About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Sunday, September 19, 2010

SEMANRAT CINTAKAN NEGARA DI TUNTUT DALAM ISLAM





SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 sudah pasti menyarakkan lagi semangat patriotik. rasa gembira menjadi rakyat malaysia kerana penduduknya berbilang kaum. dengan tema tahun ini 1MALAYSIA PENJANA TRANSFOMASI. dan tidak lupa HARI MALAYSIA yang di sambut meriah oleh masyarakat tertentu bagi mengingatkan kita pada penubuhan negara MALAYSIA.

semangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini di tadbir mengikut acuan sendiri sejajar menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi tuntutan sebahagian di dalam islam. sabda rasululluh yg bermaksud " cintakan tanah air itu separuh daripada iman"

kecintaan kuat kepada tanah air adalah obor pencetus semangat untuk membawa kemajuan setiap warga negara bagi sama sama memikul tangungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.kemerdekaan adalah nikmat terbesar kurniaan ALLAH taala kepada semua masyarakat di malaysia tidak mengikut seperlunya kita sebagai hamba ALLAH perlu bsyukur dengan kurniaan tersebut. jasa jasa pejuang terdahulu mestilah kita kenang dan di sanjung kerana memperjuangkan kemerdekaan ini.

jihad dan pengorbanan untuk memastikan kemerdekaan negara daripada di belenggu penjajahan seperti di lakukan bekas pejuang hendaklah di ambil ikhtibar kepada semua lapisan kanak kanak remaja dewasa mahupun warga emas. kedatangan islam itu juga membawa mesej dan jelas membawa kemerdekaan. islam menyeru umatnya membebaskan diri daripada di belenggu kejahilan. membebaskan diri dari sistem penghambaan dan cengkaman musuh dalam apa jua bentuk.

islam yang syumul meletakkan kesejahteraan keharmonian kedamaian dan keamanan pada martabat paling puncak. hakikat ini dapat di lihat pada perkembangan awal islam di mana rasulullah berusaha membawa kamakmuran kota madinah dan memerdekakan kota makkah daripada cengkaman kafir quraisy. islam juga bersifat merdeka dalam maksud jihad. membebaskan diri dari terjerumus keruntuhan moral serta tingkah laku buruk yang boleh membawa kemurkaan ALLAH taala...

dengan itu kita sebagai rakyat malaysia harus bsyukur kepada ALLAH taala kerana telah melimpahkan rahmat ke atas negara kita. serta memilih ketua negara ini dari kalangan orang yang bijak pandai serta menjalankan tugas penuh tangungjawab. kepada ahli pembangkang. jagalah keharmonian negara malaysia. tidak usah mengheret rakyat agar di bawa ke jalan jalan raya untuk bdemontrasi. sebagai rakyat yang taat kepada pemerintahnya kita haruslah akur dengan segala undang undang negara. kekalkan kehamonian penduduk yang berbilang kaum di malaysia.

teruskan menyokong BARISAN NASIONAL di pru13....
demi kesejahteraan negara...

Saturday, September 18, 2010

PEMILIHAN PKR - NURUL IZZAH DEGIL, LAKI BINI TAK SEBULU!!!

Hal-hal begini yang adakalanya kita terpaksa kena pinjam kata-kata... Lu fikirlah sendiri .Pelik bukan mengenangkan pendirian Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bab pemilihan jawatan PKR.

Tempoh hari bersungguh-sungguh kata tak memihak antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden. Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husin Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan ‘tunjuk belang’ sebenar.


Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu. Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini.

Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam. Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan.


Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya. Apakah Nurul ikut angin ibunya Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang bukan rahsia lagi dingin terhadap Azmin. Kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Ini sudah dua pokok yang bergoyang serentak.

Mungkinkah perasaan peribadi tertentu lebih menguasai denyut nadi Nurul hingga negatif terhadap Azmin. Logiknya memang tak logik kerana Nurul sepatutnya lebih kenal Azmin yang sebegitu lama menjadi pegawai dan orang kuat bapanya luar dalam berbanding Zaid yang baru Julai tahun lalu menyertai PKR. Kalau sudah gandingan ibu dan anak tak sealiran dengan pandangan bapa salahkah kalau orang cakap pasti ada yang tak kena termasuk mengimbas kisah-kisah Anwar-Azmin yang didakwa bekas rakan tenis, Datuk S Nallakarupan.

Azmin sendiri perlulah rasa tidak sedap badan dengan cacamarba macam ni. Jangan kata orang biasa tetapi ahli-ahli PKR sendiri pun tentu tertanya-tanya apa puncanya sampai jadi begitu. Siapa tahu ada perkara yang Nurul dan ibunya boleh bendung perasaan dikaca mata ramai tetapi bila datang bab perhitungan yang menyentuh jiwa begini mereka terpaksa tekan brek kecemasan.

Mungkin demokrasi individu dalam membuat pilihan dijadikan alasan penyedap bicara.Cuma anihnya Nurul sealiran dengan segala bab politik dengan bapanya tetapi nampaknya dalam bab Azmin mereka ibarat simpul mati tidak boleh menyatu.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zaid dipetik dengan nada menyindir mengulas cara Azmin umum secara rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden di Kota Kinabalu pagi Khamis yang dibelakangi oleh sebilangan pemimpin PKR dalam sidang akhbarnya. Beliau merujuk kepada pengumuman Azmin yang dibuat di hotel lima bintang Tanjong Aru Beach Resort.

“Dia ada stail” sambil menambah sindirannya dengan ungkapan “ menakutkan”. Zaid berkata cara tunjuk kuat begitu hanya akan mencetuskan suasana tegang dalam parti. Dakwanya beliau juga ada penyokong dikalangan ahli parlimen PKR tetapi tidak mahu pamer masa buat pengumuman. Kata Zaid ada banyak masa lagi untuk kempen kerana pencalonan belum lagi dibuat. Beliau juga kesal dengan keputusan Anwar tidak mahu bertanding apa-apa jawatan. Katanya jawatan Penasihat PKR bukanlah jawatan yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.


Thursday, September 16, 2010

PKR menuduh POLIS terlibat di dalam pembunuhan susilawati?

Polis digesa supaya menahan dan menyoal siasat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, berhubung tuduhannya yang mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, tuduhan tidak berasas tersebut bukan sahaja berniat jahat dan biadab tetapi turut bertujuan mengganggu siasatan polis semata-mata demi mengejar kepentingan politik peribadi.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai menghina kecekapan polis menyelesaikan kes pembunuhan Sosilawati, beliau berkata, siasatan terhadap Shamsul Iskandar mungkin dapat membantu pihak berkuasa mendapat petunjuk baru berhubung kematian mangsa dan tiga rakannya.

"Sedang kita memuji kecekapan polis menyelesaikan kes berprofil tinggi ini dalam masa yang singkat, Shamsul Iskandar sebaliknya tampil dengan tuduhan liar yang biadab tanpa mempedulikan perasaan keluarga semua mangsa yang dibunuh dengan kejam."Saya percaya sebagai pengamal undang-undang, Shamsul Iskandar mungkin mengenali suspek utama yang juga seorang peguam.

Mungkin mereka pernah bekerjasama dan semua kebarangkalian tersebut perlu disiasat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.Beliau mengulas tuduhan liar Ketua Angkatan Muda Keadilan itu yang mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya ketika ditemuramah oleh portal berita propembangkang, TV Selangor, Isnin lalu.

Selain itu, Shamsul Iskandar turut mempersoal sama ada wujud pertalian antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan suspek memandangkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam yang bergelar 'Datuk' itu walaupun mempunyai empat rekod berkait pembunuhan serupa.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap mana-mana pihak yang mengadu-domba kes pembunuhan itu bagi mengelakkan ia menjadi modal politik murahan."Saya yakin jika tidak dibendung, pembangkang tanpa mempedulikan perasaan ahli keluarga mangsa akan menjaja isu ini sebagai modal politik mereka," katanya.

Mengenai tuduhan terhadap Musa pula, beliau mahu bekas Ketua Polis Negara itu tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul Iskandar kerana tohmahan yang dilemparkan bukan sahaja memburukkan institusi kepolisan tetapi bukti pembangkang berdendam dengan ketegasan Musa.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

"Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja," katanya

Wednesday, September 15, 2010






assalamualaikum....

saya ingin memberikan sedikit buah pandangan terhadap kepimpinan di setiap bahagian terutamanya di dalam parti UMNO. mengapa pemimpin tertinggi bahagian tidak berani untuk memilih calon dari kepimpinan muda. mungkinkah pucuk pemimpin tidak mempunyai keyakinan yang tinggi kepada setiap ahli sendiri? jika kita melihat situasi sekarang di malaysia. rakyat memerlukan pemimpin berjiwa rakyat di kalangan orang muda. mengapa PKR berjaya memenangi banyak kerusi? ini kerana mereka mempunyai pemimpin golongan muda yang berwibawa walaupun mereka melawan arus. berbalik pada cerita, UMNO tidak berani untuk memilih calon muda kerana bagi mereka calon muda hanya satu masalah kepada mereka. mengapa perkara ini boleh berlaku. mengapa ada kepimpinan tertinggi bahagian tertentu mengabaikan tangungjawab mereka dengan membiarkan sayap parti iaitu PEMUDA dan PUTERI menjalankan aktiviti sendiri tanpa memberikan bantuan dari segi peruntukkan. adakah YANG BERHORMAT(YB) yg di pilih oleh ketua bahagian hanya mengumpulkan wang bagi mengumpulkan harta kekayaan peribadi.

bila sudah menjadi YB dia terus mengumpulkan harta peribadi dari membantu rakyat yang memerlukan bantuan dari wakil rakyat. adakah PEGAWAI JASA menulis laporan tentang YB ini dengan perkara yang baik2 sahaja? adakah YB berkenaan memberikan wang ganjaran kepada pegawai JASA berkenaan bagi membuat laporan yang baik sahaja kepada pihak atasan?

saya menyarankan anak2 muda seperti saya sendiri. jika orang seperti ini terus di kekalkan untuk bertanding di dalam pilihanraya akan datang marilah kita sama sama menyokong parti lain. kerana apa? kerana YB berkenaan akan terus merosakkan parti UMNO sahaja. itu bukanlah perjuangan anak muda. bagi kami anak muda, kami mahukan perubahan kepimpinan di masjid tanah dengan meletakkan calon dari kalangan muda. bukan sahaja di masjid tanah tetapi semua seluruh bahagian di seluruh malaysia. kerana zaman kini 65% adalah kuasa pengundi muda.

ketua bahagian harus berfikiran rasional serta kehapadan bagi melihat situasi yang berlaku hari ini. jika ketua bahagian memilih dengan cara lama ini dengan tidak memandang pandangan golongan muda saya sarankan agar ketua bahagian bersiap siap untuk memikirkan masa depan dengan membuat kerja yang lain. kerana kami akan tolak bulat2 dengan parti UMNO yang hanya memperlekehkan golongan muda. INI BUKAN JANJI TAPI PASTI.

perubahan mesti di lakukan segera bagi membaik pulihkan keadaan parti UMNO yang sememang tant dengan perbalahan dalam sendiri. tetapi bagi saya UMNO adalah sebuah parti yang relevan untuk terus menerajui negara malaysia. BERUBAH SEBELUM REBAH.

itu sahaja pandangan saya...

Tuesday, September 14, 2010

Kekuatan "Nun" dan "Mim" dalam UMNO


SIRI adegan jenaka dalam karya P. Ramlee yang tak kunjung lekang dari siaran televisyen tempatan rasanya bagai tak lapuk dek hujan, sentiasa segar dan masih mampu mencuit hati untuk membuatkan kita tertawa.

Dalam satu adegan filem Nujum Pak Belalang misalnya, soalan ditanyakan berkenaan kekuatan di sebalik nama ‘Hang Tuah’ dan jawapan yang sebenarnya adalah huruf ‘Ta’. Jika diganti dengan huruf lain seperti ‘Ba’, akan jadilah nama lain seperti ‘Hang Buah’!

Begitulah jenakanya, pintar dan berisi. Hari ini kalau kita mengambil kira perihal UMNO pula, mungkin menarik jika kita kaitkan kekuatan UMNO kini yang terletak pada dua huruf iaitu ‘nun’ dan ‘mim’. ‘Nun’ dan ‘mim’ yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah gandingan Najib dan Muhyiddin.

Apa tidaknya, sejak dilantik ke kerusi utama peneraju negara, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membuktikan kekuatannya untuk mengembalikan semangat perpaduan di atas jenama 1Malaysia. Hadirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula selaku pembantu, melancarkan segala polisi merakyat dan pembaharuan dalam UMNO-BN, sekali gus menggentarkan pemimpin pembangkang !

Kurang setahun lalu, pakej rangsangan ekonomi negara yang diperkenalkan Perdana Menteri dalam dua peringkat dikatakan bakal membazir dan menemui kegagalan. Kini, pakatan pembangkang terpaksa menelan bulat-bulat kembali melihat keberkesanannya dalam menjana kestabilan ekonomi semasa.

Ia bakal dipersembahkan dalam Belanjawan 2011, sebagai bukti betapa kerajaan serius dalam memacu negara menongkah arus kegawatan sejagat. Lebih membanggakan, Havard Business School di Boston dikatakan menggelarkan usaha reformasi ekonomi bersifat nasional itu sebagai Najibnomics dan diletakkan sebagai salah satu bahan penyelidikan.

Perubahan kepimpinan Petronas pula menjadi petanda hasrat Perdana Menteri yang mahukan Petronas terus segar dengan idealisme terkini dan kekal dalam lingkungan New Seven Sisters. Inisiatif F1 1Malaysia yang dipelopori oleh gabungan Proton dan Lotus pula dijangka mampu menobatkan Proton dalam industri kereta dunia jika kena pendekatannya.

Sementara dari aspek memulihkan semangat ‘bangsa Malaysia’, Najib dengan berani mengumumkan konsep 1Malaysia yang juga sebagai ‘pengubat’ kepada perpaduan masyarakat yang seringkali ditimbulkan pembangkang. Di sebalik kata-kata sinis dan prejudis yang diluahkan, alhamdulillah hari ini, ia terbukti membawa semangat perpaduan rakyat ke aras pencapaian yang lebih cemerlang.

Tidak hanya pada kata-kata lisan, Najib-Muhyiddin mengambil inisiatif walk-about iaitu menjalankan usaha tinjauan kehidupan masyarakat bangsa lain seperti kumpulan peniaga, lawatan ke kampung dan kawasan perumahan masyarakat India serta perkampungan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, dasar kerajaan perpaduan dengan kepimpinan Pas pula tidak pernah ditutup. Demikian juga sebarang usahasama demi kebaikan rakyat dengan parti-parti politik lain.

Jika usaha Najib lebih tertumpu kepada penyatuan masyarakat berbilang kaum dan menjamin kestabilan serta momentum ekonomi bersifat global, gandingan Muhyiddin pula begitu gigih memastikan usaha dan idea Najib terlaksana dalam bentuk hakiki.

Program pembaharuan, mendekati rakyat dan menjuarai siri-siri by-election sepanjang tahun lalu membuktikan track record beliau sepanjang tahun. Paling manis, apabila kalendar by-election tahun lalu disudahi dengan kemenangan meyakinkan di Bagan Pinang. Ia sekali gus petanda kepercayaan rakyat kepada kepimpinan UMNO-BN telah berjaya diraih semula. Ini dalam kata lain juga bererti sokongan rakyat yang padu terhadap gandingan ‘nun’ dan ‘mim’ ini.

Kerja keras Muhyiddin juga terlihat dalam memantau usaha menangani krisis H1N1, meningkatkan penguatkuasaan maritim dan isu pendatang haram. Isu-isu sampingan itu dilihat faktor penting yang memungkinkan krisis ekonomi sejagat tidak membarah.

Dalam portfolio pendidikan pula, isu PPSMI yang begitu hangat diperkatakan, berjaya diselesaikan sehingga tiada lagi sebarang suara-suara protes. Masalah PPSMI dilihat dapat diselesaikan dalam keputusan profesional yang penuh berjustifikasi berdasarkan fakta dan angka, bukan sekadar sentimen dan keputusan politik semata-mata.

Dengan tema reformasi pendidikan bersifat ‘mengukuhkan bahasa Inggeris, memartabatkan bahasa Melayu’, majoriti masyarakat menerima idea itu dengan persetujuan penuh.

Dengan barisan kepimpinan lawan (seperti PKR) yang kini bagai berlumba-lumba kembali kepada perjuangan suci UMNO, saya tidak lihat begitu mustahil untuk UMNO-BN kembali bertakhta secara mutlak selaku ‘arkitek’ pembangunan negara.

Pembangkang kini sudah gentar dan berdebar-debar. Jadi, yang tinggal kini cumalah untuk kita merapat, melurus dan mengukuhkan barisan, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang anasir perpecahan dan insya- Allah, PRU-13 nanti, pasti sudah ada rezeki yang menanti !


Sunday, September 12, 2010

kematian kejam jutawan kosmetik

pembunuhan kejam ke atas jutawan kosmetik datuk susilawati dan 3rakan termasuk pemandunya mendapat liputan yang amat luas di seluruh negara. dengan penangkapan 8orang suspek kini terungkai seribu misteri kematian jutawan tersebut. PUKUL sehingga mati seblum di bakar dan abunya di buang ke dalam sungai yang mengalir ke pantai morib. hari demi hari rakyat malaysia sudah menjadi rakus di dalam mengejar kekayaan dunia.

apakah faktor2 utama kejadian seumpama ini berlaku di dalam masyrakat kita. adakah kerajaan mengabaikan rakyatnya dengan tidak memberi atau membuka ruang pekerjaan kepada anak tempat di sektor kerajaan? ataupun kerajaan tidak membantu golongan kurang bernasib baik sehinggakan mereka sanggup melakukan jenayah seperti ini.?

saya berpendapat, rakyat malaysia sangat beruntung kerana pemimpin kerajaan banyak membuka ruang pekerjaan baik di sektor awam dan swasta. pelbagai infrasturktur di sediakan bagi semua lapisan masyarakat di malaysia. mungkin jenayah seperti ini berlaku atas tamaknya seseorang individu itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadinya.

suspek di dalam pembunuhan kejam ini bukanlah calang2 orangnya. kerana beliau adalah seorang peguam kepada HINDRAF dan seorang ahli DAP. beliau juga bukan lah seorang yang susah atau daif. tetapi mengapa dia sanggup melakukan perkara ini. secara rasional kita bfikir bahawa rakyat di malaysia(segelintir) mempunyai sikap yang begitu tamak tidak kira di dalam mencari kekayaan mahupun kuasa politik.

jika sebelum ini kerajaan di hentam oleh pembangkang atas kerana kematian TEOH BENG HOCK tetapi hari ini seorang ahli DAP yang merupakan peguam bela HINDRAFtelah di dapati bersalah kerana pembunuhan kejam ini. mengapa kematian teoh beng hock kerajaan di hentam oleh pembangkang sehingga mereka menuduh kerajaan malaysia adalah dalang kes tersebut. hanya kerana teoh beng hock membunuh diri di pejabat SPRM mereka sudah menunding jari kepada kerajaan malaysia!!! pembangkang terpaksa mengorbankan nyawa seseorang demi menguatkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan. dan mereka berjaya melakukannya. tetapi kes pembunuhan DATUK SUSILAWATI bersama 3 yang lain membuatkan pihak pembangkang terkedu sesama sendiri.

apakah alasan yang mahu di berikan oleh pihak pembangkang di atas kejadian ini. adakah mereka akan membela ahlinya atau mahu membela kematian jutawan kosmetik itu. mahukah DAP membiarkan peguam(pembunuh susilawati) terbaik di dalam peguam DAP ini begitu sahaja. LIM KIT SIANG(penasihat DAP) terlalu sayangkan ahli2 DAP yang bergelar peguam.

mengapa kaum minoriti ini semakin berani menunjukkan taringnya di malaysia.? adakah mereka sekali lagi mahu mencetuskan kemarahan orang melayu di malaysia? sudahlah di bunuh. di bakar pulak tu!!! kejam!!! saya sangat mengharapkan agar pihak kerajaan memberi hukuman yang setimpal kepada peguam HINDRAF ini.

walaupun datuk susilawati telah meninggalkan seluruh keluarga serta anak2nya buat selama lamaya. anak mereka masih bernasib baik kerana masih mempunyai aset untuk di teruskan demi menjalankan kehidupan harian seperti biasa. cuba bayangkan jika yang di bunuh itu orang melayu yg tidak mempunyai apa2 dan apa yang akan berlaku pada anak2 yg di bunuh ini.

p/s buat kaum minoriti= jangan bermain dengan bangsa melayu. jangan memberi saikologi terhadap pemikiran orang melayu di malaysia di atas perbuatan tersebut. kerana orang melayu sememangnya pantang di cabar.. hormati antara satu sama lain.!!! walaupun orang melayu mempunyai hak keistimewaannya sendiri tetapi orang melayu tidak akan pijak pada mana2 kaum di malaysia ini tanpa sebab.!!!

salam...///


UMNO perlukan PERKASA demi orang melayu

UMNO BUANG PERKASA?

hari ini kita melihat pergolakkan yang berlaku di antara orang2 melayu islam di malaysia hanya kerana mahu merebut jawatan mempertahankan jawatan demi menjaga kepentingan duit poket mereka sendiri berbanding untuk menolong bangsanya sendiri. tidak kira mana parti politik sekalipun UMNO PAS PKR atau mana2 lagi parti di bawah pentadbiran orang melayu. mengapa ini terjadi pada hari ini. mengapa parti-parti melayu ini tidak boleh menerima kenyataan bahawa NGO seperti PERKASA memperjuangkan HAK KEISTIMEWAAN orang melayu di malaysia.

hari demi hari kaum minoriti di malaysia semakin gah dengan kekuatan bangsanya yang dapat menguasai satu persatu milik hak orang melayu. mengapa ahli PAS dan PKR tidak mahu memperjuangkannya. UMNO yang dulunya yang sentiasa mempertahankan nasib orang melayu semakin terhakis kerana banyak pertukaran di dalam kepimpinan parti. ada pemimpin yang sememangnya menjaga HAK KEISTIMEWAAN orang melayu. ada juga yang tidak memperjuangkan HAK orang melayu tetapi memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat malaysia. ada juga pemimpin UMNO yang tak buat kerja untuk rakyat tapi hanya tahu buat duit demi kepentingan mereka sendiri!!!

mengapa mahu marah PERKASA di dalam mempertahankan HAK KEISTIMEWAAN orang melayu di malaysia. pemimpin UMNO harus ingat bahawa kamu di pilih oleh rakyat di mana rakyat mahu HAK KEISTIMEWAAN (orang melayu) mereka terjamin. adakah pemimpin UMNO tidak nampak bahawa kaum minoriti sedang cuba meminta keistimewaan untuk bangsa mereka dan manghakis keistimewaan orang malayu. mengapa UMNO mahu terus menjaga kepentingan parti sedangkan ahli akar umbi bertungkus lumus mempertahankan HAK di malaysia.

UMNO tidak perlu menjaga hati sesiapa di dalam parti kompenan BARISAN NASIONAL kerana di dalam kerusi PARLIMEN kerajaan hampir 75% peratus di kuasai UMNO. kehilangan UNDI kaum minoriti bukanlah kerana PERKASA yang membidas kenyataan para pemimpin cina yang mahu cina dan india supaya di berikan hak sama rata. ini tanah melayu(malaysia)!!!

orang cina bolah balik negara asalnya kalau mereka mahu pulang.
orang india juga boleh balik negara asalnya jika mereka mahu pulang.
orang melayu nak balik mana??? jika kuasa politik di pegang oleh kaum cina dan india?

adakah nasib orang melayu malaysia akan menerima nasib seperti orang melayu di singapura?
1-azan tak boleh kuat.
2-tidak boleh bsholat di dalam waktu berkerja
3-orang melayu di anak tirikan di dalam sektor kerajaan
4-bangsa melayu di pandang hina

cuba banyangkan kehidupan orang melayu di singapura. tidak hairanlah mengapa orang melayu singapura boleh bertukar agama di sana. kerana apa? kerana bangsa melayu tidak mempunyai apa keistimewaan di sana. hanya satu sahaja yang singapura kekalkan bahasa melayu di dalam pentadbiranya iaitu(dalam tentera). lim kuan yew(menteri singapura) kena lawan perkara ini di GEVENA jika dia mahu menghapuskan pengunaan bahasa melayu di dalam ketenteraan negaranya.

jadi, di malaysia UMNO sangat beruntung kerana mempunyai ahli2 akar umbi dan NGO yang sedang berusaha mempertahankan bangsa melayu serta menjaga HAK2 KEISTIMEWAAN di sini. jangan menunding jari kepada NGO PERKASA kerana kehilangan undi dari kaum minoriti ini. yang sebenarnya bagi mereka inilah peluang yang di idamkan untuk merampas kuasa orang melayu dengan melihat perpecahan orang melayu di malaysia dengan di bantu pulak dengan parti PKR dan PAS yang tidak mementingkan keistimewaan bangsa sendiri.

UMNO perlu sedar dan berubah di dalam pentadbiran. tidak perlu buang kawan kerana tidak ada siapa lagi yang mahu kawan dengan UMNO. mereka(PKR dan PAS) lebih sanggup bersama DAP demi wang kuasa dan pangkat dari berkawan dengan UMNO. inilah yang terjadi di malaysia. PAS tidak melaksanakan hukum hudud hanya kerana tundukdengan tindak tanduk parti DAP. PKR hanya pentingkan kuasa. sebab itulah mereka gelarkan diri mereka PAKATAN. kerana yang nak buat jahat sahaja yang akan berpakat.

saya mendoakan agar kepimpinan UMNO tidak membuat perkara yang terburu buru. fikirkan masa depan. demi masyarakat melayu islam di malaysia.

Saturday, September 11, 2010

DI MAJLIS RUMAH TERBUKA TIMB MENTERI KDN MALAYSIA








































































aktiviti raya ke 3 saya pada hari ini...

terima kasih kepada DATUK WIRA ABU SEMAN kerana menjemput melalui SMS untuk saya hadir di rumah terbuka beliau sebentar tadi(12/9/10) saya mendoakan agar datuk di cucuri rahmat ALLAH taala... semoga syawal ini menguatkan ikatan siratulrahim di antara semua kaum di masjid tanah. sokongan padu masyarakat kepada wakil adun yang tersedia ada semakin gah di masjid tanah... alhamdulillah.. teruskan membela rakyat....