About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, August 24, 2010

ANWAR ibrahim suka dengan isu perkauman meningkat

Ada satu twitter DSAI baru-baru ini yang menggambarkan DSAI tersangat happy dan gembira. Baguslah kalau DSAI gembira dan senang hati. Tak larat juga nak tengok muka ‘keletihan, tersiksa, mangsa konspirasi’ bila tiba minggu masuk ke mahkamah. Itu strategi. Kena tunjuk lemah. Kena tunjuk macam ‘mangsa’. Baru senang nak jual di peringkat antarabangsa. Baru senang mana-mana media antarabangsa nak ambil simpati kepada DSAI. Terserah.,..kalau itu strateginya.

Dengan segala isu perkauman yang timbul kebelakangan ini; ianya seakan-akan menguntungkan politik Anwar berbanding politik kerajaan. Ini pandangan ramai penganalisa politik. Dalam isu khutbah Guan Eng pun, ramai yang anggap ini semua akan menguntungkan DAP berbanding UMNO. Ramai yang kata, undi Cina dah tentu. Tabur RM18 juta kepada setiap sekolah Cina pun belum tentu kita dapat undi Cina. Ramai kalangan editor kanan Cina pun menyokong keadaan ini. Pada mereka, politik orang Cina sudah nyata dan jelas – mereka mahu perubahan.

Guan Eng, dengan strategi bersama DAP-PAS-PKR sebenarnya seakan-akan sudah sampai tahap wali. Buat apa pun dah tak lut. Kita dedahkan rakyat kes dia dengan SDO; pada mata rakyat Pulau Pinang – Guan Eng masih lagi mangsa keadaan. Kita dedahkan kes khutbah; ada orang PAS yang kata – Nabi pun ada doakan Abu Jahl dan Umar al Khattab (sewaktu dia belum masuk Islam). Ada sahaja jawapannya. Sudahnya, Guan Eng juga hero.

Semalam Guan Eng tweet mengenai bagaimana seorang kakitangan kerajaan dapat bantuan raya sebanyak RM400. Menangis katanya penjawat awam tersebut. Siap kata, BN tak ada buat program seperti itu.

Propaganda bahawa Guan Eng sebagai ‘pejuang berjiwa rakyat’ ini memang strategi politik yang dirangka secara bersama dengan Anwar. Anwar lama dengan rakyat Pulau Pinang. Anwar tahu ‘temperature’ orang Melayu Pulau Pinang. Anwar tahu temperature ‘mamu dan mami’ yang boleh sejuk dengan sekelip mata.

Guan Eng yang sudah setaraf dengan DYMM SPB Agong ini sudah memang tahap melampau. Kalau inipun PAS Pulau Pinang boleh terima – kita rasa TIDAK ADA yang mustahil dalam politik. Semua benda boleh jadi.

Bila isu perkauman meningkat; rakyat akan rasa resah gelisah. Mula rasa tak selamat dan ‘panas’. Bila itu berlaku, advantage dan kelebihan akan berada bersama parti yang ingin membawa harapan baru. Apatah lagi kalau PM pun rasa macam tak berapa ‘tegas’. Kesilapan Pak Lah mesti dijadikan ‘iktibar’ kepada PM yang ada sekarang untuk buat keputusan.

Kena tegas. Jangan biar isu perkauman menjadi terlalu berat – membayangkan kita akan kehilangan ‘control’ dan hilang percaya rakyat.

No comments:

Post a Comment