telah menjadi buruh paksa. dan mereka berpeluang untuk memohon menjadi warga negara apabila persekutuan tanah melayu di tubuhkan pada 1feb 1948. apabila british mula merancang menubuhkan persekutuan tanah melayu sebagai sebuah negara bangsa,apa yang wujud di sambung menjelang tahun 1957, pelembagaan persekutuan di gubal dan di masukkan perkara perkara yang sudah wujud.

rakyat bukan melayu seharusnya menghormati kedaulatan sultan tanah melayu serta tidak mempertikaikan ketuanan melayu yg di miliki oleh orang melayu di negara ini. sebagai seorang melayu juga seharusnya kita bertangungjawab untuk mempertahankan tanah ini serta menjaga hak hak yang pernah di juangkan oleh nenek moyang kita yang terdahulu.

di dalam politik masa kini. jelas sekali kita melihat parti DAP sudah berani mempertikaikan perkara 153 yang terkandung di dalam perlembagaan negara. mereka cuba meniup api perkauman yang kuat di dalam kaum kaum tertentu. dengan mempertikaikan pembinaan masjid dan sebagainya. ini sepatutnya tidak terjadi di dalam negara malaysia. tetapi mengapa ada orang melayu yang mempertahankan DAP sehingga kini? adakah orang melayu itu tidak bersekolah ? ataupun mereka juga mahu melawan arus seperti orang cina sedang lakukan di malaysia.

AYUH... BANGUN... BANGKITLAH....

orang melayu harus bersatu mempertahankan keistimewaan yang hampir di gadai oleh parti PKR. orang melayu yang tidak mempertahankan hak keistimewaan bangsa melayu ini adalah orang yang akan menjadi pengkhianat kepada bangsa dan tanah air. itulah yang di maksudkan oleh timb menteri malaysia kepada ketua umum PR(anwar ibrahim). kerana anwar sudah menjadi JEBAT MODEN...

No comments:

Post a Comment