Nukilan Wan Motor
About Me
Tuesday, October 12, 2010
rahimi cabar PKR!
Tegasnya jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan tersebut.
”Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah diganggu?
“Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan kekecewaan dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli.
“Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.
”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.
dato syed sobri pengkhianat!
Saturday, October 2, 2010
perjalanan saya hari ini
Thursday, September 30, 2010

Sunday, September 26, 2010
alasan ahli parlimen teluk kemang kalah bertanding jawatan
Wah, nampaknya merajuk besar pengampu dan penjilat Anwar Ibrahim ini!Kamarul Baharin menyertai sebahagian besar daripada Ahli Parlimen dan ADUN yang kehilangan jawatan selaku Ketua Cabang PKR di seluruh negara. Beberapa mesyuarat Cabang pula dilaporkan kecoh sehingga perlu ditangguhkan kerana penipuan dan penyelewengan undi bagi mengelakkan calon favourite yang menjadi sekutu Anwar-Azmin kalah teruk.
Salah seorang daripada mereka adalah Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan hanya mendapat 5 undi sahaja daripada keseluruhan ahli di Cabang PKR Subang. Ratu 'Kangkang', Elizabeth Wong turut gagal dalam perebutan jawatan Ketua Cabang di Petaling Jaya Utara.
Dan sama seperti Kamarul Baharin, Elizabeth Wong juga tidak berpuas hati. Cuma, berbeza dengan Kamarul Baharin, Elizabeth Wong tidak pula menyatakan yang kekalahannya itu adalah disebabkan ahli-ahli menolak kewibawaannya selaku wakil rakyat.
Jadi, kalau tidak ada CAMPURTANGAN Anwar Ibrahim, pasti satu lagi ujian kepopularitian PKR dan UMNO akan teruji dalam pilihanraya kecil di Teluk Kemang. Persoalannya, mampukah Anwar berpegang kepada prinsip BANGANGNYA, 'lawan tetap lawan' memandangkan sekarang Anwar mempunyai slogan, 'TUNDA TETAP TUNDA'.
"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."
Thursday, September 23, 2010
Kembalikan Kekuatan Pemuda
Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.
Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.
“ Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.
“Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.
“Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara,” katanya.
Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.
“Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.
Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.
Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO
Sunday, September 19, 2010
KJ mencari simpati untuk dapat duduk di dalam KABINET?
Itulah kerja Khairy Jamaluddin semenjak menang sebagai Ketua Pemuda UMNO di Pemilihan Agung UMNO yang lepas. Tanpa segan silu, Khairi pernah meminta simpati dari Ketua-Ketua Pemuda yang pernah “termakan budi” dan “telah mengundinya” dahulu untuk turut sama mendesak agar dirinya diberikan jawatan. Tidak cukup dengan itu, dia turut menggunakan “talian hayat” Naib Presiden UMNO yang sememangnya pro-Pak Lah untuk mendapatkan jawatan.
Malangnya segala usahanya sejak bergelar Ketua Pemuda UMNO itu gagal sama sekali. Pernah dia mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk melobi jawatan, namun masih juga gagal. Dikhabarkan oleh kawan-kawan, Khairi sangat sedih diperlakukan begitu oleh pucuk pimpinan dan mengadu diri pada “omak”nya. Entah betul, entah tidak cerita itu hanya Allah, KJ dan “omak”nya saja yang tahu…
Terbaru, penulis mendapat tahu bahawa Saudara Khairy kita ini akan diberikan “jawatan” selepas Hari Raya Aidilfiri ini. Sebelum ini, sumber ada memberitahu penulis bahawa Khairy turut lagi mempergunakan Pak Lah untuk melobinya mendapatkan jawatan kabinet. Dikhabarkan Pak Lah juga ada menghantar seseorang bertemu Perdana Menteri meminta agar menantunya ini diberikan jawatan di dalam jema’ah kabinet…
Iyalah, siapa yang tak tersinggung melihat “lawannya yang kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO pun terpilih menganggotai kabinet. Kenapa pula dia yang “menang” dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO ini di”anak tiri”kan?
“Mengapa KJ tidak diberikan jawatan Kabinet?”. Persoalan ini sangat mudah dijawab oleh semua rakyat, terutamanya penyokong “Pemuda Berani” dan “Pemuda Berani Berubah”. Sangat mudah! Namun, persoalan ini juga sangat payah dijawab oleh KJ dan penyokong “Pemuda Setiakawan”nya. KJ dan Pemuda Setiakawan “gagal” mencari jawapan untuk menjawab persoalan ini.
Penulis bukanlah penyokong “Pemuda Berani”, penyokong “Pemuda Berani Berubah” mahupun penyokong “Pemuda Setiakawan”. Namun penulis menegaskan di sini bahawa penulis hanyalah penyokong UMNO. Penulis seboleh mungkin menolak sokongan kepada individu kerana ini boleh merosakkan perjuangan asal UMNO. Namun, penulis tidak menolak untuk menyokong pemimpin yang benar-benar berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Tidak kira siapa, Ibrahim Ali pun penulis sokong! Itu pun jika “Tok Him” benar-benar berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu lah…
Khairy sepatutnya menilai prestasinya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan UMNO. Apakah “jasa”nya selama bergelar Ketua Pemuda UMNO ini? Dimanakah tahap KPInya memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini? Apakah Pemuda UMNO dapat menggarap sebanyak mungkin pemuda-pemuda di seluruh negara untuk menyertainya? Apakah fungsi utama Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” berjaya dibuktikan oleh KJ dan konco-konconya? Banyak lagi persoalan yang perlu KJ tanya pada diri sendiri…
Apakah Khairy layak bergelar “Ketua Pemuda UMNO”? Apakah dia mendapatkan jawatan itu secara “bersih”? Jika benar “bersih”, mengapa ada sorakan “KJ rasuah! KJ rasuah!” ketika diumumkan sebagai pemenang jawatan itu? Mengapa pula Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa dia bersalah dalam siasatan “peraturan kempen” ketika pemilihan? Apa “salah” yang dimaksudkan oleh Jawatankuasa itu?
Khairi perlu “flashback” kembali sejarah dirinya menceburi bidang politik. Khairi perlu imbas kembali bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dibawanya ke dalam UMNO ketika bapa mertuanya bergelar Perdana Menteri. KJ perlu kenang kembali perbuatannya mengaut projek-projek, skandal ECM Libra dan penjualan MV Augusta (penulis hanya menulis 2 skandal sahaja, dikhabarkan banyak lagi skandal yang melibatkan KJ). Khairy perlu menilai diri sendiri perbuatannya dan “geng tingkat 4) yang “menapis calon BN” pada PRU-12 yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 5 negeri + Wilayah Persekutuan. Banyak lagi yang perlu KJ fikirkan tentang sejarahnya…
Dengan prestasi KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ini, apakah dia fikir dia layak menjawat jawatan “kabinet”? Dengan sejarah KJ yang dipenuhi dengan kurap, panau, kudis dan sopak, apakah KJ fikir dirinya layak mengendalikan sebuah “kementerian”? Apakah KJ fikir jawatan Ketua Pemuda itu adalah satu “tiket” untuk memegang jawatan di dalam kabinet Malaysia? Sedangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO sendiri pun KJ tidak layak, apatah lagi jawatan di dalam kabinet!
Penulis bukanlah menghalang Perdana Menteri mahupun pucuk pimpinan lain untuk memberikan jawatan kepada saudara Khairy Jamaluddin. Penulis cuma mahu mengingatkan semua pucuk pimpinan bahawa “melantik KJ menjawat salah satu jawatan kabinet (mahupun sebagai Timbalan Menteri), adalah perbuatan menggali kubur untuk UMNO/BN”! Lantiklah budak “Oxford” itu jika mahu “Tsunami politik Malaysia” berlaku untuk kali ke-2!
Penulis bukanlah cuba mengugut mana-mana pihak. Penulis hanya menyampaikan “kata akar umbi”. Itu saja. Terserahlah pada keputusan pucuk pimpinan. Penulis mengingatkan bahawa tidak mungkin penulis akan menyokong Zahid Hamidi lagi kerana Naib Presiden UMNO ini pernah berkata akan melantik KJ sebagai menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri. Penulis bukan bencikan Zahid atau KJ, namun penulis nampak sangat “bangang”nya jika melantik “orang yang tidak layak” menjadi pemimpin negara.
Kepada Dato’ Seri Najib, penulis tidak menghalang sama sekali Perdana Menteri untuk membuat keputusan memberikan jawatan kepada Khairi Jamaluddin. Cuma, jika Dato’ Seri mahu juga memberikan “jawatan” kepada KJ, berikanlah saja jawatan “jaga tandas” kepadanya. Itupun kena juga berhati-hati, takut-takut dijual pula tandas itu kepada orang.
30 PEMUDA PAS SERTAI UMNO KUALA SELANGOR
UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor
Datuk Amiruddin Setro bertempat di rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit
Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh buang kelmarin.
Sharudin Mohd. Nri , 31, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan
Kuala Parit membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama lebih 30
pemuda di Kampung Bukit Kuching setelah merasa perjuangan Pas sudah
terpesong semenjak parti ini bergabung dengan Pakatan Rakyat (PR) yang
disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pada hari ini kami
sepakat menyertai UMNO kerana kami sebagai bangsa Melayu merasa
tertindas kerana hak kita tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya
tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi didalam
parti.
"Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat
berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian," katanya yang
telah menyertai PAS semenjak berumur 18 tahun.
Sharudin berkata
sebelum ini PAS dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak
Selangor diperintah Pakatan Rakyat, PAS seolah hilang pedoman hinggakan
masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.
"Kami menyertai UMNO
dengan harapan dapat menyatukan bangsa melayu dan memperjuangkan Islam
kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.
"Saya benar
benar kecewa dengan senario politik PAS sekarang semenjak parti ini
bergabung dengan Pakatan Rakyat yang menyebabkan bentuk perjuangan
mereka kabur dan umpama "Lalang Ditiup Angin" hinggakan saya rasa
perjuangan terhadap Islam seolah olah diketepikan demi perjuangan
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau juga meragui sekiranya Pas di
dalam Pakatan Rakyat menang didalam pilihanraya tetapi mempunyai
majoriti yang rendah dan mampukah PAS memerintah dan bolehkah Islam dan
bangsa Melayu diperjuangkan.
Sementara itu, Amiuddin Setro
merangkap ADUN Kawasan Jeram mengulas persitiwa bersejarah ini berasa
bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO
sebagai parti yang menyatukan bangsa melayu dan menegakkan Islam.
"Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya mempejuangkan Islam dan bangsa Melayu.
"Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena bulan Syawal yang
mulia ini dan berharap semua pemuda meneruskan halatuju generasi melayu
yang akan datang," katanya.
Amiruddin menjelaskan UMNO Kuala Selangor mengamalkan prinsip "Yang muda disayangi dan yang tua dihormati".
"Semoga lebih ramai belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya
parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan
bangsa Melayu," katanya.
SEMANRAT CINTAKAN NEGARA DI TUNTUT DALAM ISLAM

Saturday, September 18, 2010
PEMILIHAN PKR - NURUL IZZAH DEGIL, LAKI BINI TAK SEBULU!!!
Tempoh hari bersungguh-sungguh kata tak memihak antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden. Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husin Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan ‘tunjuk belang’ sebenar.
Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu. Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini.
Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam. Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan.
Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya. Apakah Nurul ikut angin ibunya Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang bukan rahsia lagi dingin terhadap Azmin. Kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Ini sudah dua pokok yang bergoyang serentak.
Mungkinkah perasaan peribadi tertentu lebih menguasai denyut nadi Nurul hingga negatif terhadap Azmin. Logiknya memang tak logik kerana Nurul sepatutnya lebih kenal Azmin yang sebegitu lama menjadi pegawai dan orang kuat bapanya luar dalam berbanding Zaid yang baru Julai tahun lalu menyertai PKR. Kalau sudah gandingan ibu dan anak tak sealiran dengan pandangan bapa salahkah kalau orang cakap pasti ada yang tak kena termasuk mengimbas kisah-kisah Anwar-Azmin yang didakwa bekas rakan tenis, Datuk S Nallakarupan.
Azmin sendiri perlulah rasa tidak sedap badan dengan cacamarba macam ni. Jangan kata orang biasa tetapi ahli-ahli PKR sendiri pun tentu tertanya-tanya apa puncanya sampai jadi begitu. Siapa tahu ada perkara yang Nurul dan ibunya boleh bendung perasaan dikaca mata ramai tetapi bila datang bab perhitungan yang menyentuh jiwa begini mereka terpaksa tekan brek kecemasan.
Mungkin demokrasi individu dalam membuat pilihan dijadikan alasan penyedap bicara.Cuma anihnya Nurul sealiran dengan segala bab politik dengan bapanya tetapi nampaknya dalam bab Azmin mereka ibarat simpul mati tidak boleh menyatu.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zaid dipetik dengan nada menyindir mengulas cara Azmin umum secara rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden di Kota Kinabalu pagi Khamis yang dibelakangi oleh sebilangan pemimpin PKR dalam sidang akhbarnya. Beliau merujuk kepada pengumuman Azmin yang dibuat di hotel lima bintang Tanjong Aru Beach Resort.
“Dia ada stail” sambil menambah sindirannya dengan ungkapan “ menakutkan”. Zaid berkata cara tunjuk kuat begitu hanya akan mencetuskan suasana tegang dalam parti. Dakwanya beliau juga ada penyokong dikalangan ahli parlimen PKR tetapi tidak mahu pamer masa buat pengumuman. Kata Zaid ada banyak masa lagi untuk kempen kerana pencalonan belum lagi dibuat. Beliau juga kesal dengan keputusan Anwar tidak mahu bertanding apa-apa jawatan. Katanya jawatan Penasihat PKR bukanlah jawatan yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.