About Me

saya sayangkan UMNO serta kerajaan yang ada

Tuesday, August 24, 2010

jabatan agama islam PP pertahankan doa kepada LIM GUAN ENG

Nampaknya Kerajaan negeri Pulau Pinang menyerang balas terhadap Umno berhubung isu nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digunakan dalam khutbah dengan menimbulkan tindakannya menganjurkan sembahyang hajat bagi calon BN pilihan raya kecil Hulu Selangor P. Kamalanathan, April lalu.

Sambil menyifatkan Umno bertindak “talam dua muka”, serangan balas bodoh ini dimulakan balaci kesayangan Guan Eng , Abdul Malik Itik berkata, BN ada membacakan Yasin dalam sembahyang hajat yang diadakan khusus bagi calon mereka yang bukan Islam .

Jika mengatakan nama Ketua Menteri dalam khutbah tidak betul, mengadakan sembahyang hajat dan membacakan Yasin bagi calon bukan Islam BN adalah lagi tidak betul,” kata Abdul Malik sambil menunjukkan gambar kain rentang yang menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut.


“Solat hajat dan membaca Yasin adalah satu perkara besar dalam agama, ia tidak seharusnya dilakukan (dalam bentuk sedemikian),” kata Abdul Malik lagi.

Serangan Malik Itik yang menciplak 100 % dari blog2 pencacai Pakatan menampakan kebodohan beliau sebagai Exco Agama . Artikel PB sebelum ini blogger guna solat hajat Hulu Selangor untuk jawab isu khutbah Jumaat nampaknya telah disambut oleh kebodohan Malik menggunakan gambar banner solat hajat itu untuk menyerang balas UMNO . Kononnya tindakan UMNO adalah dosa besar walhal tindakan solat hajat tidak bercangah dari segi hukum agama .

Adakah solat hajat tersebut menyebut nama Kamalanathan sepertimana uztaz totok PAS sebut nama Guan Eng terang -terang dalam doa khutbah Jumaat ??

Kita persoalkan mengapa khawarij PAS ini membelakangkan 5 rukun khutbah Jumaat yang sehingga tidak dijawab ,klik di sini oleh kerana terperangkap dalam isu ini Malik Itik cuba divert isu pulak kepada isu solat hajat di PRK Hulu Selangor .


Jika Malik Itik persoalkan UMNO bersolat hajat(walaupun dibenarkan) bagaimana pula tindakan totok pas bersolat hajat berkiblatkan di depan bangunan Roket DAP ?

Adakah Malik sudah lupa dulu PAS pernah solat hajat ketika di depan pejabat DAP Perak dulu hanya2 semata-mata untuk kembalikan semula kuasa kepada Ngeh - Nga DAP kafir berkuasa semula dan Nizar boneka ??

Di bawah ini pulak gambar mengenai Solat Hajat PAS untuk calon DAP Wong Ho Leng ketika PRK Sibu . Adakah PAS buat solat hajat untuk calon bukan Islam DAP ini betul ke wahai Malik Itik ??


Solat Hajat Untuk Calon DAP ,PRK SIBU
Kuching 26 Apr – Satu majlis solat hajat dan bacaan doa sempena Pilihanraya kecil Sibu telah diadakan di pejabat parti KEADILAN Cabang Stampin yang melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat Sarawak minggu lepas.Kira-kira 50 orang termasuk orang yang bukan Islam hadir menjayakan majlis yang bersejarah itu.-

No comments:

Post a Comment