About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, August 24, 2010

kepimpinan PAKATAN RAKYAT menolak HUDUD

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar pakatan rakyat,apa-apa perubahan dalam dasar tersebut perlu perlu menerima persetujuan dari tiga-tiga dari ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam pakatan rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam,”katanya dalam satu kenyataan Ahad. Bahasanya jelas, straightfoward dan amat mudah difahami,senada dan sekata dengan Karpal Singh

Kalau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat belum mengerti pendirian DAP tentang undang-undang hudud dan negara Islam dan menggangap kenyataan Karpal Singh menolaknya satu pandangan peribadi…ini pula kenyataan seorang lagi otai besar DAP.

Kata Lim Kit Siang,bapa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng undang-undang hudud dan negara Islam bukan menjadi dasar pakatan rakyat. Beliau yang juga Penasihat DAP kata partinya konsisten dengan pendirian bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan ini merujuk kepada polimek terbaru antara Nik Aziz dan Karpal Singh mengenai undang-undang hudud. Menteri Besar Kelantan itu tetap anggap kenyataan Pengerusi DAP itu tolak hanya satu pandangan peribadi kerana pemimpin DAP lain senyap.

Bagaimana Tok Guru kalau sudah dua otai besar DAP sudah cakap begitu? Apakah ini juga masih peribadi lagi? Pertentangan antara PAS dan DAP mengenai hajat parti itu nak laksanakan undang-undang hudud dan pentabiran Islam di negara jika berkuasa membuatkan ramai pemerhati yang melihat ‘kasih sayang’ antara keduanya dalam pakatan rakyat hanya untuk tujuan politik semata-mata.

dan di kuatkan lagi dengan kenyataan pengurusi telekomunasi PKR nik nazmi bahawa hukum hudud tidak sesuai di jalankan di dalam negara malaysia. ini bukanlah satu pandangan peribadi di mana kenyataan ahli kepimpinan PR. tetapi ini jelas bahawa PAKATAN RAKYAT juga menolak hukum hudud di laksanakan di dalam negara malaysia.

dulu PAS kata UMNO tolak hukum hudud bermakna UMNO telah menolak islam dan tidak akan bersatu dengan UMNO yang di gelarkan mereka sebagai KAFIR. hari ini kenyataan pemimpin PKR yang juga menolak hukum hudud sebagai apa agaknya? adakah PAS masih mahu memeluk rakannya yang menolak hukum HUDUD? hari ini kita boleh lihat bahawa DAP dan PKR sudah mula menolak hudud. apa tindakkan PAS ?

No comments:

Post a Comment